Monday, 4 February 2013

Change Your Mindset, Sayang!

pernah tak kita sebagai hamba Allah yang lemah ni cuba untuk berubah? berubah untuk menjadi seorang hamba yang lebih baik? pernah tak? mesti ada yang pernah kan? aku pun sama. tak dinafikan nak berubah jadi lebih baik tu memang lah sangat payah. bila kita dah biasa dengan kehidupan yang selama ni tak berapa menitik beratkan soal agama, menjadikan kita lalai and payah nak berubah. tapi tak apa, asalkan dalam diri ni semangat tinggi and tak pernah putus asa nak berubah, insyaAllah, doa kita akan di terima oleh Allah :')


kadang-2, bila kita nak berubah ni, ade sesetengah orang tak suka tengok perubahan diri kita. kita pun tak tahu kenapalah orang tak suka kita berubah. mungkin diorang takut kita payah nak hang out sesama dengan diorang macam biasa kot, aku sendiri tak dapat nak explainkan kenapa. kalau cakap pasal aku, aku memang nak sangat berubah.  aku ni bukannya warak sangat pun. dulu zaman sekolah aku mungkin lebih teruk dari korang semua. tapi niat untuk berubah tu selalu ada dalam diri cuma aku masih belum istiqamah masa tu.

bila ada kawan kita nak berubah ke arah kebaikan, kita sepatutnya tolong dia. bukannya meng'konfius'kan diri dia. ni bila kita perli-2, kita tak bagi kata semangat, mungkin akan merubah pendirian dia sampai dia tak jadi nak berubah. sebab tu sokongan dari orang terdekat macam keluarga and kawan-2 sangat penting. aku dulu serius cakap masa awal belajar dekat kolej ni, kan kena pakai tudung labuh. apa yang ada dalam fikiran aku time tu jangan cakaplah. kite ni asal tak warak, jadi cam culture shock gak arh tapi bila tengok bebudak lain okey je, yang dari bukan sekolah agama pun okey je, dari situ aku fikir kenapa aku nak shock sangat? orang lain boleh kanapa aku tak boleh? lagipun aku sendiri yang buat keputusan nak belajar dekat sini. bukan mak ayah aku yang suruh.

sekarang, aku dah tak kisah dengan penampilan aku. aku selesa dengan penampilan sekarang. okey serius cakap dekat luar bila balik rumah aku still pakai tudung biasa tapi tetap jaga penampilan aku, apa yang harus di tutup aku tutup sebaik-2nya. dekat kolej pulak WAJIB pakai tudung labuh sebabnya peraturan kolej. dalam hati ni ada niat nak pakai sampai ke luar tapi hati aku belum yakin. kalau aku pakai then tak pakai lepas tu pakai, tak elok pulak kan? macam permainkan kehendak agama pulak, betul tak? tapi kalau dari kolej keluar dengan kawan-kawan memang kenaa pakai tudung labuh. dulu malu sangat sebab rasa macam ada orang tengok lain macam je, tapi bila fikir-2 balik sebenarnya hati aku ni ha tak betul masa tu. padahal orang tak tengok pelik pun sebenarnya sebab area sini memang selalu dah tengok perempuan pakai tudung labuh. haha! masalah hati sedikit ketika itu.

tak dapat dinafikan, ada sesetangah bebudak remaja bila nampak aku dengan kawan-2, diorang akan cakap "wahh, ustazahlah" and aku pernah jawab "ye, ustazah untuk anak-2 nanti" adoyai, memang yang pakai tudung labuh ni kerjanya jadi ustazah saja ke? ramai orang tetapkan mindset diorang bila tengok perempuan bertudung labuh ni adalah ustazah, bakal ustazah. tak semestinya lah! kami pun ada cita-cita kami sendiri. sebab tu aku masuk course Media Islam. sebabnya aku nak sangat tunjuk pada orang ramai yang Islam ni tak terbatas dalam soal belajar dan kerjaya. banyak cabang jugak dalam kerjaya Islam ni tapi masih ramai yang belum buka pandangan diorang. macam aku pernah cakap dalam entry people judgemental dulu lah, orang suka tetapkan kerjaya perempuan bertudung labuh and lelaki yang berkopiah/bersongkok sebagai ustazah dan juga ustaz. kami ada cita-2 kami sendiri so tak perlu nak tetapkan apa kerjaya kami masa akan datang nanti.

ubahlah mindset kamu, sayang! bila ada orang nak berubah, tak payah lah nak downkan orang tu. kite tolong dia berubah pun dah dapat pahala tau. tak nak ke beratkan timbangan pahala anda di akhirat kelak? kita hidup ni bukannya atas dasar kejar dunia je, akhirat lebih penting. fikirlah.. biar seimbang :)




No comments:

Post a Comment