Friday, 22 February 2013

Salahkah Kita.

bila waktu terus memanggil, agar dua hati dapat menyatu..
bukan aku tak ingin cinta, tapi aku takut menyakitimu...

dan kini aku jauh darimu, ada yang hilang dari hatiku..
cinta tak dapat ditebak apa mahunya hati, salahkah kita?

bukan maksud menduakanmu, aku tak ingin mendustai hati..
aku juga mencintaimu, ku menjauh hanya untuk berfikir...

letih memandang wajah hari..
yang memanduku untuk mencarimu...

bukan aku tak ingin cinta..
tapi aku takut menyakitimu..

hanya tak bisa dustai hati untuk mencinta..
salahkah kita?

biarlah semua kini kita berpisah, namun hati kita tetap menyatu..
ku sangat rindu.. ingin bertemu sampai tujuh purnama ku tetap menunggu...

bila waktu terus memanggil..

notesaku tewas dengan apa yang aku harapkan, aku tak dapat siapkan satu pun assignment harini. sangat mendukacitakannnn~ :'(

Thursday, 21 February 2013

Insane.

assalamualaikum..
ye, sekarang setiap entry aku kena taip Assalamualaikum. tiada lagi gambar Assalamualaikum yang kiut miut macam dulu. kenapa?
sebab aku dah tukar tema. tema ni aku buat sendiri. masih lagi mengkaji how to put the image lah.
sedikit tension kerana memang sangat merumitkan. hiuhhh~

minggu ni aku demam. yeah, seperti post yang sebelum ni aku just cakap aku demam tanpa sebarang motif, memang tidak berhemah sikap sebegitu kan?
tak apalah, nak buat macam mana, otak tak stabil mane time tu.
buat orang yang komen and sudi bace, big thanks okey! really appreciate it.
yang datang singgah follow or just saja-2, boleh bagi link blog korang dekat cbox sebelah. nanti aku singgah and follow korang jugak :)

dah 3 minggu aku tak sihat. seminggu sakit-2 and 2 minggu demam termasuk minggu ni. dah pergi hospital minggu pertama dekat rumah haritu and klinik minggu ni tapi masih lagi di tahap yang sama. pelik kan?
ye,, memang sangat pelik. assignment aku postpone segalanya.
the bad habits of the past come back :'( aku tak tahu kenapa aku jadi macam ni sekarang.
stress? mybe.. for what? IDK.

esok, aku nak pastikan 1 dari assignment aku siap. IDK how to finish it but I WILL MAKE SURE i can do it. adoyai, tak tahu lah nak cakap macam mana.
not satisfied dengan perangai sendiri.
cakap nak berubah tapi tak berubah. sangat mendukacitakan kan?
haiyooo~ serius tak tahu nak cakap macam mana.
tapi salah satu sebab jadi macam ni sebenarnya sebab aku tak sihat sekarang.
oh my PRADA. what should i do? what should i do???

i'm surely if my mom know bout this, she will.. ouh man.. insane sudahh.. insane.. insane..
SORRY mom, i didn't meant it. REALLY.

Tuesday, 19 February 2013

Demam.

DEMAM.
demam. demam.
demam. demam. demam.
demam. demam. demam. demam.

Aku..
aku demam.
aku demam. aku demam.
au demam. aku demam. aku demam.
aku demam. aku demam. aku demam. aku demam.

AKU DEMAM

Friday, 15 February 2013

Oh My English!

hello mellow all's. hehehe~
today, i would like to write in english for this entry. yeah! for what adila? FOR WHAT?
alahh, saje nak tukar angin.. eh, lupepu lak nak tulis dalam BI. eh, salah lagi. EHHHH! haiyoo~ FULLSTOP. hurmm, aiseyman, i dunno what i wanna write with this entry. my mind suddenly blank. BLANK? where i get this word? hahaha. :D

i know my english was so bad since am at school before. i had a blogspot site that am using fully english but it's personal site. shame lahh if you read all entries of the site with my fully TERRIBLE english kan? kahkah!
since am a kid, my dad sometimes ermm, ermm, menekankan in using english language. but not always lah. nanti orang cakap "MELAYU MUDAH LUPA" pulak kan? oh, salah lagi. SORRY!

i think i know why am not good in english, it's because i always want to make the best and perfect sentences so i got more and more and more word to write and makes my mind being disorded.
i ever fight with my mum in english, it's start when am using english language opposing her. most verse am using is "there's no people in this world are perfect" and she will reply with saying "i know there's no people in this world are perfect but you should bla bla bla bla ..." so i will lost for words that time :)
okey, that's my mum. proud of her although sometimes she always makes me cry with her decision for me that cannot be expected :')

okey, done for now. i dunno what i can share with you more for this post. sorry for my broken english. am really not good in it at all but i love this subject at school before. still learning to improve it. not using google translate so no wonder lah it's worst like this kan? mybe i should use it next time.. haha!




Thursday, 14 February 2013

Home Sweet Home.

yep, akhirnya aku sampai jugak ke rumah yang dah 2 bulan lebih aku tinggalkan. 2 bulan lebih ke? hahak. lupe sudah tapi sememangnya memang aku rasa macam dah lame lah aku tingalkan rumah aku ni.

balik rumah bawak sekali penyakit, yep! memang sangat AWESOME. demam yang tidak berhenti. dah 2 minggu aku tak sihat. dari kolej lagi sebenarnya tapi aku malas sangat nak melayan sebabnya aku tahu tak akan ada siape pun yang faham.
tak mahu jadi childish lagi. aku dah besar. tahu nak jaga diri sendiri. memang kekadang perlukan seseorang untuk kongsi semua ni tapi entahlah. payah nak cakap kenapa. tapi aku memang rase malas lah nak kongsi dengan sesiapa. wasting their time lah hearing my problems. I GUESS.. hmm..

actually, hari aku balik sini kebetulan pulak dengan hari bebudak sekolah aku buat reunion. perkhh! serius aku sedih nak mampos sebab tak dapat join. kalau diorang bagitahu aku awal-2, memang aku dah target kot haritu aku join and esoknye aku balik sini. dah tiket dah beli dah so terlepas lagi aku nak jumpe kenkawan lame.
reunion kali ni reunion yang ke-2 aku tak dapat join diorang. wehh, tak boleh blah lah rase bile talking-2 pasal ni. memang aku terkilan sangat lahh tak dapat join. SERIUS!

well-3, cuti tengah sem kali ni aku habiskan masa dekat rumah je. yelah, dah tak sihat macam ni takkan nak hangout kot kan? HOSPITAL? nahh, sudah sebati dalam hidupku. ngehehe~ tak payah cakap pun dah tahu lah! impossible kalau tak tempah tiket bercuti :P kuikui~
assignment?? ouh my PRADA. satu pun aku masih belum start buat. habis cuti, ade test. so memang bajed good-2 lah kan aku macam ni. macam mane kalau failed kali ni? TIDAKK! aku tidak mahu. sudah cukup aku di hentam oleh saudare mare yang tak habis-2 downkan aku selalu.

banyak kot nak coretkan dekat sini tapi aku tak dapat nak berfikir dengan baik sekarang. faham-2 lah kan bile dah berhingus macam ni. sub sub je manjang, eeuww~ sejak bile aku jadi straight to the point macam ni? yeah! sejak aku sedar tak payah nak baik sangat. orang pijak kepale kau nanti. dah cuak kot.


notes : aku tengah fikir nak buat tajuk ape lepas ni tapi... sub sub~ ouh mannn.. tak apelah, sakit datang dari Allah and ade hikmah di sebaliknye..

Saturday, 9 February 2013

Tak Perlu Sampai Macam Tu Sekali!

aku tertanya-tanya kenapa sesetengah orang perlu burukkan orang yang diorang tak suke semata-mata nak orang lain pun bencikan orang yang diorang tak suke tu. tak fikir ke hal macam tu sepatutnya tak perlu berlaku dalam hubungan persahabatan?


perlu ke aibkan orang yang kite tak suke tu untuk kepentingan diri kita sendiri?
perlu ke racun fikiran orang lain untuk sama-sama bencikan orang yang kita tak suka tu?
tak perlu lah nak buat macam tu. tak perlu. tak perlu. TAK PERLU.
pernah tak kita terfikir apa perasaan kita bila kita duduk tempat orang tu? pernah tak kita terfikir apa akan jadi pada kita bila ramai orang tak suka kita?
pelik aku, orang yang nampak alim, warak, baik, pandai and terkenal boleh buat macam tu pade orang lain. tak faham aku kenapa perlu ada sifat macam tu dalam hati tu.
kenapa tak boleh tengok orang lain senang? tak suke die, biarlah kau aje yang tak suke! tak perlu nak spreading'kan perasaan tu pade orang lain sampaikan diorang pun tak sukakan orang tu.

tak perlulah sampai macam tu sekali. buat tak tahu dah lah. suke sangat ye tengok kejatuhan orang lain? orang tu tak ade pun nak jatuhkan kau, so buat ape kau susah payah nak jatuhkan die? hal kau dengan die, tak perlu nak masukkan orang lain.
fikirlah dose kau bertambah bile makin ramai orang tak suka dia. yang suka and selesa dengan dia boleh jadi tak suka and tak nak dekat dengan dia just sebab kau dah racun pemikiran orang tu. untuk ape kau buat macam tu? cuba kau explain sikit?
tak faham aku!

aku ni jenis suke soal selidik dulu segala hal. maaflah, serius aku takkan berpihak pade kau selagi aku tak nampak kelemahan orang yang kau tak suke tu. aku tak akan jatuhkan die macam kau jatuhkan dia semata-mata nak dengar cakap kau and termakan dengan kate-2 kau. mungkin dia banyak kelemahan, tapi tu tak bermakna kau boleh nak buruk-2kan dia.
lagipun, TAKENOTE.. aku tengok kau same je dengan die sebenarnya. so bile kau kutuk dia, aku rasa macam kau kutuk diri kau sendiri pulak. kelaka je rasa.

dah lah weh, kesian lah dekat member tu. dah ramai dah kau buat macam ni. bukan sorang je. ramai sangat dah. mungkin selama ni kau menang tapi ingatlah, Allah Maha Adil. Allah Maha Melihat. sekali Allah balas balik apa yang kau buat ni, sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunalah jawabnye.
sakit pulak hati aku ni tengok ape yang kau dah buat. agaknye aku ni pun pernah jugak kena dekat kau. okey! actually aku tahu memang aku pernah kena tapi tak apa, hal lame aku malas aku nak ingat balik.

TAPI, TAPI...

lepas ni kalau kau buat balik dekat aku, aku memang tak teragak-agaklah tegakkan balik HAK aku. betulkan balik cerita yang dah kau putar belit. orang lain memang lembut and aku ni pun memang jenis lembut jugak tapi bile hilang sabar, hal aku HAK aku nak pertahankan balik. so baik berubahlah sebelum ada yang buat kau agi teruk dari kau buat dekat orang yang kau tak suka tu.
sodakollahullazim...


Friday, 8 February 2013

Hohoyy!!

helloo. hellooo. lai la lai la.. fai ti laa~ (tak ada motif)

heuheu~ tak sabar nak balik esok.. yeah, akhirnya aku boleh jugak balik setelah sekian lama meninggalkan bilik kesayanganku. wakhh, happy banget sihh! :P
well well well, dah berapa hari tak updates belog ni. rindu sangat nak updates. ade jugak yang sudi singgah and bace. terharu aku wehh~ NGEEE.. trimas banyak-banyak!
beberape hari ni, aku sibuk sangat. dengan program and sebagainye. serius memang sibuk. ade rase macam badan ni tak cukup rehat jugak.

actually, aku just nak cakap esok aku balik je. kahkah!
maaf kerana telah membuang masa anda dengan membaca entry pendek aku kali ini. big thanks okey kerana sudi membacanya :) lain kali dattang lagi. huehue~

notes : esok bas pukul 4 petang. aduhh, confirm mengantuk duduk dekat terminal time-2 cam tu tunggu bas. :( and i will miss my sayang, Myra nanti seminggu tak jumpe :'(

Monday, 4 February 2013

Change Your Mindset, Sayang!

pernah tak kita sebagai hamba Allah yang lemah ni cuba untuk berubah? berubah untuk menjadi seorang hamba yang lebih baik? pernah tak? mesti ada yang pernah kan? aku pun sama. tak dinafikan nak berubah jadi lebih baik tu memang lah sangat payah. bila kita dah biasa dengan kehidupan yang selama ni tak berapa menitik beratkan soal agama, menjadikan kita lalai and payah nak berubah. tapi tak apa, asalkan dalam diri ni semangat tinggi and tak pernah putus asa nak berubah, insyaAllah, doa kita akan di terima oleh Allah :')


kadang-2, bila kita nak berubah ni, ade sesetengah orang tak suka tengok perubahan diri kita. kita pun tak tahu kenapalah orang tak suka kita berubah. mungkin diorang takut kita payah nak hang out sesama dengan diorang macam biasa kot, aku sendiri tak dapat nak explainkan kenapa. kalau cakap pasal aku, aku memang nak sangat berubah.  aku ni bukannya warak sangat pun. dulu zaman sekolah aku mungkin lebih teruk dari korang semua. tapi niat untuk berubah tu selalu ada dalam diri cuma aku masih belum istiqamah masa tu.

bila ada kawan kita nak berubah ke arah kebaikan, kita sepatutnya tolong dia. bukannya meng'konfius'kan diri dia. ni bila kita perli-2, kita tak bagi kata semangat, mungkin akan merubah pendirian dia sampai dia tak jadi nak berubah. sebab tu sokongan dari orang terdekat macam keluarga and kawan-2 sangat penting. aku dulu serius cakap masa awal belajar dekat kolej ni, kan kena pakai tudung labuh. apa yang ada dalam fikiran aku time tu jangan cakaplah. kite ni asal tak warak, jadi cam culture shock gak arh tapi bila tengok bebudak lain okey je, yang dari bukan sekolah agama pun okey je, dari situ aku fikir kenapa aku nak shock sangat? orang lain boleh kanapa aku tak boleh? lagipun aku sendiri yang buat keputusan nak belajar dekat sini. bukan mak ayah aku yang suruh.

sekarang, aku dah tak kisah dengan penampilan aku. aku selesa dengan penampilan sekarang. okey serius cakap dekat luar bila balik rumah aku still pakai tudung biasa tapi tetap jaga penampilan aku, apa yang harus di tutup aku tutup sebaik-2nya. dekat kolej pulak WAJIB pakai tudung labuh sebabnya peraturan kolej. dalam hati ni ada niat nak pakai sampai ke luar tapi hati aku belum yakin. kalau aku pakai then tak pakai lepas tu pakai, tak elok pulak kan? macam permainkan kehendak agama pulak, betul tak? tapi kalau dari kolej keluar dengan kawan-kawan memang kenaa pakai tudung labuh. dulu malu sangat sebab rasa macam ada orang tengok lain macam je, tapi bila fikir-2 balik sebenarnya hati aku ni ha tak betul masa tu. padahal orang tak tengok pelik pun sebenarnya sebab area sini memang selalu dah tengok perempuan pakai tudung labuh. haha! masalah hati sedikit ketika itu.

tak dapat dinafikan, ada sesetangah bebudak remaja bila nampak aku dengan kawan-2, diorang akan cakap "wahh, ustazahlah" and aku pernah jawab "ye, ustazah untuk anak-2 nanti" adoyai, memang yang pakai tudung labuh ni kerjanya jadi ustazah saja ke? ramai orang tetapkan mindset diorang bila tengok perempuan bertudung labuh ni adalah ustazah, bakal ustazah. tak semestinya lah! kami pun ada cita-cita kami sendiri. sebab tu aku masuk course Media Islam. sebabnya aku nak sangat tunjuk pada orang ramai yang Islam ni tak terbatas dalam soal belajar dan kerjaya. banyak cabang jugak dalam kerjaya Islam ni tapi masih ramai yang belum buka pandangan diorang. macam aku pernah cakap dalam entry people judgemental dulu lah, orang suka tetapkan kerjaya perempuan bertudung labuh and lelaki yang berkopiah/bersongkok sebagai ustazah dan juga ustaz. kami ada cita-2 kami sendiri so tak perlu nak tetapkan apa kerjaya kami masa akan datang nanti.

ubahlah mindset kamu, sayang! bila ada orang nak berubah, tak payah lah nak downkan orang tu. kite tolong dia berubah pun dah dapat pahala tau. tak nak ke beratkan timbangan pahala anda di akhirat kelak? kita hidup ni bukannya atas dasar kejar dunia je, akhirat lebih penting. fikirlah.. biar seimbang :)




Saturday, 2 February 2013

Tiada Tajuk.

tak sabar nak balikk.. okey untuk pengetahuan semua, minggu ni adalah minggu last aku study kat kolej untuk cuti pertengahan semester kali ni. cuti seminggu. serius aku tak sabar sangat nak balik. sekarang pun dah masuk bulan 2. pejam celik pejam celik sekejap je masa kan? nanti masuk bulan yang seterusnya lepas tu tahun yang seterusnya pulak. dah masuk tahun seterusnya, aku pulak nanti nak habis belajar dah. dah habis tu, kerja pulak. lepas tu insyaAllah nak sambung degree pulak kalau boleh.

ikut hati nak sangat sambung degree, tapi ade pulak perancangan lain lepas diploma ni. kalau di izinkan sambung degree, aku akan sambung :) tengok lah nanti macam mana perkembangannya. hehe. minggu lepas and cuti minggu kali ni, aku sibuk. sibuk dengan program yang akan berlangsung esok. minta-2lah aku dapat jalankan tanggungjawab dengan baik esok.. AMIN~

untuk tajuk kali ni, aku pun tak tahu nak cerita apa sebenarnya. dah berapa hari aku updates blog separuh saje then semua entry-2 tu ade dalam draft je. nak sambung balik, malas pulak sebabnya macam tak syok je nak menaip sambungan entry-2 tu semua. dah melayang-2 je otak ni ke lain bile nak sambung balik. haiyoo~ beberapa hari yang lepas aku pergi jogging dengan roomates aku syikin. lepas tu untuk kelas Kajian Televisyen pulak, habiskan masa tengok cerita Arab Children of Heaven dengan cerita Korea, Harmony dalam bilik tayangan dengan pensyarah and kawan-2 sekelas. yep! bukan saja-2, tapi kena buat resensi movies tu semua ye. semalam pulak lepas taklimat untuk program esok, bincang dengan Jannah, Myra and Azza dekat surau blok ni pasal assignment, kena buat risalah dengan video iklan. ade fikir pasal shooting dekat luar tapi terfikirkan perlukan bajet and sebagainya, so tak tahulah akan di buat or tak. tapi papepun scene-2 yang akan di shoot sudah pun kami bincangkan semalam. so far, okey setakat ni.

oh, tak lupa semalam pun aku pergi terminal bas beli tiket untuk balik. hajat nak balik hari Jumaat tapi tiket habis, so terpaksa balik hari Sabtu petang. PETANG. okey aku memang berhajat nak balik petang tapi pukul 4. myra pulak basnya pukul 3. and kitorang berhajat nak pergi terminal sesama dengan kawan-2 sekelas lain yang tiket basnya pukul 1 petang. so memang berejam lah kan aku dengan myra duk dekat terminal tunggu sampai bas kitorang datang kan? haha! tak sabar nak balik ye, tidak kisah asalkan dapat balik haritu.. nak balikkk!

harini, pepagi tadi ada lagi taklimat untuk program esok. lepas tu sekarang ye aku sedang menyiapkan entry ini dan akan pastikan aku publishkan entry kalii ni. kejap-2 lagi aku tidur then malam ni sambung buat slide untuk presentation minggu ni. and.. apa-2lah yang berkaitan kelas yang aku masih belum aku siapkan lagi. okey, kat sini saje untuk kali ni. nanti aku sambung balik. assalamualaikum :)

berjogging dapat menyihatkan tubuh badan anda :P