Sunday, 1 December 2013

rindu panggilan Dila Sensei.

assalamualaikum.
dah berapa hari tak update blog. bukan malas tapi tak tahu nak share ape.
halnye banyak sebenarnye tapi nak buat ayat and fikir pasal tajuk yang sesuai tu aku susah sikit.
almaklumlah tengah cuti semester macam ni, otak pun tak berapa nak berfungsi. muehehe!
rasa malas je nak berfikir. button aktif untuk otak ni pun dah tak tahu tercampak ke mane.
result semester kali ni aku tak tahu lagi keputusannye ape. makin buat aku berdebar je.. plus cuak k!

entah kenapa semenjak dua menjak ni, ceh! macam hape ayat. kuikui~ tak ade lah, aku nak cakap dalam beberapa hari ni, aku rindu lah pulak dekat bebudak jepun dekat Cutey Rainbow.
ape tu Cutey Rainbow? okey, Cutey Rainbow tu adalah sebuah taska. ye!
A KINDERGARTEN. taska international.
kebanyak budak kecik yang ade kat sane tu berbangsa Jepun. haik! umme kodasaik!! hehek.
ade je orang Afrika, Korea, Taiwan, White tapi itulah, ramai lagi budak Jepunnn..
aku rindu diorang semua. rindu bile diorang nampak aku, diorang berlari peluk aku and panggil aku Dila sensei Dila sensei. sensei tu cikgu maksudnye. paling aku rindu, Ryuma and Keigo.


inilah Chinatsu yang aku sayang. comel sangat dia ni. muka jepun betul-2 dia ni. kalau yang lain nampak macam cina Malaysia ni je. comel + pandai. memang bagus dia ni. senang panggil dia China je. hehek.


ha, nilah Ryuma yang aku sayang-sayang rindu-rindu bagai tu. dia ni memang super duper cute nak mamp*! geram aku tiap kali tengok dia. dia ade kakak nama Yuina. comel sume dua beradik ni.


nurserynye dekat lobby salah satu Kondominium di Mont Kiara nuhh. Ceriaan Kiara nama kondonye.



halloo~ ini chinatsu dan juga Akari. hihihi



ini Masato and Kotone. mak aku kalau cakap pasal masato mesti dia salah panggil nama budak ni MI SOTO. hahah!


ini pulak David. adiknye name James. aku gelarkan dia David Beckham and adiknya James bond. haha. serius anak orang kulit putih memang nakal tak tahu nak explain macam mana. haha!

online pesbuk, tengok page taska ni, makin rindu aku dekat diorang. Akari dah balik Jepun and dah start sekolah dekat sane. makin comel dah dia. rindunye.
pengalaman jage anak Jepun ni memang aku suka and sayang sangat dekat diorang.
sungguh cakap diorang memang sopan santun, prihatin, cerdik and bertanggungjawab.
kalau nak bagi grade pade orang Jepun jaga anak diorang, aku kasi grade A+++ untuk diorang.
nanti kawin aku nak jaga anak aku macam cara orang Jepun jaga anak diorang.
tabik diorang sebab dapat ajar anak hormat orang tua dalam usia yang masih kecik lagi.
bukan tak tabik care orang melayu jaga anak tapi mana yang baik jadikan pengajaran kan? :)



Tuesday, 26 November 2013

result oh result.

assalamualaikumm.

baru tuka blog theme. pakai blogskin plak sekarang. but i think kompem nanti aku akan pakai and adjust balik yang lame punye tu. haha!
well, well, well...
tengah cuti semester sekarang memang syok sebab tak payah nak fikir pasal assignment, shooting, bertugas or apa-apa yang aku kena buat biase dekat kolej. ohsemmmm~
tapi semalam aku dapat tahu si pacik ni cakap member dia si Acikikam bagitahu dia yang result dah keluar.
patotlah sebelum dia bagitahu aku tu (OTP) bunyi suare dia cam cuak + tak reti nak duduk diam, ghupenye pasal kes result dah keluar.

aku dah dapat information pasal tu ape lagi terus minta izin, wah izin mak kau gittew~ dengan pacik tu nak call si twin Averell aku macik Myra. i call her but she's not answer then i decided to text her.
while waiting she reply my text, hati aku ni usoh cakap ler, memang tak tahu nak cakap macam mane. perasaan bercampur baur! aku nak check, time tu limit ternet aku cut off tetibe. i thought it's finish already but not yet lorhh.
lagi pulak aku pergi beli topup broadband dengan mak aku kejap. balik rumah tu aku try on balik broadband sebelum masukkan topup tu tengok it's still can be used so aku simpan lah topup yang aku beli semalam.
sabor jelah~ yelah! dah tarikh seminggu lagi boleh pakai ni semalam cut off for a while no wonderlah aku cam shock kejap sampai pergi beli topupnye.

dah buka portal kolej, aku tengok maklumat diri pelajar tak ada. ouh my, APAKAH??
memang agak sedikit bengang ye.. adakah aku telah ditipu? ye! itulah yang bermain di fikiran aku time tu.
dah lah cuak gila fikir pasal result, boleh pulak tengok tak ada pun result keluar.
aku bagitahulah pacik tu hal tu, dia cakap memang Acikikam dah tengok result dah keluar.
tweeting dengan macik Myra dalam twittah pun dia cakap tak ada result keluar.

then lepas subuh tadi aku online pesbuk aku nampak member seperjuangan aku Wan updates dia punya status like this :

so, maknenye pointer tu memang keluar tapi tak betul. yang rasminya akan keluar nanti. HAHA!

haish! saje je buat aku cuak bagai nak rak. kihkih~ papepun memang aku risau fikir pasal result RASMI yang akan keluar nanti..
erkhhh~~~



Monday, 25 November 2013

Hati kita.

okey, semalam nak update blog tak dapat sebab ada masalah yang tertentu. eheh!
Hati kita. kenapa aku buat tajuk entry macam ni?
sebab aku nak cakap pasal hati kitalah! tak kan nak cakap pasal shopping pulak kan?
hati kita ni, tak siape boleh faham. kecuali! Allah SWT dan diri kita sendiri.

aku cuba nak jadi yang baik untuk sesiapa saje yang aku rasa penting dalam hidup aku.
orang yang aku sayang, ya! aku nak jadi yang terbaik untuk diorang kalau boleh.
heh~ orang yang aku sayang, diorang tu tak bermakna aku ramai boyprengg ke ape okey!
jangan fikir bukan-2 ye. ehehe~
maksud aku macam family, kawan-kawan rapat dan juga si dia :')

macam korang jugak, mesti korang nak jadi yang terbaik jugak kan untuk sesiapa yang korang sayang kan?
hurmm, kadang-kadang apa yang kita buat untuk orang yang kita sayang dan kita rasa benda tu baik untuk semua orang, salah bagi diorang.
aku pernah jugak terlintas dalam fikiran ni, kenapa payah sangat orang nak faham hati aku? kenapa orang payah sangat nak terima apa yang aku buat untuk diorang?
sungguh cakap, aku sedih bila apa yang aku buat tak semua orang dapat terima.
tapi, tak siapa dapat faham hati aku ni.

Saturday, 16 November 2013

welcome back HOME, Adila :)

ASSALAMUALAIKUM.
1st of all, aku nak ucapkan terima kasih kepada sesiape yang sudi dropped by dalam laman belog aku yang tak seberapa menyeronokkan ni.
tak ada ape yang best pun tapi still ade jugak yang singgah so memang aku bersyukur jugak.
buat aku sedar yang aku tak banyak merapu sensorang. kihkih.

well, harini dah hari ke-5 aku duduk rumah. ye, Adila! WELCOME BACK HOME!
hahaha. seronok. dah balik rumah dapat pulak jumpe budak kecik. yay! sukkee~ jadi babysitter ler aku cuti semester kali ni. kihkihkih~


sepanjang jage budak kecik ni serius aku cakap memang aku pening time balik hari pertama tu.
tension sebab dia ni kuat nanges. pengalaman pertama kali jage budak kecik yang baru 60 hari lebih macam dia ni memang payah mak oi.
papehal, bila dah masuk hari ke-5 aku balik ni ALHAMDULILLAH syukur aku dah boleh handle and tahu nak jaga dia macam mana. almaklum lah, tengah praktis untuk mase akan datang. cakap na jadi ibu mithali, iye idokk? *gedik*

okey, aku banyak nak story-mory dalam blog ni. pasal Raya Aidil Adha aritu yang aku tak dapat balik sebab kena bertugas settlekan esaimen kelas Cik Ju. pasal semester ni aku paling banyak keluar pergi jenjalan dengan kenkawan, dengan si Dia *ehem-ehem* and rombongan kelas lagi pasal esaimen jugak. haiyoo~ veryyy long journey lah this semester. but it's great! yeah, kenangan last dengan kenkawan sekelas, lepas ni diorang tak ade dah dengan aku. diorang praktikal, tinggallah aku jadi budak junior semester 1 balik.. what a sad story.. :'( tugas aku cuti ni pulak, cari tempat praktikal untuk semester 6 nanti. ouh btw, i baru semester 5 yep masuk semester baru nanti. bulan 4 tahun depan baru i semester 6.. what a sad story too.. :'(

nway! thanks sudi bace entry kali ni. nanti aku sambung cerita yang lain pasal perjalanan aku semester ni di kolej. :D

Saturday, 5 October 2013

baby A comeback!

assalamualaikum.
haha, BABY A? wahh, geli mak i. haha. act, am just wanna share yang aku kembali dalam dunia blog ni.
dah lame menyepikan diri. banyak cerita yang boleh aku kongsikan tapi aku tak tahu nak kongsikan yang mane dulu.
hahaha!

well, untuk kali ni, aku nak cakap yang aku kembali je. apa-2 hal, aku ceritakan dalam entry lain saje.
pasal aku makin gemuk ke, muke serabai ke, yeah, next entry okayh! papepun, really miss this blogspot world! :'D


Tuesday, 30 July 2013

balik Jengka lagi :)


assalamualaikum, okey harini aku update belog. act, aku patot buat assignment yang perlu di submit minggu ni tapi itulah aku buat benda lain pulak.
time tak fikir pasal assignment, jari ni malas benor nak update belog.
tapi bile fikir pasal assignment je terus rajin rase nak menaip. kuikui~

Jumaat lepas aku balik Jengka. program OPKIM untuk jabatan course aku.
duk sane 3 hari.
boleh lah tahan happy ugok sebab kali ni ade pergi jenjalan sampai ke Lubuk Ujib.
aku racing dengan member aku Zati. memang syok lah sampai member-2 laki tegur marah-2 dah Zati bawak laju sangat. kuikui~
tapi honestly nak cakap, program kali ni memang aku penat tahap crazy punye. bhaha!

as usual, tiap semester ade je masalah. heh, tak boleh lari kot semua ni. like the other student lah.
sabotaj sabotaj bagai ni dah biase kot so kesabaran yang tinggi amat diperlukan tambah-2 lagi  bulan puasa camni.
memang terase sangat ler.. heheh.

yay! Jumaat ni balik rumahh! tak sabau tak sabau. kihkih~ *tetibe je*
okey, dah tak ade ape nak cakap. saje nak update kejap. eheh!
papehal, next entry aku sambung apa-2 cerita yep! :D









Wednesday, 24 July 2013

Wordless Wednesday #2.

assalamualaikum, semua :D

lame sudah tidak updates belog. ekceli, banyak aku nak kongsi. dah start masuk balik kolej untuk semester baru ni, so boleh lah tahan banyak ugok citer tapi itulah.. finger aku ni malas benor nak menaip sejak akhir-2 ni///

wordless wednesday. tajuk pun dah tahu yang aku tak akan menaip panjang lebor. ahah!
sebelum belog aku ni berhabuk, so memang patutlah aku meng'update'nye.
dah update ikut suka macam ni, aku tak tahu dah nak cerita apa. so tak ada apa lagi untuk entry kali ni.

papehal, di bulan yang mulia ini, aku harap kita sama-2 buat banyak amal and berusaha jadi seorang mukmin yang baik :')

dah lebih sepuluh hari berpuasa, baru kali ni aku nak ucapkan Salam Ramadhan al-Mubarak kepada seluruh umat Islam yang ada dalam dunia ni. :DD





Thursday, 11 July 2013

new semester ;)

terlebih dahulu, aku buka entry kali ni dengan Bismillahirrahmanirrahim. :)
assalamualaikum, semua :D

okhai, sudah lama tidak 'meng'updates belog.
tak apa, tak ada yang rindu nak baca blog kau ni Adila.
tak femes. haha!
well, kesah pulak kan? kuikui~

minggu lepas aku nak update belog tapi aku lupe lepas tu aku malas nak menaip.
jarang layan lappy sekarang. tak tahu kenapa rase malas nak melayannye. eheh!
act, banyak OTP dengan si dia sebenarnya jadikan lappy di anak tirikan. kihkih~
aku dah balik kolej. ye, dah balik kolej.
perasaan. happy dapat jumpe kawan-2 semua.
lil bit scare when thinkin' bout what will happen along this 16 weeks in this college.
werkkk! perjalanan hidup masih panjang.
Harap Allah SWT permudahkan segala urusan aku kat sini dengan baik.

tak ada apa lagi yang nak di kongsikan.
nanti lah aku fikir ape lagi yang nak di kongsi ye!
thanks kepada sesiapa yang sudi baca entry ni. :D



Saturday, 29 June 2013

Sekadar Berbahasa Bahasi.

okey, for this entry aku tak tahu kenapa aku rasa nak update belog sedangkan aku tak ada idea langsung nak cakap apa.
esok dah nak balik kolej. aku *mati-mati* fikir luse or selepas lusa iaitu tulat aku balik.
macam mana aku boleh nyanyuk binti nyonya pun aku tak tahulah how.
barang one dust*satu habuk* pun aku tak kemas lagi. and barang lain ade jugak yang belum beli.
ape yang aku fikir pun aku tak tahulah sekarang.

my mood right na mood malas nak mamp*. ye, amat kurang beradab sekali ayat. kenapa Adila jadi macam ni. dad, am sorry if you read this entry. kakak tak sengaja.
my dad also keep pushing me write post in this blog using fully english you know?
he want's me to improve my english. =,='
ayah, seriousely kakak not good in english.
see, my writing was so terrible. eurhh~
moreover ayah, you should read About Me tu.
for the question What makes you happy, my answer was the most important than using fully english in this blog lah ayah :'(

my sayang ayah*ayahku sayang* even though kakak not good in english like urs*can i use shortforms like this?* i don't care, ayah as long as you take me wander :) HAHA! :D


Take what you need.

there're a few more days i'll going back to college.
honestly, i think that i don't want to go back there. but am boring spending my time at home with do nothin'.
eurhh, nothin' best for me but it's not the matter also, it's because i don't know how to spend it with something that can makes me feel happy.

okie, back to the title.
take what you need. am keep wondering what i need in this life to be a person that VERY important for people that i love.
for my families, friends and him.

love, hope, faith, courage, peace, passion, beauty, freedom, honor, smile, and opportunity.

i think there're vital in our lives lah.
but overall lah kan, i think i most need the courage.
without courage i can't do all of them as what i need in my life. :')



Friday, 28 June 2013

About Me.

Nickname                          Adila (je)
Sex                                  ape soalan lu**h pulak ditanye. tak pernah lagi.
Eye Colour                         dark brown separuh nak masuk black.
Hair Colour                        hitam dan black. arh?
Height                              153 cm. pendek itu comel sebenarnye. *sedapkan hati sendiri*
Favourite Colour                 pink!
Screen Name                     screen name ape? laptop ke fone? DELL and Sony Xperia.
Your Car                            Audi R8 *dalam angan-angan*
Your Grade                        grade? macam baka tu ke? rasenye A!
Your Style                          umpama perempuan melayu terakhir kot. haha!


***** FAVOURITE *****

Band                                   nasyid. KOMISKIO. ;P
Movie                                  kartun. comel kan? kuikui~
TV                                       besar skrin panggung wayang lagi syok nak tengok! :D
Song                                    kalau lirik and rentak best, best lah nak dengar.
Colour                                  nyanyuk ke? kat atas tu pun dah tanye tadi. PINK lah!
Cigarette                              merokok merbahaya untuk kesihatan.
Pastime                                arh? pastime? masa lepas aku.. 19 tahun.

***** HAVE YOU EVER *****

Sat on your rooftop                jiran punye pernah. sendiri punye tak pernah lagi. belum ada rumah sendiri.
Kissed someone in the rain     gile ke HARAM tu!
Smiled for no reason              pernah sampai orang cakap aku tak betul.
Laughed so hard you cried      pernah sebab kelakar sangat.
Peed your pants after age 8    lupe. pernah kot?
A near death experince          masa sekolah naik motor dengan kawan-2.
Been in LOVE                         YES! :D

***** CAN YOU *****

Write with both hands          hurmm, boleh tapi tulisan belah kiri memang bak cakar angsa terus.
Whistle                                 ada pada coach dekat padang bola.
Blow a bubble                       pakai sabun or air liur? dua-2 boleh. [ teruk pangai ]
Roll your tongue                   alien mungkin boleh.
Cross your eyes                    soalan terencat akal.
Dance                                    ballet.
Speak a different language haik! umme kodasaikk!! grasias grasias.
Impersonate someone          apakah impersonate?
Cook anything                      ehh, boleh.. die tanye masak je, bukan sedap or tak masakannye kan?

***** ARE YOU *****

Fighter                                 dalam PS! perhhh, akulah paling banyak kali kalah lawan dengan adik! :'(
Smoker                                 NA! orang merokok, aku sedut asapnye selalulah.
Drinker                                 act, tak pernah tapi gayenye macam ade. LIL BIT. MYBE?
Stalker                                 ALWAYS! :P haha.
Man eater                             arh? aku pompuan. Woman eater lah. tapi aku tak pernah makan orang.
Man hater                             pernah dulu time lepas bercintan kera zaman sekolah.
Lover                                    i think so :)
War freak                              ape yang dia tanye ni? war war. peace always lah!
Heartbreaker                         oh, sepatutnya tanya pada ex-2 aku dulu lah! *ceh! ex-2. bajed*
In love                                   ya mybe. OH bakal suamiku.
Bossy                                     jadi kuli pernah!
Friendly                                 owwyeesss!

***** MORE *****

What is your current mood?  dizzy and snoozy
Does your crush like you back? mybe... idk.
What makes you happy? ayah bawak jenjalan tiap kali cuti semester.
Name one thing you do a lot? dreaming.
Name someone with the same b-day as you?  Nofa Zaid. member sekolah rendah.
Are you comfortable with your height? tak, walaupun orang cakap pendek tu comel.

***** FINISH THE LINE *****

If I were a ...                           burung.. i believe i can fly~
I wish ...                                  you were here. HAHA!
So many people don't know...    aku ni anak raja tapi tak nak heboh-2. *dusta semata-mata!*
I am ...                                    a female. JK kuikui~ Childish person i guess.
My heart is...                           go on... every night in my dreamm.. lalalala~






Disebalik sebuah kenangan.

setiap orang punye kenangan. tak kire kenangan indah ataupun buruk.
setiap ape yang kite buat and alami, akan kita simpan untuk dijadikan kenangan.
dengan kenangan kita belajar macam-2 untuk pengajaran and ingatan masa depan.

pernah tak kita fikir ada apa disebalik sebuah kenangan yang pernah kita coretkan dalam kamus hidup kita?
pernah tak kita fikir apa kepentingan disebalik sebuah kenangan yang kita simpan?
biasanya kenangan indah kita suka nak simpan and sematkan dalam hati. betul tak?
tapi macam mana pulak dengan kenangan buruk?
contoh macam kenangan jatuh motosikal sampai terhumban dalam parit. dah terhumban tu, luke parah pulak sampai berdarah badan. paling kaw-2 bila kita ni ni mabuk darah. mau tak lagi teruk kenangan macam tu. kita akan ingat tak hal tu?
AKAN! aku pasti kenangan yang buruk lah biasanya akan selalu tersemat dalam hati and minda.
KENAPA?
sebab hal tu kita jadikan pengajaran dalam hidup kita :')

percaya tak kalau aku cakap biasanya hal yang kita tak nak ingatlah selalu kita ingat?
betul tak ape yang aku cakap?
tipu lah kalau korang dapat lupakan hal buruk yang pernah berlaku dalam hidup korang.
biasanya payah orang nak lupakan kenangan macam tu.
sebab hal buruklah yang banyak bagi kesan pada diri kita. kan?
jadikan kita lebih berhati-hati, jadikan kita lebih tegas.

KENANGAN.
aku suka kenangan. memang ada yang aku tak nak ingat.
tapi macam aku cakap kat atas tadi, biasa hal yang kita tak nak ingat selalu kita ingat.
tapi tak apa. disebalik sebuah kenangan yang aku tak nak ingat tu.
banyak pengajaran yang aku dapat. lagipun, tu takdir aku. Allah SWT dah tetapkan macam tu.
setiap hal yang berlaku, bukan kehendak kita kan? :')
redha, sabar, think positive. ada hikmah semuanya. itu yang aku jadikan sebagai pedoman dalam hidup aku.

percayalah, disebalik sebuah kenangan tu tak kira baik ataupun buruk.
tersimpan banyak erti dalam hidup kita :')



Impian mengarut yang tak akan tercapai.

assalamualaikum. :D

pernah tak korang impikan pape yang korang yakin tak akan tercapai?
contoh macam korang impikan nak ada kapal angkasa sendiri lepas tu boleh berlepas ke planet mane pun korang suke..? haa~ pernah tak?

okey, aku ade impian yang tak akan tercapai. contohnya aku nak ada negara sendiri.
negara tu aku nak namakan negara PINKYLA.
kenapa PINKYLA? sebab pink warna faveret aku and gabungkan dengan nama aku, ADILA. wahah!
okey, bila dah ada negara sendiri ofcourse lah aku yang jadi pemimpinnya kan? kuikui~
aku akan pastikan rakyat aku diwajibkan setiap orang ada baju berwarna pink! harharhar~
dalam seminggu, hari selasa aku nak setiap rakyat aku pakai baju warna tu. comel!

untuk sekolah-sekolah pulak. aku nak baju sekolah budak-2 warna pink lembut and seluar/kain sekolah warna putih. comel weh!
setiap negeri dalam negara aku tu aku nak ada shopping complex nama PINK COMPLEX. dalam and luarnya semua bertemakan warna pink! barangan baik untuk lelaki or perempuan, aku nak pink semuanya.
setiap kolam renang yang ada dalam negara aku tu, jubinnya perlu warna pink biar nampak air warna pink! commelll!!!

okey, pokoknye, aku nak bagitahu yang impian aku tu bertemakan pink semuanya.
aww~ comell! cute!
walaupun aku tahu impian mengarut macam tu tak mungkin akan tercapai, aku tetap nak jadikan ape yang aku idamkan untuk mase sekarang and mase depan tercapai.
antaranya:

1. aku nak bukak butik baby yang bertemakan warna pink.
2. aku nak ada kereta and motor warna pink and nak sangat nombor platnye ade huruf x and number 13.
3. aku nak rumah aku lebih pada tema warna pink.
4. aku nak perbanyakkan stuff-2 aku warna pink.
5. aku nak ajar anak perempuan aku suke warna pink. *okey ini poyo sikit*

okey. aku memang suka warna pink. tengok blog saje dah boleh tahu. siryes dalam entry lepas aku ade cakap yang aku macam obses pade warne ni. yep. aku rase mungkin aku memang obses pade warna ni. haha!







PINK :)



Wednesday, 26 June 2013

Wordless Wednesday.

assalamualaikum.
okey, untuk entry kali ni aku tak ada apa yang best pun nak kongsi. haha!
saje nak menambahkan entry untuk belog ni.
act, pagi ni ade kawan nak datang rumah. bersiap sedia jelah aku.
dia cakap nak datang jumpa aku sebelum aku masuk kolej balik.

sekarang ni jerebu dekat Selangor ni makin teruk. adik-2 aku dah 3 hari tak pegi sekolah.
tapi selama 3 hari tu jugak, aku nampak batang hidung diorang kat rumah time malam je.
so bagi aku sekolah ke tak sekolah diorang tu same je. eheh!
honestly, aku ni yang jenis payah nak keluar bilik sebenarnya. kuikui~

notes : rasa nak makan char kuey teow mak lang dekat kafe kolej je. rindu. eheh! :D


Monday, 24 June 2013

Apa yang aku suka.

PINK
aku serius mengatakan yang aku suka sangat warna pink. bukan suka. aku rasa aku obses pada warna ni. dari sekolah lagi. tambahan pulak kawan baik aku time sekolah dulu minat jugak warna ni, wahh! apa lagi. kasi gempaklah ini minat. ade orang tak suka warna ni sebab nampak feminin sangat. and biasanya warna ni hanya perempuan yang GEDIK je suka. hello! sebenarnya bukan gedik ye. kami cuma manja. hahah! *poyo!* tak adalah.. kami tak gedik lah. warna ni memang comel tau. aku suka sangat. kalau boleh aku nak semua barang aku warna pink tau. memang bahagialah kalau dapat hidup dengan dunia seba pink! awww~ commmelll! sukkeee!!

CUTE AND SMALL STUFF
stuff yang kecik-2 cute-2 memang aku suke. suke sangat. comel. cinonet je nampak. tapi, benda-2 yang macam ni lah selalu hilang. aku jenis pelupa. so, masalah yang aku selalu hadapi dengan benda macam ni adalah, AKU SELALU LUPA AKU LETAK DEKAT MANA. contoh macam kerongsang kecik yang designnye cute comel dengan riben bunge bagai tu. warne pink pulak! aduhh. memang agak tension bile nak cari balik. pastu time tulah aku akan mengarut fikir macam ni "kalau boleh misscall lah benda tu memang senang sikit nak cari".

PLAYSTATION
sesetengah perempuan tak suka main benda ni. diorang cakap macam budak-2. lagi satu diorang cakap lelaki je sesuai main. ah! aku kisah apa. janji aku suka. pernah main game bola dengan adik aku. sekali tu je. sebab adik aku dah serik nak main dengan aku. dia takut rambut dia tak ade. yelah, dah nak jaringkan gol je, aku tarik rambut dia sebab tak dapat nak rembat bola dari team die. game aku suka main, The Sims, Super Mario and Harvest Moon.

PERFUME
hah! yang ni memang pantang sikit bile time shopping. aku memang suke beli perfume. kalau time balik kolej, keluar dengan kawan-2, bile mood nak beli perfume tarik-2 diri ni, memang aku beli. dan bile balik rumah, mak aku nampak minyak wangi atas meja makin bertambah, conpem kena bebel. dia cakap aku nak mandi dengan minyak wangi tu semua agaknya. walaupun mak aku marah, aku tetap jugak beli dan minyak wangi aku dalam bilik ni makin bertambah tiap cuti semester. bukan satu tapi lebih dari dua. dan sekarang, aku sendiri tak tahu nak pakai yang mana satu. eheh!



notes : kalau nak kira. banyak benda lagi aku suka. nanti aku sambung.
            sekarang malas nak menaip banyak-2. ahah! :D

Sunday, 23 June 2013

Can't Sleep.

erhh, i can't sleep. i dunno why.
it's been two weeks i could not sleep at night.
nightmare. yeah! one of the causes.
it's currently 1.55 a.m, i still cannot sleep.
what should i do?? :'(

INSOMNIA




Wednesday, 19 June 2013

Fitnah.

assalamualaikum.
okey untuk entry kali ni aku nak ceritakan pasal fitnah.
serius cakap bile masuk bab fitnah ni memang amat menyentuh sensitiviti aku sendiri.
kenapa? sebab ianya berkaitan satu keaiban.
jup, bukan aku nak cakap keaiban seseorang tu orang sebarkan, aku nak cakap yang cerita tak betul pasal dia menjadikan orang lain yang dengar fikir negative pasal dia.
it's hard to say and it's hurt to handle it. :'(

kadang-2 aku terfikir gak, kenape orang sanggup menyebarkan fitnah tanpe cermin diri sendiri?
okey, sorry to say lah. kalau nak buat dose pun, banyak lagi kot dose lain yang boleh dibuat.
kenape perlu pilih untuk MEMFITNAH??
mengarut je.

aku. yeah, aku pernah kena macam ni. sebab tu aku sensitif sangat berkaitan hal ni.
serius cakap orang yang sanggup buat macam ni, dia sanggup cakap ape saje untuk memburukkan diri kita and menjatuhkan kita.
nak tutup mulut orang macam ni, payah. memang tak boleh.
bile cerita dah tersebar, ohh, tak boleh nak kutip balik. payah. serius payah.
time tu memang diri akan rasa tertekan. tak tahu nak buat ape. fikir ape salah kite sedangkan kite rase diri kite tak pernah buat salah pada orang tu.
ah! hasad dengki selalu ada dalam diri manusia. kita sendiri pun ada perasaan macam ni.
tapi biasanya fitnah akan berlaku bila hasad dengki kuasai diri and minda seseorang.
biasalah, there's no people perfect in this world right?

cuma itulah, memang tak ada yang sempurna dalam dunia ni tapi takkan sebab tak sempurna tu kita terus nak jadikan diri kita bukan seorang manusia yang baik? fikirlah.
hidup cuma sekali. so, kita berkasih sayanglah sesama kita.
memfitnah itu lebih buruk daripada membunuh.
ye, sebab bila fitnah tersebar boleh menyebabkan berlakunya perpecahan, peperangan dan juga pembunuhan.

walaupun kejahatan yang kita buat manusia tak dapat nak balas.
TAPI FIKIRLAH,
diakhirat nanti..
ALLAH SWT ada untuk memberikan balasan yang setimpal. :')




Friday, 22 February 2013

Salahkah Kita.

bila waktu terus memanggil, agar dua hati dapat menyatu..
bukan aku tak ingin cinta, tapi aku takut menyakitimu...

dan kini aku jauh darimu, ada yang hilang dari hatiku..
cinta tak dapat ditebak apa mahunya hati, salahkah kita?

bukan maksud menduakanmu, aku tak ingin mendustai hati..
aku juga mencintaimu, ku menjauh hanya untuk berfikir...

letih memandang wajah hari..
yang memanduku untuk mencarimu...

bukan aku tak ingin cinta..
tapi aku takut menyakitimu..

hanya tak bisa dustai hati untuk mencinta..
salahkah kita?

biarlah semua kini kita berpisah, namun hati kita tetap menyatu..
ku sangat rindu.. ingin bertemu sampai tujuh purnama ku tetap menunggu...

bila waktu terus memanggil..

notesaku tewas dengan apa yang aku harapkan, aku tak dapat siapkan satu pun assignment harini. sangat mendukacitakannnn~ :'(

Thursday, 21 February 2013

Insane.

assalamualaikum..
ye, sekarang setiap entry aku kena taip Assalamualaikum. tiada lagi gambar Assalamualaikum yang kiut miut macam dulu. kenapa?
sebab aku dah tukar tema. tema ni aku buat sendiri. masih lagi mengkaji how to put the image lah.
sedikit tension kerana memang sangat merumitkan. hiuhhh~

minggu ni aku demam. yeah, seperti post yang sebelum ni aku just cakap aku demam tanpa sebarang motif, memang tidak berhemah sikap sebegitu kan?
tak apalah, nak buat macam mana, otak tak stabil mane time tu.
buat orang yang komen and sudi bace, big thanks okey! really appreciate it.
yang datang singgah follow or just saja-2, boleh bagi link blog korang dekat cbox sebelah. nanti aku singgah and follow korang jugak :)

dah 3 minggu aku tak sihat. seminggu sakit-2 and 2 minggu demam termasuk minggu ni. dah pergi hospital minggu pertama dekat rumah haritu and klinik minggu ni tapi masih lagi di tahap yang sama. pelik kan?
ye,, memang sangat pelik. assignment aku postpone segalanya.
the bad habits of the past come back :'( aku tak tahu kenapa aku jadi macam ni sekarang.
stress? mybe.. for what? IDK.

esok, aku nak pastikan 1 dari assignment aku siap. IDK how to finish it but I WILL MAKE SURE i can do it. adoyai, tak tahu lah nak cakap macam mana.
not satisfied dengan perangai sendiri.
cakap nak berubah tapi tak berubah. sangat mendukacitakan kan?
haiyooo~ serius tak tahu nak cakap macam mana.
tapi salah satu sebab jadi macam ni sebenarnya sebab aku tak sihat sekarang.
oh my PRADA. what should i do? what should i do???

i'm surely if my mom know bout this, she will.. ouh man.. insane sudahh.. insane.. insane..
SORRY mom, i didn't meant it. REALLY.

Tuesday, 19 February 2013

Demam.

DEMAM.
demam. demam.
demam. demam. demam.
demam. demam. demam. demam.

Aku..
aku demam.
aku demam. aku demam.
au demam. aku demam. aku demam.
aku demam. aku demam. aku demam. aku demam.

AKU DEMAM

Friday, 15 February 2013

Oh My English!

hello mellow all's. hehehe~
today, i would like to write in english for this entry. yeah! for what adila? FOR WHAT?
alahh, saje nak tukar angin.. eh, lupepu lak nak tulis dalam BI. eh, salah lagi. EHHHH! haiyoo~ FULLSTOP. hurmm, aiseyman, i dunno what i wanna write with this entry. my mind suddenly blank. BLANK? where i get this word? hahaha. :D

i know my english was so bad since am at school before. i had a blogspot site that am using fully english but it's personal site. shame lahh if you read all entries of the site with my fully TERRIBLE english kan? kahkah!
since am a kid, my dad sometimes ermm, ermm, menekankan in using english language. but not always lah. nanti orang cakap "MELAYU MUDAH LUPA" pulak kan? oh, salah lagi. SORRY!

i think i know why am not good in english, it's because i always want to make the best and perfect sentences so i got more and more and more word to write and makes my mind being disorded.
i ever fight with my mum in english, it's start when am using english language opposing her. most verse am using is "there's no people in this world are perfect" and she will reply with saying "i know there's no people in this world are perfect but you should bla bla bla bla ..." so i will lost for words that time :)
okey, that's my mum. proud of her although sometimes she always makes me cry with her decision for me that cannot be expected :')

okey, done for now. i dunno what i can share with you more for this post. sorry for my broken english. am really not good in it at all but i love this subject at school before. still learning to improve it. not using google translate so no wonder lah it's worst like this kan? mybe i should use it next time.. haha!




Thursday, 14 February 2013

Home Sweet Home.

yep, akhirnya aku sampai jugak ke rumah yang dah 2 bulan lebih aku tinggalkan. 2 bulan lebih ke? hahak. lupe sudah tapi sememangnya memang aku rasa macam dah lame lah aku tingalkan rumah aku ni.

balik rumah bawak sekali penyakit, yep! memang sangat AWESOME. demam yang tidak berhenti. dah 2 minggu aku tak sihat. dari kolej lagi sebenarnya tapi aku malas sangat nak melayan sebabnya aku tahu tak akan ada siape pun yang faham.
tak mahu jadi childish lagi. aku dah besar. tahu nak jaga diri sendiri. memang kekadang perlukan seseorang untuk kongsi semua ni tapi entahlah. payah nak cakap kenapa. tapi aku memang rase malas lah nak kongsi dengan sesiapa. wasting their time lah hearing my problems. I GUESS.. hmm..

actually, hari aku balik sini kebetulan pulak dengan hari bebudak sekolah aku buat reunion. perkhh! serius aku sedih nak mampos sebab tak dapat join. kalau diorang bagitahu aku awal-2, memang aku dah target kot haritu aku join and esoknye aku balik sini. dah tiket dah beli dah so terlepas lagi aku nak jumpe kenkawan lame.
reunion kali ni reunion yang ke-2 aku tak dapat join diorang. wehh, tak boleh blah lah rase bile talking-2 pasal ni. memang aku terkilan sangat lahh tak dapat join. SERIUS!

well-3, cuti tengah sem kali ni aku habiskan masa dekat rumah je. yelah, dah tak sihat macam ni takkan nak hangout kot kan? HOSPITAL? nahh, sudah sebati dalam hidupku. ngehehe~ tak payah cakap pun dah tahu lah! impossible kalau tak tempah tiket bercuti :P kuikui~
assignment?? ouh my PRADA. satu pun aku masih belum start buat. habis cuti, ade test. so memang bajed good-2 lah kan aku macam ni. macam mane kalau failed kali ni? TIDAKK! aku tidak mahu. sudah cukup aku di hentam oleh saudare mare yang tak habis-2 downkan aku selalu.

banyak kot nak coretkan dekat sini tapi aku tak dapat nak berfikir dengan baik sekarang. faham-2 lah kan bile dah berhingus macam ni. sub sub je manjang, eeuww~ sejak bile aku jadi straight to the point macam ni? yeah! sejak aku sedar tak payah nak baik sangat. orang pijak kepale kau nanti. dah cuak kot.


notes : aku tengah fikir nak buat tajuk ape lepas ni tapi... sub sub~ ouh mannn.. tak apelah, sakit datang dari Allah and ade hikmah di sebaliknye..

Saturday, 9 February 2013

Tak Perlu Sampai Macam Tu Sekali!

aku tertanya-tanya kenapa sesetengah orang perlu burukkan orang yang diorang tak suke semata-mata nak orang lain pun bencikan orang yang diorang tak suke tu. tak fikir ke hal macam tu sepatutnya tak perlu berlaku dalam hubungan persahabatan?


perlu ke aibkan orang yang kite tak suke tu untuk kepentingan diri kita sendiri?
perlu ke racun fikiran orang lain untuk sama-sama bencikan orang yang kita tak suka tu?
tak perlu lah nak buat macam tu. tak perlu. tak perlu. TAK PERLU.
pernah tak kita terfikir apa perasaan kita bila kita duduk tempat orang tu? pernah tak kita terfikir apa akan jadi pada kita bila ramai orang tak suka kita?
pelik aku, orang yang nampak alim, warak, baik, pandai and terkenal boleh buat macam tu pade orang lain. tak faham aku kenapa perlu ada sifat macam tu dalam hati tu.
kenapa tak boleh tengok orang lain senang? tak suke die, biarlah kau aje yang tak suke! tak perlu nak spreading'kan perasaan tu pade orang lain sampaikan diorang pun tak sukakan orang tu.

tak perlulah sampai macam tu sekali. buat tak tahu dah lah. suke sangat ye tengok kejatuhan orang lain? orang tu tak ade pun nak jatuhkan kau, so buat ape kau susah payah nak jatuhkan die? hal kau dengan die, tak perlu nak masukkan orang lain.
fikirlah dose kau bertambah bile makin ramai orang tak suka dia. yang suka and selesa dengan dia boleh jadi tak suka and tak nak dekat dengan dia just sebab kau dah racun pemikiran orang tu. untuk ape kau buat macam tu? cuba kau explain sikit?
tak faham aku!

aku ni jenis suke soal selidik dulu segala hal. maaflah, serius aku takkan berpihak pade kau selagi aku tak nampak kelemahan orang yang kau tak suke tu. aku tak akan jatuhkan die macam kau jatuhkan dia semata-mata nak dengar cakap kau and termakan dengan kate-2 kau. mungkin dia banyak kelemahan, tapi tu tak bermakna kau boleh nak buruk-2kan dia.
lagipun, TAKENOTE.. aku tengok kau same je dengan die sebenarnya. so bile kau kutuk dia, aku rasa macam kau kutuk diri kau sendiri pulak. kelaka je rasa.

dah lah weh, kesian lah dekat member tu. dah ramai dah kau buat macam ni. bukan sorang je. ramai sangat dah. mungkin selama ni kau menang tapi ingatlah, Allah Maha Adil. Allah Maha Melihat. sekali Allah balas balik apa yang kau buat ni, sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunalah jawabnye.
sakit pulak hati aku ni tengok ape yang kau dah buat. agaknye aku ni pun pernah jugak kena dekat kau. okey! actually aku tahu memang aku pernah kena tapi tak apa, hal lame aku malas aku nak ingat balik.

TAPI, TAPI...

lepas ni kalau kau buat balik dekat aku, aku memang tak teragak-agaklah tegakkan balik HAK aku. betulkan balik cerita yang dah kau putar belit. orang lain memang lembut and aku ni pun memang jenis lembut jugak tapi bile hilang sabar, hal aku HAK aku nak pertahankan balik. so baik berubahlah sebelum ada yang buat kau agi teruk dari kau buat dekat orang yang kau tak suka tu.
sodakollahullazim...


Friday, 8 February 2013

Hohoyy!!

helloo. hellooo. lai la lai la.. fai ti laa~ (tak ada motif)

heuheu~ tak sabar nak balik esok.. yeah, akhirnya aku boleh jugak balik setelah sekian lama meninggalkan bilik kesayanganku. wakhh, happy banget sihh! :P
well well well, dah berapa hari tak updates belog ni. rindu sangat nak updates. ade jugak yang sudi singgah and bace. terharu aku wehh~ NGEEE.. trimas banyak-banyak!
beberape hari ni, aku sibuk sangat. dengan program and sebagainye. serius memang sibuk. ade rase macam badan ni tak cukup rehat jugak.

actually, aku just nak cakap esok aku balik je. kahkah!
maaf kerana telah membuang masa anda dengan membaca entry pendek aku kali ini. big thanks okey kerana sudi membacanya :) lain kali dattang lagi. huehue~

notes : esok bas pukul 4 petang. aduhh, confirm mengantuk duduk dekat terminal time-2 cam tu tunggu bas. :( and i will miss my sayang, Myra nanti seminggu tak jumpe :'(

Monday, 4 February 2013

Change Your Mindset, Sayang!

pernah tak kita sebagai hamba Allah yang lemah ni cuba untuk berubah? berubah untuk menjadi seorang hamba yang lebih baik? pernah tak? mesti ada yang pernah kan? aku pun sama. tak dinafikan nak berubah jadi lebih baik tu memang lah sangat payah. bila kita dah biasa dengan kehidupan yang selama ni tak berapa menitik beratkan soal agama, menjadikan kita lalai and payah nak berubah. tapi tak apa, asalkan dalam diri ni semangat tinggi and tak pernah putus asa nak berubah, insyaAllah, doa kita akan di terima oleh Allah :')


kadang-2, bila kita nak berubah ni, ade sesetengah orang tak suka tengok perubahan diri kita. kita pun tak tahu kenapalah orang tak suka kita berubah. mungkin diorang takut kita payah nak hang out sesama dengan diorang macam biasa kot, aku sendiri tak dapat nak explainkan kenapa. kalau cakap pasal aku, aku memang nak sangat berubah.  aku ni bukannya warak sangat pun. dulu zaman sekolah aku mungkin lebih teruk dari korang semua. tapi niat untuk berubah tu selalu ada dalam diri cuma aku masih belum istiqamah masa tu.

bila ada kawan kita nak berubah ke arah kebaikan, kita sepatutnya tolong dia. bukannya meng'konfius'kan diri dia. ni bila kita perli-2, kita tak bagi kata semangat, mungkin akan merubah pendirian dia sampai dia tak jadi nak berubah. sebab tu sokongan dari orang terdekat macam keluarga and kawan-2 sangat penting. aku dulu serius cakap masa awal belajar dekat kolej ni, kan kena pakai tudung labuh. apa yang ada dalam fikiran aku time tu jangan cakaplah. kite ni asal tak warak, jadi cam culture shock gak arh tapi bila tengok bebudak lain okey je, yang dari bukan sekolah agama pun okey je, dari situ aku fikir kenapa aku nak shock sangat? orang lain boleh kanapa aku tak boleh? lagipun aku sendiri yang buat keputusan nak belajar dekat sini. bukan mak ayah aku yang suruh.

sekarang, aku dah tak kisah dengan penampilan aku. aku selesa dengan penampilan sekarang. okey serius cakap dekat luar bila balik rumah aku still pakai tudung biasa tapi tetap jaga penampilan aku, apa yang harus di tutup aku tutup sebaik-2nya. dekat kolej pulak WAJIB pakai tudung labuh sebabnya peraturan kolej. dalam hati ni ada niat nak pakai sampai ke luar tapi hati aku belum yakin. kalau aku pakai then tak pakai lepas tu pakai, tak elok pulak kan? macam permainkan kehendak agama pulak, betul tak? tapi kalau dari kolej keluar dengan kawan-kawan memang kenaa pakai tudung labuh. dulu malu sangat sebab rasa macam ada orang tengok lain macam je, tapi bila fikir-2 balik sebenarnya hati aku ni ha tak betul masa tu. padahal orang tak tengok pelik pun sebenarnya sebab area sini memang selalu dah tengok perempuan pakai tudung labuh. haha! masalah hati sedikit ketika itu.

tak dapat dinafikan, ada sesetangah bebudak remaja bila nampak aku dengan kawan-2, diorang akan cakap "wahh, ustazahlah" and aku pernah jawab "ye, ustazah untuk anak-2 nanti" adoyai, memang yang pakai tudung labuh ni kerjanya jadi ustazah saja ke? ramai orang tetapkan mindset diorang bila tengok perempuan bertudung labuh ni adalah ustazah, bakal ustazah. tak semestinya lah! kami pun ada cita-cita kami sendiri. sebab tu aku masuk course Media Islam. sebabnya aku nak sangat tunjuk pada orang ramai yang Islam ni tak terbatas dalam soal belajar dan kerjaya. banyak cabang jugak dalam kerjaya Islam ni tapi masih ramai yang belum buka pandangan diorang. macam aku pernah cakap dalam entry people judgemental dulu lah, orang suka tetapkan kerjaya perempuan bertudung labuh and lelaki yang berkopiah/bersongkok sebagai ustazah dan juga ustaz. kami ada cita-2 kami sendiri so tak perlu nak tetapkan apa kerjaya kami masa akan datang nanti.

ubahlah mindset kamu, sayang! bila ada orang nak berubah, tak payah lah nak downkan orang tu. kite tolong dia berubah pun dah dapat pahala tau. tak nak ke beratkan timbangan pahala anda di akhirat kelak? kita hidup ni bukannya atas dasar kejar dunia je, akhirat lebih penting. fikirlah.. biar seimbang :)




Saturday, 2 February 2013

Tiada Tajuk.

tak sabar nak balikk.. okey untuk pengetahuan semua, minggu ni adalah minggu last aku study kat kolej untuk cuti pertengahan semester kali ni. cuti seminggu. serius aku tak sabar sangat nak balik. sekarang pun dah masuk bulan 2. pejam celik pejam celik sekejap je masa kan? nanti masuk bulan yang seterusnya lepas tu tahun yang seterusnya pulak. dah masuk tahun seterusnya, aku pulak nanti nak habis belajar dah. dah habis tu, kerja pulak. lepas tu insyaAllah nak sambung degree pulak kalau boleh.

ikut hati nak sangat sambung degree, tapi ade pulak perancangan lain lepas diploma ni. kalau di izinkan sambung degree, aku akan sambung :) tengok lah nanti macam mana perkembangannya. hehe. minggu lepas and cuti minggu kali ni, aku sibuk. sibuk dengan program yang akan berlangsung esok. minta-2lah aku dapat jalankan tanggungjawab dengan baik esok.. AMIN~

untuk tajuk kali ni, aku pun tak tahu nak cerita apa sebenarnya. dah berapa hari aku updates blog separuh saje then semua entry-2 tu ade dalam draft je. nak sambung balik, malas pulak sebabnya macam tak syok je nak menaip sambungan entry-2 tu semua. dah melayang-2 je otak ni ke lain bile nak sambung balik. haiyoo~ beberapa hari yang lepas aku pergi jogging dengan roomates aku syikin. lepas tu untuk kelas Kajian Televisyen pulak, habiskan masa tengok cerita Arab Children of Heaven dengan cerita Korea, Harmony dalam bilik tayangan dengan pensyarah and kawan-2 sekelas. yep! bukan saja-2, tapi kena buat resensi movies tu semua ye. semalam pulak lepas taklimat untuk program esok, bincang dengan Jannah, Myra and Azza dekat surau blok ni pasal assignment, kena buat risalah dengan video iklan. ade fikir pasal shooting dekat luar tapi terfikirkan perlukan bajet and sebagainya, so tak tahulah akan di buat or tak. tapi papepun scene-2 yang akan di shoot sudah pun kami bincangkan semalam. so far, okey setakat ni.

oh, tak lupa semalam pun aku pergi terminal bas beli tiket untuk balik. hajat nak balik hari Jumaat tapi tiket habis, so terpaksa balik hari Sabtu petang. PETANG. okey aku memang berhajat nak balik petang tapi pukul 4. myra pulak basnya pukul 3. and kitorang berhajat nak pergi terminal sesama dengan kawan-2 sekelas lain yang tiket basnya pukul 1 petang. so memang berejam lah kan aku dengan myra duk dekat terminal tunggu sampai bas kitorang datang kan? haha! tak sabar nak balik ye, tidak kisah asalkan dapat balik haritu.. nak balikkk!

harini, pepagi tadi ada lagi taklimat untuk program esok. lepas tu sekarang ye aku sedang menyiapkan entry ini dan akan pastikan aku publishkan entry kalii ni. kejap-2 lagi aku tidur then malam ni sambung buat slide untuk presentation minggu ni. and.. apa-2lah yang berkaitan kelas yang aku masih belum aku siapkan lagi. okey, kat sini saje untuk kali ni. nanti aku sambung balik. assalamualaikum :)

berjogging dapat menyihatkan tubuh badan anda :P

Sunday, 27 January 2013

Kerana Hari Semalam..

alhamdulillah hari ni dapat lagi aku update blog aku. dah berapa hari tak update. bukan tak ade idea untuk kali ni tapi sebab aku  malas. cuti ni habiskan banyak masa dalam bilik. memang sangat menyeronokkan. tanpa kawan sepermainan dalam bilik iaitu Syikin, memang sangatlah awesome ye. BORING. hari ni pulak akak-2 sebilik tak ade, keluar. and Shikin pulak balik lambat dalam beberapa jam yang lalu baru sampai Kipsas ni so memang sangat sepilah kehidupan aku dalam bilik A314 blok yang bernama Iffah ni. ye, macam nama kawan sekolah aku.. haha!

okey, beberapa hari yang lepas aku pergi Jengka. ade program and alang-2 itu jugak jumpa orang-2 yang dah lama aku tak jumpa. memang happy walaupun pada masa tu aku dapat 1 berita yang aku nak hindari dari keadaan yang macam tu. okey, aku masih lagi boleh bersabar. yang pasti selama pergi Jengka aku happy dapat jumpe ma, aboh, kak and adik :')

aku tak tahu kenapa orang boleh berfikiran sempit. hanya fikir untuk kebaikan diri sendiri je. menyesal. kenapa aku cakap menyesal? sebab.. kerana hari semalam lah hal hari ini berlaku. semalam tu maksud aku hari yang dah lepas lah. bukannya semalam tu sehari yang lepas ye. mohon faham :) aku cuba untuk lari dari hal yang akan datang tapi siapalah aku ni, hanya seorang hamba Allah S.W.T yang tak boleh lari dari Qadaq dan Qadar-Nya. yang pasti sekarang, aku perlu redha atas apa yang dah berlaku. nak menyesal sebab minta pertolongan seorang kawan? dah tak berguna sekarang. hal dah terjadi. apa yang penting sekarang, berusaha untuk dapatkan hak aku sendiri.

hal yang besar, tak patut kita buat macam hal tu hal kecik je. fikirlah keadaan orang and apa yang akan berlaku atas perbuatan kita tu. tak payah ambil mudah dalam setiap hal. pernah tak kita fikir mungkin perbuatan kita tu bukan saja bagi kesan pada diri sendiri tapi jugak bagi kesan pada orang lain. okey, aku tak dapat terangkan hal yang sebenar sebab ianya terlalu complicated. hanya dapat terangkan dengan penapisan bahasa dan ayat sahaja. =,='

perempuan ini sedang berusaha untuk mengubah hidupnya menjadi lebih baik :')

Wednesday, 23 January 2013

Kalau dah sayang...

okey, aku baru je balik dari kelas usrah. time kelas usrah yang pertama haritu, korang nak tahu tak, name aku ni tak ada langsung dalam list. yep! macam tu lah nasib student yang terbiar macam aku ni. hahha! actually sebenarnya usrah ni ade untuk semester 4 dan 5 sahaja. tapi disebabkan aku ni dari semester 3 yang sebenar-2nya, itulah yang menjadikan nama aku tak ter'list' dalam senarai. nak buat macam man, disebabkan aku sorang je student media islam semester 3 dekat kipsas ni, terpaksalah aku join bebudak semester 4. kesian kan aku? yeee~ kesian sangat! :'( tapi sekarang dah minggu ke-4 and aku dah ade kumpulan. ngehehe~

malam ni nak pergi Ulu Jempol, Jengka. ade program maulidur rasul esok kat sana. rindu ma dengan abah dekat sane. dah lame tak jumpe. entah kenapa beberapa hari ni aku rasa malas nak pergi sebabnya fikir macam ada lagi hal penting yang aku perlu settle kan tapi bila fikir kenkawan lain pergi, mesti dorang happy dapat jumpa family angkat dorang. jadikan aku adelah rase nak pergi tu datang balik dalam hati ni. tapi tetap lagi berbelah bahagi laa. papepun, aku memang rindu sangat dekat ma, abah, kak and adik kat sane :')

malam ni pergi, esok petang balik. aduh, macam tak berbaloi je kan? yelah, tak nak menyusahkan family angkat kat sane aku rase. dapat bermalam sehari pun dah cukup kot sebabnya kitorang pergi just untuk sambut maulidur rasul sahaja. okey baiklah, aku rasa macam permulaan entry ni lari dari tajuk asal. MAAF!

macam ni, korang mesti pernah alami dilema berkaitan hubungan percintaan ni kan? kata-kata sanggup buat apa saja demi orang yang kita sayang dah sinonim kot dalam sesuatu hubungan. and dengan adanya orang ke-3, ke-4 sampai ke-100 sekalipun dah lali dah dalam proses percintaan ni. babak demi babak silih berganti menjadikan kita lebih matang dalam memilih apa yang kita rasa baik untuk kita mahupun tak. agree?

hehek. masih belum dapat catch up lagi kan apa yang aku maksudkan? okey, aku sendiri tak faham apa yang aku taip dekat atas tu. sebenarnya macam ni, aku nak cakap kalau dah sayang tu memang kita akan fikir nak buat yang terbaik untuk kita  dan orang yang kita sayang tu. aku dalam bab cinta ni, dulu memang terror (perasan) lah. kenapa aku cakap aku terror? sebab mase tu kecik lagi, tak matang. macam-2 yang aku dah lalui dari sekolah lagi dalam aspek percintaan ni. nak tahu lebih lanjut, ade dalam entry aku yang lepas-2. apa-apa hal pandai-2 lah korang cari sendiri entry tu. malas pulak rasa hati ini mahu memberi linknya :P tapi sekarang aku dah ade rase lain sikit. nak cerita pasal cinta ni, nak kate tak ade mud, bukan. aku memang jenis bersemangat nak kongsi hal ni tapi aku fikir macam tak sesuai sangat nak kongsikan dekat tempat public macam ni. rasa macam tak matang je. belum kawin lagi kot. malas nak heboh sangat. tapi kalau hal yang betul-2 menarik tu selesa la jugakkan nak kongsi. kekadang bile orang bace pahtu komen pape, aku rase malu lak. dari situ aku terfikir lah macam tak elok je walaupun komen yang aku dapat komen yang positif la. hehehe~

actually aku suke komen-2 positif dari orang lain pasal cinta-2 ni tapi sekarang aku rasa macam tak payah lah nak cerita sangat adila, takut tak kesampaian nanti lagi banyak orang komen and for sure komen yang negatif. tak nakkk! takut hal macam tu terjadi. sayang tak semestinya perlu bagitahu pada seluruh dunia kan? tapi aku jenis suka bagitahu orang sebabnya aku nak satu hubungan yang jujur, orang akan cop aku ni jenis tak curang sebabnya aku terang-2 je bagitahu orang ramai pasal si dia. cume bila fikir balik macam tak manis kan?

entry yang lepas-lepas banyak betul aku cerita pasal si dia. bila baca balik rase macam aduhh, childishnya kau adila. tapi tak apa, semua tu bagi pengajaran pada aku. makin tua ni kenalah makin matang kan? memang aku ni jenis ngada-ngada tapi pemikiran tu yang penting. kalau attitude tu payaah sikit nak berubah but i'll try lah untuk berubah :')

cukup cuma berkongsi pasal cinta ni dalam hal yang dirasakan begitu penting, luah perasaan ni tak payah kot. malu lah aku bace balik entry yang lepas. ade rase nak buang tapi pada masa yang sama rasa macam tak payah sebab boleh aku jadikan sebagai pengajaran. hahhaa! yelah, manusia ni kan sebenarnya selagi belum mati selagi tulah akan melalui proses kematangan dan pembelajaran, kan? dari yang lepas kita belajar untuk hari ini dan seterusnya.

aku tak pandai dalam merungkai ayat ni. aku masih lemah dalam penulisan. kadang-2 aku sendiri tak faham maksud penulisan yang aku karang. pelik kan? satu kelemahan aku dalam penulisan, bila menaip tu, idea datang, datang berlambak sampai ayat aku jadi berterabur. macam sekarang, aku rase aku nak taip benda lain tadi untuk mengukuhkan lagi tajuk aku kali ni tapi keluar yang lain pulak. aduyai~ okey lah, aku sambung nanti-nanti pulak ye.

ini aku hari ini :) malas nak ngedit gambor. nampak macam pakai tudung sekolah je kan? haha. sy masih bersekolah lagi. ngee~ dusta semata-mata. harini aku pakai tudung kaler whitysoftgrey. tu yang nampak macam pakai tudung sekolah tu. hehek :P


Sunday, 20 January 2013

nasib kau lah ADILA .

yo yo yo~ apa khabar semua? lama sudah tidak meng'ayat' di sini. waha~ padahal baru berapa hari je kot. yeah, kalau ikutkan hati, aku nak sangat updates blog SETIAP hari tapi itulah. ketandusan idea untuk membuat entry. same saje seperti para blogger yang lain. bila ada idea, berlambak pulak sampai tak tahu nak  kongsi yang mana satu dulu, tapi bila dah tak ada, terkapai-kapai sudah imaginasi dan buah fikiran sehingga membuatkan kita terasa KOSONG KOSONG KOOOSONG~

aku ni dah banyak kali kot cakap dekat korang nak cerita apa yang jadi time aku menyepikan diri tapi tengok lah dekat entry-2 yang dulu, satu habuk pun tarakk pasal ceritanya. pergi zoo dengan mak ayah pun tak ade aku nak kongsikan padahal dah cakap nak kongsi kan? apa punya orang lahh aku ni.. haiyoo~ tak apa tak apa, lain kali bile aku rase nak kongsi and menaip dengan perasaan bangganya, aku akan buat entry tu. *alahh! cerita dah lapuk buat ape nak cerita balik, yedakk?* adooo~ okey-2, maaf sangat-2. nampaknya aku terpaksa menarik balik kata-kata aku untuk kongsikan cerita yang lalu. beyond tomorrow lah kan..

hidup ni kite kena selalu pandang ke hadapan. mase lalu tu jadikan sebagai iktibar. faham? orang cakap apa yang dah berlalu usahlah di kenang-kenang. tapi aku ni jenis suke betul mengenang kenangan lalu, lau sedih, mule lah menangis tak masal. waste time and tears je kan? well, that's me. can't stop it since i was young, okey macam sekarang dah tue sangat je kan? MENGARUT!

last night my dad called me, okey seriousely i miss him. dengan adegan sakit puan yang sudah berapa hari aku lalui, memang amat memeritkan hidup aku dekat kolej ni. buat ala-ala childish sikit mengadu dekat dia, and the best part aku buat semalam, being like an innocent actress crying about her fault. REAL FAULT. why? sebab fone BLACKBERRAK seperti kembar aku Aisya gelarkan menates tu, skrin dalamnye pecahh. PECAHH. PECAHHHHH! memang terkilan sangat-sangat sebab aku tak tahu macam mane boleh jadi macam tu. i'm soooo sorry dad. i don't know how's it happens. suddenly saje.. urgkhh~!

sedih kau! itu merupakan fone ke-2 jenis yang same ayah aku berikan. memang sangat mendukacitakan. sumpah lepas ni aku tak akan minta lagi dengan ayah aku fone macam tu. nak menjaganya pun satu hal yang amat menyusahkan, serik sudah aku. harini punye cerita pulak, aku taangguh kan lagi nak ambik duit dekat ATM. yeah, sudah 3 hari aku menangguhkan hasratku ini. tak ape, esok konfem aku keluarkan duit sebabnya dompet aku sudah kelaparan menunggu duit masuk ke dalam perutnya. haish, bukan kite je manusie ni perlu isi perut, benda pun perlu jugak. contoh paling sinonim dalam hidup kite, handfone lah kan. kalau tak ade bateri, sah-sah nazak jadinya. starving for battery. perlu di charge.

petang semalam aku menghabiskan mase dari pukul 2.45 sampai pukul 7 buat carta organisasi bagi persatuan jabatan dengan Kak Baini dan juga partner aku dalam persatuan, Zulhilmi. melayan sekali sakit puan aku semalam, walaupun tak tahan tapi tetap ku gagahi juga. akhirnya Alhadulillah siap. cume malam tu lepas isya' aku tak dapat nak tolong Zulhilmi tampal carta tu dekat wall yang dah di tetapkan sebabnya kondisi aku mase tu tidakk diizinkan untuk join sekali. how sad but really appreciate n thankful for him lah. huhuhu~

okey, cukup sudah sampai kat sini entry kali ini ye.
# sedih mengenangkan nasib my fone. ouh mannn! erkhh..

okey, itu aku. dan dekat sebelah tu partner aku, zulhilmi. ni baru lepas gunting gambar ni. yg da siap lupe pulak nak  snap semalam. kahkah! kami hanya exco penerbitan dan multimedia saje. bukannya dalam kalangan majlis tertinggi.. hiks!

nilah rupa fone aku sekarang. comel betul aku tengok skrinnye sampai keluar airmate ni ha.


Friday, 18 January 2013

Kesibukan Minggu Ini :)

okey, akhirnya aku berkesempatan jugak updates post malam ni :) syukur alhamdulillah.. minggu ni aku sangat sibuk di sebabkan oleh MQA yang datang untuk check course aku. almaklumlah, course baru so perlulah di pantau oleh MQA. many-many alhamdulillah sebab semuanya berjalan dengan lancar. sangat mengembirakan hati ini. hari ni aa, wa manyak happy so wa mao blanja you all yang datang sini selalau makan tak bayar, dengan cerita free sahaja. cehh! macam selame ni kenakan bayaran je untuk orang yang nak bace kan? kuang-3!


well, aku sebenarnya sekadar nak berkongsi gambar-2 mase aku sibuk saje. minggu ni ulang alik kr studio dengan auditorium saje kami bebudak media. actually, dalam gambar memang nampak happy dan tidak sibuk tapi sebenarnya ianya amatlah bertentangan dengan apa yang akan anda lihat di bawah nanti ye. like satu pepatah, sambil menyelam minum air lah bohh. (harap maklum: LAH BOH TIADA DALAM KAMUS DEWAN DAN PERPUSTAKAAN) apa-apa pun, have a nice seeing all of those okey. :) #sebenarnya aku tahu ade yang jenis malas nak membace, suke tengok gambar je. kan? haha.

dengan Jannah :)
dengan sayang saye Myra :)


photographer tu Aiman, videographer tu Haziq.

pendeknye aku! >:(



save GAZA!



azza, jannah and me :D

wat sedap.. hahhaa!



yang dekat pintu tu lecturer aku Puan Faiqah. macam student je kan? comel molek je.. kuikui~

yang berkopiah tu ustaz aku. alah, ustaz yang aku pna cite buat rumah terbuka hari raya tahun lepas tu lah.. hihik!
dengan Zifa :)