Sunday, 27 January 2013

Kerana Hari Semalam..

alhamdulillah hari ni dapat lagi aku update blog aku. dah berapa hari tak update. bukan tak ade idea untuk kali ni tapi sebab aku  malas. cuti ni habiskan banyak masa dalam bilik. memang sangat menyeronokkan. tanpa kawan sepermainan dalam bilik iaitu Syikin, memang sangatlah awesome ye. BORING. hari ni pulak akak-2 sebilik tak ade, keluar. and Shikin pulak balik lambat dalam beberapa jam yang lalu baru sampai Kipsas ni so memang sangat sepilah kehidupan aku dalam bilik A314 blok yang bernama Iffah ni. ye, macam nama kawan sekolah aku.. haha!

okey, beberapa hari yang lepas aku pergi Jengka. ade program and alang-2 itu jugak jumpa orang-2 yang dah lama aku tak jumpa. memang happy walaupun pada masa tu aku dapat 1 berita yang aku nak hindari dari keadaan yang macam tu. okey, aku masih lagi boleh bersabar. yang pasti selama pergi Jengka aku happy dapat jumpe ma, aboh, kak and adik :')

aku tak tahu kenapa orang boleh berfikiran sempit. hanya fikir untuk kebaikan diri sendiri je. menyesal. kenapa aku cakap menyesal? sebab.. kerana hari semalam lah hal hari ini berlaku. semalam tu maksud aku hari yang dah lepas lah. bukannya semalam tu sehari yang lepas ye. mohon faham :) aku cuba untuk lari dari hal yang akan datang tapi siapalah aku ni, hanya seorang hamba Allah S.W.T yang tak boleh lari dari Qadaq dan Qadar-Nya. yang pasti sekarang, aku perlu redha atas apa yang dah berlaku. nak menyesal sebab minta pertolongan seorang kawan? dah tak berguna sekarang. hal dah terjadi. apa yang penting sekarang, berusaha untuk dapatkan hak aku sendiri.

hal yang besar, tak patut kita buat macam hal tu hal kecik je. fikirlah keadaan orang and apa yang akan berlaku atas perbuatan kita tu. tak payah ambil mudah dalam setiap hal. pernah tak kita fikir mungkin perbuatan kita tu bukan saja bagi kesan pada diri sendiri tapi jugak bagi kesan pada orang lain. okey, aku tak dapat terangkan hal yang sebenar sebab ianya terlalu complicated. hanya dapat terangkan dengan penapisan bahasa dan ayat sahaja. =,='

perempuan ini sedang berusaha untuk mengubah hidupnya menjadi lebih baik :')

Wednesday, 23 January 2013

Kalau dah sayang...

okey, aku baru je balik dari kelas usrah. time kelas usrah yang pertama haritu, korang nak tahu tak, name aku ni tak ada langsung dalam list. yep! macam tu lah nasib student yang terbiar macam aku ni. hahha! actually sebenarnya usrah ni ade untuk semester 4 dan 5 sahaja. tapi disebabkan aku ni dari semester 3 yang sebenar-2nya, itulah yang menjadikan nama aku tak ter'list' dalam senarai. nak buat macam man, disebabkan aku sorang je student media islam semester 3 dekat kipsas ni, terpaksalah aku join bebudak semester 4. kesian kan aku? yeee~ kesian sangat! :'( tapi sekarang dah minggu ke-4 and aku dah ade kumpulan. ngehehe~

malam ni nak pergi Ulu Jempol, Jengka. ade program maulidur rasul esok kat sana. rindu ma dengan abah dekat sane. dah lame tak jumpe. entah kenapa beberapa hari ni aku rasa malas nak pergi sebabnya fikir macam ada lagi hal penting yang aku perlu settle kan tapi bila fikir kenkawan lain pergi, mesti dorang happy dapat jumpa family angkat dorang. jadikan aku adelah rase nak pergi tu datang balik dalam hati ni. tapi tetap lagi berbelah bahagi laa. papepun, aku memang rindu sangat dekat ma, abah, kak and adik kat sane :')

malam ni pergi, esok petang balik. aduh, macam tak berbaloi je kan? yelah, tak nak menyusahkan family angkat kat sane aku rase. dapat bermalam sehari pun dah cukup kot sebabnya kitorang pergi just untuk sambut maulidur rasul sahaja. okey baiklah, aku rasa macam permulaan entry ni lari dari tajuk asal. MAAF!

macam ni, korang mesti pernah alami dilema berkaitan hubungan percintaan ni kan? kata-kata sanggup buat apa saja demi orang yang kita sayang dah sinonim kot dalam sesuatu hubungan. and dengan adanya orang ke-3, ke-4 sampai ke-100 sekalipun dah lali dah dalam proses percintaan ni. babak demi babak silih berganti menjadikan kita lebih matang dalam memilih apa yang kita rasa baik untuk kita mahupun tak. agree?

hehek. masih belum dapat catch up lagi kan apa yang aku maksudkan? okey, aku sendiri tak faham apa yang aku taip dekat atas tu. sebenarnya macam ni, aku nak cakap kalau dah sayang tu memang kita akan fikir nak buat yang terbaik untuk kita  dan orang yang kita sayang tu. aku dalam bab cinta ni, dulu memang terror (perasan) lah. kenapa aku cakap aku terror? sebab mase tu kecik lagi, tak matang. macam-2 yang aku dah lalui dari sekolah lagi dalam aspek percintaan ni. nak tahu lebih lanjut, ade dalam entry aku yang lepas-2. apa-apa hal pandai-2 lah korang cari sendiri entry tu. malas pulak rasa hati ini mahu memberi linknya :P tapi sekarang aku dah ade rase lain sikit. nak cerita pasal cinta ni, nak kate tak ade mud, bukan. aku memang jenis bersemangat nak kongsi hal ni tapi aku fikir macam tak sesuai sangat nak kongsikan dekat tempat public macam ni. rasa macam tak matang je. belum kawin lagi kot. malas nak heboh sangat. tapi kalau hal yang betul-2 menarik tu selesa la jugakkan nak kongsi. kekadang bile orang bace pahtu komen pape, aku rase malu lak. dari situ aku terfikir lah macam tak elok je walaupun komen yang aku dapat komen yang positif la. hehehe~

actually aku suke komen-2 positif dari orang lain pasal cinta-2 ni tapi sekarang aku rasa macam tak payah lah nak cerita sangat adila, takut tak kesampaian nanti lagi banyak orang komen and for sure komen yang negatif. tak nakkk! takut hal macam tu terjadi. sayang tak semestinya perlu bagitahu pada seluruh dunia kan? tapi aku jenis suka bagitahu orang sebabnya aku nak satu hubungan yang jujur, orang akan cop aku ni jenis tak curang sebabnya aku terang-2 je bagitahu orang ramai pasal si dia. cume bila fikir balik macam tak manis kan?

entry yang lepas-lepas banyak betul aku cerita pasal si dia. bila baca balik rase macam aduhh, childishnya kau adila. tapi tak apa, semua tu bagi pengajaran pada aku. makin tua ni kenalah makin matang kan? memang aku ni jenis ngada-ngada tapi pemikiran tu yang penting. kalau attitude tu payaah sikit nak berubah but i'll try lah untuk berubah :')

cukup cuma berkongsi pasal cinta ni dalam hal yang dirasakan begitu penting, luah perasaan ni tak payah kot. malu lah aku bace balik entry yang lepas. ade rase nak buang tapi pada masa yang sama rasa macam tak payah sebab boleh aku jadikan sebagai pengajaran. hahhaa! yelah, manusia ni kan sebenarnya selagi belum mati selagi tulah akan melalui proses kematangan dan pembelajaran, kan? dari yang lepas kita belajar untuk hari ini dan seterusnya.

aku tak pandai dalam merungkai ayat ni. aku masih lemah dalam penulisan. kadang-2 aku sendiri tak faham maksud penulisan yang aku karang. pelik kan? satu kelemahan aku dalam penulisan, bila menaip tu, idea datang, datang berlambak sampai ayat aku jadi berterabur. macam sekarang, aku rase aku nak taip benda lain tadi untuk mengukuhkan lagi tajuk aku kali ni tapi keluar yang lain pulak. aduyai~ okey lah, aku sambung nanti-nanti pulak ye.

ini aku hari ini :) malas nak ngedit gambor. nampak macam pakai tudung sekolah je kan? haha. sy masih bersekolah lagi. ngee~ dusta semata-mata. harini aku pakai tudung kaler whitysoftgrey. tu yang nampak macam pakai tudung sekolah tu. hehek :P


Sunday, 20 January 2013

nasib kau lah ADILA .

yo yo yo~ apa khabar semua? lama sudah tidak meng'ayat' di sini. waha~ padahal baru berapa hari je kot. yeah, kalau ikutkan hati, aku nak sangat updates blog SETIAP hari tapi itulah. ketandusan idea untuk membuat entry. same saje seperti para blogger yang lain. bila ada idea, berlambak pulak sampai tak tahu nak  kongsi yang mana satu dulu, tapi bila dah tak ada, terkapai-kapai sudah imaginasi dan buah fikiran sehingga membuatkan kita terasa KOSONG KOSONG KOOOSONG~

aku ni dah banyak kali kot cakap dekat korang nak cerita apa yang jadi time aku menyepikan diri tapi tengok lah dekat entry-2 yang dulu, satu habuk pun tarakk pasal ceritanya. pergi zoo dengan mak ayah pun tak ade aku nak kongsikan padahal dah cakap nak kongsi kan? apa punya orang lahh aku ni.. haiyoo~ tak apa tak apa, lain kali bile aku rase nak kongsi and menaip dengan perasaan bangganya, aku akan buat entry tu. *alahh! cerita dah lapuk buat ape nak cerita balik, yedakk?* adooo~ okey-2, maaf sangat-2. nampaknya aku terpaksa menarik balik kata-kata aku untuk kongsikan cerita yang lalu. beyond tomorrow lah kan..

hidup ni kite kena selalu pandang ke hadapan. mase lalu tu jadikan sebagai iktibar. faham? orang cakap apa yang dah berlalu usahlah di kenang-kenang. tapi aku ni jenis suke betul mengenang kenangan lalu, lau sedih, mule lah menangis tak masal. waste time and tears je kan? well, that's me. can't stop it since i was young, okey macam sekarang dah tue sangat je kan? MENGARUT!

last night my dad called me, okey seriousely i miss him. dengan adegan sakit puan yang sudah berapa hari aku lalui, memang amat memeritkan hidup aku dekat kolej ni. buat ala-ala childish sikit mengadu dekat dia, and the best part aku buat semalam, being like an innocent actress crying about her fault. REAL FAULT. why? sebab fone BLACKBERRAK seperti kembar aku Aisya gelarkan menates tu, skrin dalamnye pecahh. PECAHH. PECAHHHHH! memang terkilan sangat-sangat sebab aku tak tahu macam mane boleh jadi macam tu. i'm soooo sorry dad. i don't know how's it happens. suddenly saje.. urgkhh~!

sedih kau! itu merupakan fone ke-2 jenis yang same ayah aku berikan. memang sangat mendukacitakan. sumpah lepas ni aku tak akan minta lagi dengan ayah aku fone macam tu. nak menjaganya pun satu hal yang amat menyusahkan, serik sudah aku. harini punye cerita pulak, aku taangguh kan lagi nak ambik duit dekat ATM. yeah, sudah 3 hari aku menangguhkan hasratku ini. tak ape, esok konfem aku keluarkan duit sebabnya dompet aku sudah kelaparan menunggu duit masuk ke dalam perutnya. haish, bukan kite je manusie ni perlu isi perut, benda pun perlu jugak. contoh paling sinonim dalam hidup kite, handfone lah kan. kalau tak ade bateri, sah-sah nazak jadinya. starving for battery. perlu di charge.

petang semalam aku menghabiskan mase dari pukul 2.45 sampai pukul 7 buat carta organisasi bagi persatuan jabatan dengan Kak Baini dan juga partner aku dalam persatuan, Zulhilmi. melayan sekali sakit puan aku semalam, walaupun tak tahan tapi tetap ku gagahi juga. akhirnya Alhadulillah siap. cume malam tu lepas isya' aku tak dapat nak tolong Zulhilmi tampal carta tu dekat wall yang dah di tetapkan sebabnya kondisi aku mase tu tidakk diizinkan untuk join sekali. how sad but really appreciate n thankful for him lah. huhuhu~

okey, cukup sudah sampai kat sini entry kali ini ye.
# sedih mengenangkan nasib my fone. ouh mannn! erkhh..

okey, itu aku. dan dekat sebelah tu partner aku, zulhilmi. ni baru lepas gunting gambar ni. yg da siap lupe pulak nak  snap semalam. kahkah! kami hanya exco penerbitan dan multimedia saje. bukannya dalam kalangan majlis tertinggi.. hiks!

nilah rupa fone aku sekarang. comel betul aku tengok skrinnye sampai keluar airmate ni ha.


Friday, 18 January 2013

Kesibukan Minggu Ini :)

okey, akhirnya aku berkesempatan jugak updates post malam ni :) syukur alhamdulillah.. minggu ni aku sangat sibuk di sebabkan oleh MQA yang datang untuk check course aku. almaklumlah, course baru so perlulah di pantau oleh MQA. many-many alhamdulillah sebab semuanya berjalan dengan lancar. sangat mengembirakan hati ini. hari ni aa, wa manyak happy so wa mao blanja you all yang datang sini selalau makan tak bayar, dengan cerita free sahaja. cehh! macam selame ni kenakan bayaran je untuk orang yang nak bace kan? kuang-3!


well, aku sebenarnya sekadar nak berkongsi gambar-2 mase aku sibuk saje. minggu ni ulang alik kr studio dengan auditorium saje kami bebudak media. actually, dalam gambar memang nampak happy dan tidak sibuk tapi sebenarnya ianya amatlah bertentangan dengan apa yang akan anda lihat di bawah nanti ye. like satu pepatah, sambil menyelam minum air lah bohh. (harap maklum: LAH BOH TIADA DALAM KAMUS DEWAN DAN PERPUSTAKAAN) apa-apa pun, have a nice seeing all of those okey. :) #sebenarnya aku tahu ade yang jenis malas nak membace, suke tengok gambar je. kan? haha.

dengan Jannah :)
dengan sayang saye Myra :)


photographer tu Aiman, videographer tu Haziq.

pendeknye aku! >:(



save GAZA!



azza, jannah and me :D

wat sedap.. hahhaa!



yang dekat pintu tu lecturer aku Puan Faiqah. macam student je kan? comel molek je.. kuikui~

yang berkopiah tu ustaz aku. alah, ustaz yang aku pna cite buat rumah terbuka hari raya tahun lepas tu lah.. hihik!
dengan Zifa :)



no title #1

as usual, student macam aku ni memang tak pernah lepas dari kesibukan. lebih tepat hidup sentiase rushing bile dah start belajar di kolej. tak macam sekolah, boleh nak melengah-lengah. oh ye,, baru teringat aku masih belum siapkan lagi cerpen yang Cik Jue suruh buat. hahhaa~ masih lagi menagguhkan kerja seperti dahulu. i've never change. teruk benor! tak ape tak ape, lepas Helwi nanti aku buat.

kejap lagi Helwi ni. nanti aku bagitahu ape Helwi tu ye. yang pasti sekarang untuk permulaan entry harini, aku nak cakap kejap lagi aku cerita pasal kesibukan yang aku lalui minggu ni. meletihkan tapi menyeronokkan jugak.. dah kena bersiap nak pergi Helwi sudaa~

well, nanti aku sambung. :)