Sunday, 16 December 2012

people judgemental =.='

seperti yang aku postkan dalam facebook aku pasal people judgemental, aku sememangnya sangat muak with the judgement of people yang SELALU caring terlebih pasal kehidupan aku. contoh yang paling aku menyampah adalah soal STUDY! aku tak faham apelah yang orang nak sangat bezakan antara universiti dengan kolej. aku rase same je tempat belajar jugak. okey tak dinafikan memang universiti ni banyak kelebihan dari segi bantuan pembelajaran dan juga kualiti pembelajaran itu sendiri tapi tak semestinya KAMI ni yang pelajar KOLEJ senang-2 je boleh dipandang rendah? bukannye tak nak masuk universiti tapi dah Allah tak izin nak buat macam mane? rezeki Allah dah tetapkan lah masing-masing punye.. ramai jugak yang berkelulusan sekarang tapi nak boleh kan dapatnye masuk universiti tu terpakse tunggu dalam mase yang panjang. bersyukurlah pade orang yang dah dapat masuk universiti tu.

tempat belajar tak elok nak dibanding-bandingkan.. same je taraf tempat timba ilmu. ape yang nak dibandingkan sangatnye? nak cakap keistimewaan? setiap tempat belajar ade kelebihan and kelemahan.. aku malas laa nak jadi macam sesetengah pihak yang saling mengate antare universiti and kolej diorang tapi aku memang tak boleh lah orang pandang rendah pade aku semate-mate sebab aku ni PELAJAR KOLEJ. hellooo~ aku bangge okey jadi pelajar kolej JE, lagipun kolej aku akan dinaiktaraf tahun 2014 nanti jadi universiti gak.

hal paling best dalam hidup aku bile family sendiri yang pandang rendah pade aku. boleh pulak cakap pade adik aku jadikan contoh sepupu aku yang CERDIK PANDAI belajar dekat universiti jurusan kedoktoran tu.. bukan seorang yang cakap macam tu tapi ramai. heh! menyampah okey aku menyampah. dah pandang rendah dekat family aku dari dulu lagi sekarang nak babitkan hal pelajaran aku pulak. sepatutnye bersyukur ade salah sorang dari family yang PANDAI, buat doa selamat dengan hati yang ikhlas bukan untuk menunjuk, and tak pandang rendah pade orang lain. tu baru sifat yang terpuji. sifat yang akan buatkan aku rendah diri. ni bile sikap macam ni buatkan aku jadi pandang sebelah mate je. btw, aku memang tak pernah minat subjek kedoktoran. subjek sains time sekolah dulu pun aku banyak buat hal, keje rumah tak siap segale bagai sebab tu result dulu sekadar lulus tapi aku tak shock laa sebab aku memang dah agak. dah subjek kite tak minat memang payah lah nak survive bile diri ni tak sanggup nak pakse biar minat.

satu lagi pasal ISLAM. yeah, bukannye Islam agama tu tapi pasal tempat belajar yang ade name Islam. aku pun tak faham lah ape kena dengan minda masyarakat zaman sekarang. asal ade name Islam je cakap alim, ustaz, ustazah. okey terima kasih sebab meng'label'kan kami ni sebegitu rupe tapi tolonglah hormat sikit sensitiviti masing-2. kitorang ni berdarah mude lagi jugak. hal alim kadang tolak tepi jugak. dah masing-2 ade nafsu. time mude ni jugaklah nak try buat macam-2.. soal dosa pulak kitorang same jugak pernah buat dosa and mybe masih buat dosa cuma berlainan je perbuatan tu dalam sedar mahupun tak sedar. wallahuallam lah kan.. family aku yang duk pandang rendah pade aku pun makin pandang rendah sebab aku ni pelajar kolej Islam. kononnye aspek Islam ni tak dapat bawe kemana la bagi diorang. ya Allah, diorang sape nak judge ilmu Allah ni? diorang sape nak judge taraf ilmu Allah ni? orang Islam pandang rendah pade keilmuan Islam? macam mane tu? masya-Allah.. susah nak cakap perasaan aku ni macam mane. ilmu Islam boleh dibanding-bandingkan macam tu. mane pergi Iman dalam diri tu? tolong jangan jadi kolot sangatlah. setiap pelajaran semuanya asalnya dari para ilmuan Islam termasuklah ilmu kedoktoran tu okey. haiyoo~

cakap pasal people judgemental ni memang tak akan habis punye.. cuak pulak aku bile banyak fikir pasal ni. APTB~ papepun memang aku kecewa la pade sesetengah masyarakat yang tergolong dalam golongan macam ni. ketuk dade tanye iman lah.. hiuhh~

aku pelajar KOLEJ ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH dalam jurusan MEDIA ISLAM

No comments:

Post a Comment