Tuesday, 30 October 2012

cerita AidilAdha :)

seperti yang disedia maklum, hari Rabu yang lalu aku dengan kawan aku, Azza telah diambil oleh sepupu aku iaitu Kak Umi ke Cherating, rumah Kak Nor aku di Chalet Duyong Beach Hillview. pagi tu sepupu aku call cakap nak datang ambik aku dekat kolej ditemani boyfiey kesayangannya :) ngeee~

macam-macam yang kitorang buat sepanjang berade kat sane selain dari menyambut Hari Raya Aidil Adha bersama family Che Ngah aku :) seronok sangat ye.. antara hal yang aku buat dengan Azza adalah :-

1) menyewa basikal berkaler pink RM5 untuk satu jam tapi disebabkan aku dengan Azza nak sewa lagi time pakcik tu tengah bersiap nak balik kampung, beliau pun bagi kitorang RM20 untuk 3 hari dari hari Khamis sampai hari Ahad. hari Rabu time baru sampai tu kitorang just sewa RM5 untuk satu jam sahaja :)

inilah basikalnya :) comel kan? haa~ sebab tu lah kitorang berkenan sangat !
2 ) tolong Che Ngah aku masak. yeah, kami jadi assistant tak berbayar untuk Che Ngah aku tu ;p haha!
3) pergi round Cherating setiap malam kalau tak naik moto Pink Kak Umi aku, akan naik basikal yang kitorang sewa tu.
4) beli makanan ringan dekat kedai runcit uncle cine untuk makan dalam chalet.
5) study untuk final exam dalam office reception chalet. nak tahu kenape? sebabnye ade pub baru buke dekat kawasan chalet tu. ZOUS rase name pub tu. memang bising sangat lah ye so terpakse study dekat lain sampai tutup pubnye baru boleh balik tidur. tapi kitorang habiskan mase sampai pukul 5 atau 6 pagi tu dengan study dalam office reception chalet ditemani Abang Shahrul, si Pijam and budak kecik Nabil :D
6) berkaraoke dekat rumah Che Ngah :)
7) berbarbeque di malam raye.
8) mandi laut. kihkih!
9) bergambar.

sebenarnye banyak lagi aktivitinya tapi aku lupe lah nak imbas kembali. tak apelah, aku sogokkan korang dengan gambar-gambar sepanjang kitorang kat sane ye.. :)






yang ini memang tak boleh tinggal okay! :)


inilah Kak Umi aku yang ambik and hantar aku ke Cherating and kolej :)





hari raya :)













Thursday, 25 October 2012

semangat raya :)

sekarang aku dah ade dekat Cherating, rumah Kak Nor, sepupu aku. semalam sepupu aku adik Kak Nor iaitu Kak Umi ambik aku dekat kolej and aku bawak sekali Si Kuning, Azza :) esok dah raye. 1st time tau aku raye tanpe family asas iaitu parents and siblings. sedih tu sedih lah jugak tapi nak buat macam mane, tak dapat nak balik and my mum pun tak nak ambik aku :'( huwww~ dah macam anak terbuang pulak. ngeee~ ;D

bercakap pasal semangat raya, hmmm... memang bersemangat lah jugak sebab ade kawan and family Che Ngah aku pulak jenis sporting habis so best lah sejak datang sini. Azza pun nampak boleh masuk jugak dengan family ni buatkan aku tak risau sangatlah. lagipun kitorang stay chalet Kak Nor aku dekat Duyong berdue, so selesa lah jugak walaupun dalam hati kitorang memang nak sangat ade Si Hijau, Mira. rinduu Miraaa~ :'( Mira balik Rompin beraye dengan family die.. uhuhuw~ kesian kitorang beraye di perantauan.. (yeah, perantauanlah sangat :p)

malam ni anak sulung Che Ngah aku satu familynya datang. tak pernah lagi tengok anak bongsu die name Aidi tu. nak sangat tengok. anak pertama dengan keduanye dah tengok dah tapi time tu dorang still kecik lagi. mesti sekarang dah besar sikit kan. yelah, manusie makin membesar kan, bukan makin mengecil. hahaw! so far, selame duduk sini aku sibuk dengan Azza round-2 satu cherating dengan menaiki basikal sewa yang berwarna pink. comel sangat basikal tu buatkan kitorang berkenan nak sewa. hahak! RM5 untuk satu jam. mahal kan? tapi harini kitorang dapat RM20 sampai Ahad ni. pakcik tu nak balik kampung, mybe die dah serabut sebab dari semalam kitorang sewa basikal die buatkan die bagi sewa sampai hari Ahad. hohoho~

nanti untuk entry cerita raye lah baru aku upload photo semuanya ye. papehal, thanks sudi bace :)

Sunday, 21 October 2012

perasaan yang amat MENYAKITKAN (!) :'(

pernah tak korang rase ape yang korang buat asyik salah je pade orang lain? pernah tak korang rase korang tak tahu nak buat ape untuk tenangkan hati korang bile orang lain tak pernah fikir perasaan korang? susahkan bila apa yang kita buat untuk orang lain tak pernah orang tu nak hargai or nak ingat ape yang pernah kita buat untuk dia :')

berkawan memang senang tapi nak dapatkan yang terbaik tu memang susah. kite takkan kenal die tu macam mane selagi kite tak stay dengan die selama berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan or bertahun-tahun. so far kawan yang paling lame yang pernah stay dengan aku adalah SHA. my besties foreverlasting. yeah, tak akan ade pengganti die and aku yakin sangat memang TAK AKAN PERNAH ade yang dapat gantikan die dalam kamus hidup aku dari dulu sampai sekarang.

dalam berkawan, ape yang aku belajar, setia, jujur, no touching-2, tak berkira and macam-macam lagi. tak semestinya ape yang aku kate ni JUST untuk kawan baik aku SHA. aku maksudkan dalam berkawan so untuk semua lah yang berkawan dengan aku. JELES, yeah, jeles memang penting dalam persahabatan sebab dari situ kita dapat rase yang kita sayang sangat kawan kita tu sampai takut kehilangan die. buat mase sekarang, kawan yang baik dengan aku dekat kolej, Azza, Mira and Jannah. tapi aku tak tahu sampai bila hubungan ni akan kekal dengan baik. hati orang kite tak pernah dapat agak tapi so far diorang ni memang baik and aku harap sangat hubungan kitorang akan terus baik sampai bila-bila.

cukuplah dengan beberape orang yang tak pernah berhenti cakap belakang aku, berkira dengan aku, tak jujur nak berkawan dengan aku and selfish untuk hidup diorang. tak ape, aku maafkan diorang walaupun diorang tak pernah nak minta maaf tapi sekurang-kurangnya fahamlah yang aku ni pun manusie biase. ade jugak tahap kesabarannye :') atas cerita yang diorang jaja pade kaum muslimin pun tak ape, Allah Maha Mengetahui, Allah tahu kebenaran disebalik apa yang sebenarnya terjadi.

kadang-kadang aku rase hidup aku ni tak normal macam orang lain. dari sekolah timbul Eff kawan dari kecik my EX-Fiance-To-Be time aku baru bine impian untuk bersame Mr.Sayang. timbul masalah dengan Ex kawan aku si Hafizi yang salah sangke dengan aku. ade yang cari pasal dari kisah lame. ade yang hack facebook aku. aibkan aku and yang paling teruk sekali ade yang buat cerita aku dah ade anak sekarang. aku terfikir gak kenape semue ni terjadi dalam hidup aku dalam mase yang singkat? i mean, terjadi dalam tempoh yang dekat. baru je 2 tahun kot habis sekolah tapi dah macam-macam cerita. semua ni buat aku takut nak berdepan dengan hari esok, esok, esok dan seterusnya.

aku tak nak berdendam dengan sape-sape. tambah-tambah lagi dengan kawan lama. aku tak nak! aku sayang semua kawan-kawan aku tapi kenapa harus jaja cerita yang bangang pasal aku? tak boleh ke buat hal sendiri je? agak-agak lah nak buat cerita pun kawan :') okay, thanks sebab jadi fans aku sampai sudi cerita pasal aku, ikuti perkembangan diri aku walaupun segalanya memang hancuss belake :') jadikan aku sebagai selebriti murahan untuk hiburan diri sendiri. best sangat ke tengok orang kena hina ape semua? best sangat ke? aishhh! sabor jelah aku.. :'(

tak habis pasal tu, datang lagi pasal hal dekat sini. tak tahu ape motif tiba-tiba berubah. be matured lah. don't childish sangat. penat lah aku nak sogok gula-gula tiap hari untuk kesenangan hati korang. tak bagi, menangis mengadu kat mak. suke sangat lah kan macam tu? tolonglah, kite ni dah besarlah. sepatutnya matang dalam pemikiran. nak manje tak ape, okay aku pun jenis manje gak. tapi biar kena dengan tempat and mase lah. just behave yourself. think positive about other people. orang tak akan kutuk kita kalau kita tak kutuk orang dulu. stop seksa perasaan orang untuk kebaikan diri sendiri. kenape nak marah aku baik dengan orang lain kalau dulu korang yang buang aku? fikirlah. bukan payah pun nak fikir. kalau salah orang korang boleh  nampak and boleh fikir macam mana nak buang orang dalam hubungan persahabatan korang, kenapa tak boleh fikir kenapa jadi macam ni sekarang?

tolonglah, aku penat lah nak bincang lagi dengan korang then korang buat balik. aku penat lah. penat sangat-sangat! jangan buruk sangke sangat dekat orang. lame lagi lah kite kat sini. kalau ni last semester tak ape, aku pun tak kisah mane tapi ni lame lagi. time tengah exam lagi ni. tension tau, TENSION!

== SORRY, THERE'S NO PICTURE ALLOWED WITH THIS ENTRY ==

Wednesday, 17 October 2012

❤ Kami 3A ❤ (。◕‿◕。)

ADILA , AZZA , AMIRA

yeah, kami 3A sebab huruf depan nama kami bermula dengan huruf A. sejak akhir-akhir ni aku asyik bersama dengan si Kuning, Azza. si Hijau, Amira. kenapa aku gelarkan diorang ni dengan warna? sebabnya itu adalah warna kegemaran diorang. aku pulak? si Pink, Adila. ngehee~

serius aku cakap yang aku happy sekarang sejak selalu bersama dengan diorang. dulu yelah, belum kenal sangat, nak bercakap pun tak selesa tapi sekarang haigooo~ terlebih cakap pulak. semuanya bermula time aku ditugaskan jadi sebahagian dari AJK Hadiah untuk Malam Media Islam yang berlangsung beberapa minggu yang lepas. ouh! aku nak cerita pasal malam yang penuh gemilang tu tapi nanti jelah aku cerita. line macam siput so aku tak dapat nak upload banyak gambar untuk tontonan korang. uhuhuww~

haaa~ sebelum aku cerita kat korang pasal malam tu, aku akan cerita dulu kekangan-kekangan yang berlaku sepanjang kitorang jalankan tugas kitorang sebagai AJK Hadiah ye. memang banyak cabaran (cabaran tuu :p) tau. kihkih! baiklah! berbalik pada isi entry yang sebenar. kitorang ni sebenarnya tak adelah rapat sangat pun tapi disebabkan aku happy bersama dengan diorang jadikan aku tertariklah nak cerita pasal diorang. yelah, lepas berjauhan dengan twins aku si Sha tu, aku tak ade langsung kawan baik yang lain tau. payah lah nak cari kawan baik masa sekarang ni. haihhh~

Azza. die ni budak Sarawak. cantik manis kalau tengok die. putih ala chinese gitu. perangai boleh tahan lah tak berapa betul sikit macam aku tapi boleh buat sesiape je yang duduk dengan die happy and selesa serta tak segan nak beramah mesra dan bergurau. lagi satu, die jenis direct, i mean terus terang so jangan main-main dengan die ye. sekali terkena menangis tak berlagu lah kau :p

Amira a.K.a Mira. die ni budak Pahang ni je. asal Rompin. comel sebab kecik je mukenya and mate die serius aku suke sangat. die ni memang suke sangat-2 kucing sampai aku tengok kalau boleh nak aje bawak tidur dalam bilik die kucing-2 terbiar yang ade dalam kolej ni. kahkah! nampak senyap je tapi sebenarnya same je die dengan si Azza tu. bile dengar die bercakap aduhai, lembutnya kau sayang! tapi sekali ade hal buat die sakit hati, ha ambiklah kau kena ape dengan die. kahkah!

okay, stakat ni dulu aku cerita pasal diorang. nak tahu lebih lanjut, nantikan cerita kenangan kitorang bersama ye :)

comel kan jam kami? hikhiks! ;D

oh ya! esok aku exam subjek Pengenalan Asas Radio. wish me luck okay! doakan aku dapat jawab dengan baik and tenang. malam ni aku nak study lagi dengan Jannah and Azza :) alhamdulillah exam Kewartawanan petang tadi boleh jawab walaupun tak tahu betul ke tak jawapan tu. hiks! semuanya berkat usaha study dengan diorang lah semalam. kihkih! syukran jazilan Jannah dan juga Azza :D

Tuesday, 16 October 2012

ke Kuantan Prade lagi :)

hai hai hai, apa khabar semua? baik? alhamdulillah.. harap korang semua sentiasa sihat ye.. aku pun alhamdulillah masih lagi sihat. tapi buat yang sakit tu, bersabarlah tapi kamu sangat bertuah juga. sesungguhnya Allah sayangkan kita sebab tu die bagi kita sakit untuk tolong kita hapuskan sedikit dosa-dosa kecil kita. aww~ jelesnya aku :')

okay, berbalik pada tajuk. kenapa harus ada lagi tu dihujung tajuk kali ni? sebabnyaaaa~ semester ni dah banyak kali ye aku pergi Kuantan Prade dengan kawan-kawan. time shooting beg, Ekspo Buku, nak print katalog, nak print suratkhabar, beli barang dan sebagainya. memang dah banyak kali lah ye aku pergi sane termasuklah petang tadi. hoho! petang tadi aku pergi saje-saje je beli barang sikit. dah siap beli semua, try nasi goreng U.S.A dekat foodcourtnya, not bad lah tastenya. boleh kot buat kite rase nak makan lagi. hihihi~ tapi 1 je yang slek sikit bile aku tak beli megi. final start esok dah tapi still nak makan megi, nak buat camano, duit keluar macam air sejak akhir-akhir ni so memang terpakse berjimatlah ye and cara paling mudah, makan megi. tak jadi tu sebabnye bile Mira cakap nak megi PaMa aku jadi rase nak jugak. yelah, megi PaMa tu kan mihun, so tak ade lah aku nak muak makan megi yang macam mamee tu je kan? sekali sekala nak jugak ubah selera. ngeee~ :D


dah habis makan tu, terus ke surau luar Kuantan Prade untuk solat Zohor. well, dekat surau tu sempat lagi ye amek gambar. bile ingat balik haiyooo~ malu betul ler tingkah laku kitorang ni. oh, kitorang pun sempat jugak bergambar dengan sorang adik comel yang singgah dekat surau tu tadi dengan mak die. haha! bak kate orang terengganu, bahang ghambang guh laa.. kihkih!


senyummm :)

papehal! esok aku exam subjek Kewartawanan. doakan aku mudah jawab soalan nanti ye korang! BERDEBAR! uhuhuw..

Rumah Terbuka Ustaz Amil :)

okay, 1st things aku nak korang jawab dulu salam aku. ngeee~ and then aku nak korang mulakan pembacaan entry ini dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM. :)

well well well, mari aku mulakan cerita aku sepanjang aku menyepi dengan cerita Rumah Terbuka dekat rumah Ustaz aku, iaitu Ustaz Amil. sebenarnya majlis ni sepatutnya diadakan seminggu lebih awal dari mase yang diadakan tapi disebabkan ade masalah tertentu so terpaksa ditangguhkan untuk minggu yang seterusnya.

untuk pengetahuan korang, Ustaz Amil ni memang sayang sangat budak-budak course Media Islam so disebabkan itulah budak-budak media diminta untuk membantunya dalam persiapan Rumah Terbukanya. sebenarnya boleh tidur dekat rumah die tapi kitorang tak nak then senior-senior perempuan media jelah yang tidur kat sane. petang lepas kelas tu kitorang pergi rumah Ustaz dengan kereta kawan kepada kawan sekelas kitorang Irsad. pergi sane dengan tak tahu kat mane rumahnye, so terpakselah call Ustaz yang masih lagi ade dekat kolej time tu. haha! rajin kan kami pergi rumah Ustaz time Ustaz tak balik kerja pun lagi semata-mata nak tolong masak. ngeee~

time tu, aku, Fatimah, Dazima dengan Saerah yang naik kereta sekali so kitorang sampai tu Irsad pergi balik kolej untuk ambik member perempuan yang lain pulak. yup! Irsad ni dah diibaratkan driver tak berbayar dah untuk kami haritu. tapi papehal! thanks sangat-sangat kat die sebab die memang TERsangatlah baik sampai sanggup pinjam kereta untuk hantar kawan-kawan perempuan die yang dalam kesusahan untuk ke rumah Ustaz. elehh, padahal boleh tu naik dengan Ustaz tapi dah Irsad nak tolong so tak jadilah tunggu sampai Ustaz habis kerja. kihkih :p

inilah ustaz Amil yang selalu gelarkan aku ADILA iaitu Aku DIa dan LAgu. :)

dah sampai sekejap kat rumah tu, Ustaz pun balik. adelah dalam due tige orang budak junior lelaki media yang naik kereta dengan ustaz time tu. sebelum masuk tu, aku sempat makan buah mangga dengan si Fatimah. perkhhh! best giler tu mangganya. masam masam masam! rupanya rumah Ustaz banyak pokok mangga. besar jugak lah rumahnya siap ada landskap lagi. memang lawa tau! suke sangat landskapnya. fyi, kami sempat bersnapping photo tau that time while waiting kawan-kawan yang lain sampai. huhuhuw~ sesampainya Azza, Mira dengan sorang akak senior Kak Ayu, sempat lagi jugak snap photo for a while then start lah misi memasak kitorang. ehhh, kejap. tak masak lagi, kitorang just kupas bawang, halia and so on lah. Ustaz nak buat Nasi Arab dengan Nasi Dagang untuk esok. haha! nyum nyum, masih terbayang lagi keenakan masakannya. uhuhuw~ lapar pulak bile cerita macam ni.. aigooo~ =.='

from left Fatimah, Dazima, Saerah and me.. :D


entah ape lah yang buatkan si Akhmal tu cam tersentap je. ngaha! junior lelaki media yang datang dengan Ustaz.

kami adalah bibik-bibik tak berbayar Ustaz Amil. kihkih :P

ye, saye sedang mengupas kulit halia :)

tengah-tengah buat tu dalam Maghrib senior-senior pulak datang. yang perempuan datang dengan pensyarah kitorang yang lain and yang lelaki naik motor same jugak macam budak lelaki kelas aku yang lain. huhuw..


aku and Mira dengan Meow kat rumah Ustaz
kitorang siap sediakan bahan-bahan untuk masak pagi esoknye tu malam dalam pukul 10 lebih. aku balik dengan Mira, Azza and Kak Ayu naik kereta pensyarah kitorang yang cantik manis, bergaya serta sporting iaitu Cik Juwairiah a.K.a Cik Ju. ngohoo~ and yang lain pulak still same macam petang tu balik dengan Irsad. aku naik dengan Cik Ju sebabnya Irsad nak bawak Aiman teman die sekali naik kereta tu sebab die nak datang balik rumah ustaz untuk tolong bakar sate lagi dengan budak lelaki yang lain.

senior perempuan media yang lain tidur rumah Ustaz so kosong lah kat seats belakang kereta Cik Ju sebab itulah kitorang balik sekaligus and dah malam jugak and plan kalau Irsad balik sekali dapatlah Irsad lepas masuk kolej bila ikut belakang kereta Cik Ju. sampai kat security guard di gate kolej, Cik Ju cakap dekat guard tu kereta belakang sekali dengan die so lepas lah Irsad masuk lepas tu keluar balik pegi rumah Ustaz lepas hantar kawan-kawan. kahkah!

untuk cerita esoknya tak ada gambar sebab sibuk sangat so tak sempat nak ambik gambar. cehh, sibuk ler sangat. cewahh, tak adelah.. aku segan je nak ambik gambar time ramai orang haritu tapi aku pergi rumah Ustaz lewat sebabnya kitorang sebilik terlajak tidur kesnya penat dah malam tu. ramai pensyarah yang datang. staff-2 kolej pun datang jugak. Ustaz-2 yang kenal aku sempat lagi ye mengusik aku cakap 'MEK KEMAMANG' and 'MEK GANU'. ade sorang ustaz aku tak ingat namenye (jahatnye student, hey! die tak pernah ajar aku lagi okay!)  dari semester 1 lepas lagi duk sakat aku cakap 'Ha ni die budak ganu pindah Puchong tapi pekat ganu tak hilang lagi' hohoy, malu sangat tu! tapikan, serius aku cakap lecture di KIPSAS semuanya macam 1 family je layan student-2. aku tabik aa dorang semua.. ;D

papehal makanan haritu memang best sangat! aku buat balik nasi dagang untuk kawan sebilik tapi disebabkan diorang dah kenyang, aku pun pergi bilik Kak Suhana yang aku sayang bagi dekat die. dah banyak sangat buat balik, tak dapat aku nak habiskan weyy.. hiks!

Monday, 15 October 2012

be strong Adila :')

after all, aku rase malas nak menaip, malas nak ber-networking bagai and segalanya aku malas. serius aku cakap, aku rase down gile, tunggang terbalik and so on lahhh! rabu ni start 1st paper untuk final exam this semester. yeah, preparation langsung tak ade. study memang tersangat tunggang terbalik. untuk kesekian kalinya aku rase macam tak dapat nak taruh harapan untuk result kali ni. disebabkan salah diri sendiri yang asek postpone assignment memang sangat memenatkan. orang lain sibuk release tension and study time study week, aku still rushing menyiapkan assignment katalog and suratkhabar. time nak print segalanya, halangan lain pulak dah datang. sangat menguji kesabaran tapi apa-apa hal aku berterima kasih sangat pade kawan-kawan yang dah banyak tolong aku. 

syukur sikit bile fikir assignment penyiaran semua awal lagi siap walaupun time present tu banyak sangat masalah. sebelum present tu masalah cari gitar, nak berlatih menyanyi ape semua dengan nak hafal skrip bagai memang aku tak dapat nak explain macam mane lah perasaan time tu. bile present pulak ade masalah lain yang datang, bile tengok balik rakaman video time tu sangat mendukacitakan lah ye. TERsangat mendukacitakan walaupun pensyarah tak ade komen pasal aku tapi tulah, susah nak cakap. dalam kepala aku ni sekarang cume fikir nak cari kekuatan untuk teruskan kehidupan di kolej ni and hati ni tak pernah berhenti cakap BE STRONG ADILA!

aku nak sangat cerita kat korang pasal hal-hal yang dah jadi time aku menyepikan diri tapi aku masih dalam mood yang tak best siot so maaf lah aku tak dapat lagi berkongsi dengan korang. draf aku penuh dah dengan tajuk yang nak aku ceritakan tapi masih belum diisi je lagi ceritanya. aigooo~ =.=' tengok lah dulu esok, luse, tulat aku cerita lah ye kat korang. papehal thanks sangat kepada sesiapa yang masih sudi datang singgah kat sini. really appreciate it! muah muahh muahhh untuk korang.. :*




p/s : for MY TWIN SHA, i'll vote you later. ily and imy :')

Wednesday, 10 October 2012

=,='

hey korang! dah lame aku menyepi kan? yeah, aku tak tahu nak cerita macam mana sebab aku memang sibuk sangat sejak akhir-akhir ni. sibuk dengan ape, aku pun tak tahu nak jelaskan macam mana. haha!

okay, minta maaf kepada blogger folks aku yang datang singgah sebab aku tak layan and tak singgah pun blog korang kesnye bile dah lame tak on blog so memang tak ade bace lah kan komen korang dekat cbox tu.. ngeeee! :D

papehal, syukran jazilan sebab still sudi singgah blog yang tak seberape ni. nanti aku jenguk korang pulak ye! and aku story-mory kisah aku sepanjang aku menyepi ye.. kihkih! :p

sorry, malas nak edit gambor..