Tuesday, 16 October 2012

Rumah Terbuka Ustaz Amil :)

okay, 1st things aku nak korang jawab dulu salam aku. ngeee~ and then aku nak korang mulakan pembacaan entry ini dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM. :)

well well well, mari aku mulakan cerita aku sepanjang aku menyepi dengan cerita Rumah Terbuka dekat rumah Ustaz aku, iaitu Ustaz Amil. sebenarnya majlis ni sepatutnya diadakan seminggu lebih awal dari mase yang diadakan tapi disebabkan ade masalah tertentu so terpaksa ditangguhkan untuk minggu yang seterusnya.

untuk pengetahuan korang, Ustaz Amil ni memang sayang sangat budak-budak course Media Islam so disebabkan itulah budak-budak media diminta untuk membantunya dalam persiapan Rumah Terbukanya. sebenarnya boleh tidur dekat rumah die tapi kitorang tak nak then senior-senior perempuan media jelah yang tidur kat sane. petang lepas kelas tu kitorang pergi rumah Ustaz dengan kereta kawan kepada kawan sekelas kitorang Irsad. pergi sane dengan tak tahu kat mane rumahnye, so terpakselah call Ustaz yang masih lagi ade dekat kolej time tu. haha! rajin kan kami pergi rumah Ustaz time Ustaz tak balik kerja pun lagi semata-mata nak tolong masak. ngeee~

time tu, aku, Fatimah, Dazima dengan Saerah yang naik kereta sekali so kitorang sampai tu Irsad pergi balik kolej untuk ambik member perempuan yang lain pulak. yup! Irsad ni dah diibaratkan driver tak berbayar dah untuk kami haritu. tapi papehal! thanks sangat-sangat kat die sebab die memang TERsangatlah baik sampai sanggup pinjam kereta untuk hantar kawan-kawan perempuan die yang dalam kesusahan untuk ke rumah Ustaz. elehh, padahal boleh tu naik dengan Ustaz tapi dah Irsad nak tolong so tak jadilah tunggu sampai Ustaz habis kerja. kihkih :p

inilah ustaz Amil yang selalu gelarkan aku ADILA iaitu Aku DIa dan LAgu. :)

dah sampai sekejap kat rumah tu, Ustaz pun balik. adelah dalam due tige orang budak junior lelaki media yang naik kereta dengan ustaz time tu. sebelum masuk tu, aku sempat makan buah mangga dengan si Fatimah. perkhhh! best giler tu mangganya. masam masam masam! rupanya rumah Ustaz banyak pokok mangga. besar jugak lah rumahnya siap ada landskap lagi. memang lawa tau! suke sangat landskapnya. fyi, kami sempat bersnapping photo tau that time while waiting kawan-kawan yang lain sampai. huhuhuw~ sesampainya Azza, Mira dengan sorang akak senior Kak Ayu, sempat lagi jugak snap photo for a while then start lah misi memasak kitorang. ehhh, kejap. tak masak lagi, kitorang just kupas bawang, halia and so on lah. Ustaz nak buat Nasi Arab dengan Nasi Dagang untuk esok. haha! nyum nyum, masih terbayang lagi keenakan masakannya. uhuhuw~ lapar pulak bile cerita macam ni.. aigooo~ =.='

from left Fatimah, Dazima, Saerah and me.. :D


entah ape lah yang buatkan si Akhmal tu cam tersentap je. ngaha! junior lelaki media yang datang dengan Ustaz.

kami adalah bibik-bibik tak berbayar Ustaz Amil. kihkih :P

ye, saye sedang mengupas kulit halia :)

tengah-tengah buat tu dalam Maghrib senior-senior pulak datang. yang perempuan datang dengan pensyarah kitorang yang lain and yang lelaki naik motor same jugak macam budak lelaki kelas aku yang lain. huhuw..


aku and Mira dengan Meow kat rumah Ustaz
kitorang siap sediakan bahan-bahan untuk masak pagi esoknye tu malam dalam pukul 10 lebih. aku balik dengan Mira, Azza and Kak Ayu naik kereta pensyarah kitorang yang cantik manis, bergaya serta sporting iaitu Cik Juwairiah a.K.a Cik Ju. ngohoo~ and yang lain pulak still same macam petang tu balik dengan Irsad. aku naik dengan Cik Ju sebabnya Irsad nak bawak Aiman teman die sekali naik kereta tu sebab die nak datang balik rumah ustaz untuk tolong bakar sate lagi dengan budak lelaki yang lain.

senior perempuan media yang lain tidur rumah Ustaz so kosong lah kat seats belakang kereta Cik Ju sebab itulah kitorang balik sekaligus and dah malam jugak and plan kalau Irsad balik sekali dapatlah Irsad lepas masuk kolej bila ikut belakang kereta Cik Ju. sampai kat security guard di gate kolej, Cik Ju cakap dekat guard tu kereta belakang sekali dengan die so lepas lah Irsad masuk lepas tu keluar balik pegi rumah Ustaz lepas hantar kawan-kawan. kahkah!

untuk cerita esoknya tak ada gambar sebab sibuk sangat so tak sempat nak ambik gambar. cehh, sibuk ler sangat. cewahh, tak adelah.. aku segan je nak ambik gambar time ramai orang haritu tapi aku pergi rumah Ustaz lewat sebabnya kitorang sebilik terlajak tidur kesnya penat dah malam tu. ramai pensyarah yang datang. staff-2 kolej pun datang jugak. Ustaz-2 yang kenal aku sempat lagi ye mengusik aku cakap 'MEK KEMAMANG' and 'MEK GANU'. ade sorang ustaz aku tak ingat namenye (jahatnye student, hey! die tak pernah ajar aku lagi okay!)  dari semester 1 lepas lagi duk sakat aku cakap 'Ha ni die budak ganu pindah Puchong tapi pekat ganu tak hilang lagi' hohoy, malu sangat tu! tapikan, serius aku cakap lecture di KIPSAS semuanya macam 1 family je layan student-2. aku tabik aa dorang semua.. ;D

papehal makanan haritu memang best sangat! aku buat balik nasi dagang untuk kawan sebilik tapi disebabkan diorang dah kenyang, aku pun pergi bilik Kak Suhana yang aku sayang bagi dekat die. dah banyak sangat buat balik, tak dapat aku nak habiskan weyy.. hiks!

No comments:

Post a Comment