Tuesday, 30 October 2012

cerita AidilAdha :)

seperti yang disedia maklum, hari Rabu yang lalu aku dengan kawan aku, Azza telah diambil oleh sepupu aku iaitu Kak Umi ke Cherating, rumah Kak Nor aku di Chalet Duyong Beach Hillview. pagi tu sepupu aku call cakap nak datang ambik aku dekat kolej ditemani boyfiey kesayangannya :) ngeee~

macam-macam yang kitorang buat sepanjang berade kat sane selain dari menyambut Hari Raya Aidil Adha bersama family Che Ngah aku :) seronok sangat ye.. antara hal yang aku buat dengan Azza adalah :-

1) menyewa basikal berkaler pink RM5 untuk satu jam tapi disebabkan aku dengan Azza nak sewa lagi time pakcik tu tengah bersiap nak balik kampung, beliau pun bagi kitorang RM20 untuk 3 hari dari hari Khamis sampai hari Ahad. hari Rabu time baru sampai tu kitorang just sewa RM5 untuk satu jam sahaja :)

inilah basikalnya :) comel kan? haa~ sebab tu lah kitorang berkenan sangat !
2 ) tolong Che Ngah aku masak. yeah, kami jadi assistant tak berbayar untuk Che Ngah aku tu ;p haha!
3) pergi round Cherating setiap malam kalau tak naik moto Pink Kak Umi aku, akan naik basikal yang kitorang sewa tu.
4) beli makanan ringan dekat kedai runcit uncle cine untuk makan dalam chalet.
5) study untuk final exam dalam office reception chalet. nak tahu kenape? sebabnye ade pub baru buke dekat kawasan chalet tu. ZOUS rase name pub tu. memang bising sangat lah ye so terpakse study dekat lain sampai tutup pubnye baru boleh balik tidur. tapi kitorang habiskan mase sampai pukul 5 atau 6 pagi tu dengan study dalam office reception chalet ditemani Abang Shahrul, si Pijam and budak kecik Nabil :D
6) berkaraoke dekat rumah Che Ngah :)
7) berbarbeque di malam raye.
8) mandi laut. kihkih!
9) bergambar.

sebenarnye banyak lagi aktivitinya tapi aku lupe lah nak imbas kembali. tak apelah, aku sogokkan korang dengan gambar-gambar sepanjang kitorang kat sane ye.. :)






yang ini memang tak boleh tinggal okay! :)


inilah Kak Umi aku yang ambik and hantar aku ke Cherating and kolej :)





hari raya :)













No comments:

Post a Comment