Saturday, 2 February 2013

Tiada Tajuk.

tak sabar nak balikk.. okey untuk pengetahuan semua, minggu ni adalah minggu last aku study kat kolej untuk cuti pertengahan semester kali ni. cuti seminggu. serius aku tak sabar sangat nak balik. sekarang pun dah masuk bulan 2. pejam celik pejam celik sekejap je masa kan? nanti masuk bulan yang seterusnya lepas tu tahun yang seterusnya pulak. dah masuk tahun seterusnya, aku pulak nanti nak habis belajar dah. dah habis tu, kerja pulak. lepas tu insyaAllah nak sambung degree pulak kalau boleh.

ikut hati nak sangat sambung degree, tapi ade pulak perancangan lain lepas diploma ni. kalau di izinkan sambung degree, aku akan sambung :) tengok lah nanti macam mana perkembangannya. hehe. minggu lepas and cuti minggu kali ni, aku sibuk. sibuk dengan program yang akan berlangsung esok. minta-2lah aku dapat jalankan tanggungjawab dengan baik esok.. AMIN~

untuk tajuk kali ni, aku pun tak tahu nak cerita apa sebenarnya. dah berapa hari aku updates blog separuh saje then semua entry-2 tu ade dalam draft je. nak sambung balik, malas pulak sebabnya macam tak syok je nak menaip sambungan entry-2 tu semua. dah melayang-2 je otak ni ke lain bile nak sambung balik. haiyoo~ beberapa hari yang lepas aku pergi jogging dengan roomates aku syikin. lepas tu untuk kelas Kajian Televisyen pulak, habiskan masa tengok cerita Arab Children of Heaven dengan cerita Korea, Harmony dalam bilik tayangan dengan pensyarah and kawan-2 sekelas. yep! bukan saja-2, tapi kena buat resensi movies tu semua ye. semalam pulak lepas taklimat untuk program esok, bincang dengan Jannah, Myra and Azza dekat surau blok ni pasal assignment, kena buat risalah dengan video iklan. ade fikir pasal shooting dekat luar tapi terfikirkan perlukan bajet and sebagainya, so tak tahulah akan di buat or tak. tapi papepun scene-2 yang akan di shoot sudah pun kami bincangkan semalam. so far, okey setakat ni.

oh, tak lupa semalam pun aku pergi terminal bas beli tiket untuk balik. hajat nak balik hari Jumaat tapi tiket habis, so terpaksa balik hari Sabtu petang. PETANG. okey aku memang berhajat nak balik petang tapi pukul 4. myra pulak basnya pukul 3. and kitorang berhajat nak pergi terminal sesama dengan kawan-2 sekelas lain yang tiket basnya pukul 1 petang. so memang berejam lah kan aku dengan myra duk dekat terminal tunggu sampai bas kitorang datang kan? haha! tak sabar nak balik ye, tidak kisah asalkan dapat balik haritu.. nak balikkk!

harini, pepagi tadi ada lagi taklimat untuk program esok. lepas tu sekarang ye aku sedang menyiapkan entry ini dan akan pastikan aku publishkan entry kalii ni. kejap-2 lagi aku tidur then malam ni sambung buat slide untuk presentation minggu ni. and.. apa-2lah yang berkaitan kelas yang aku masih belum aku siapkan lagi. okey, kat sini saje untuk kali ni. nanti aku sambung balik. assalamualaikum :)

berjogging dapat menyihatkan tubuh badan anda :P

No comments:

Post a Comment