Monday, 24 June 2013

Apa yang aku suka.

PINK
aku serius mengatakan yang aku suka sangat warna pink. bukan suka. aku rasa aku obses pada warna ni. dari sekolah lagi. tambahan pulak kawan baik aku time sekolah dulu minat jugak warna ni, wahh! apa lagi. kasi gempaklah ini minat. ade orang tak suka warna ni sebab nampak feminin sangat. and biasanya warna ni hanya perempuan yang GEDIK je suka. hello! sebenarnya bukan gedik ye. kami cuma manja. hahah! *poyo!* tak adalah.. kami tak gedik lah. warna ni memang comel tau. aku suka sangat. kalau boleh aku nak semua barang aku warna pink tau. memang bahagialah kalau dapat hidup dengan dunia seba pink! awww~ commmelll! sukkeee!!

CUTE AND SMALL STUFF
stuff yang kecik-2 cute-2 memang aku suke. suke sangat. comel. cinonet je nampak. tapi, benda-2 yang macam ni lah selalu hilang. aku jenis pelupa. so, masalah yang aku selalu hadapi dengan benda macam ni adalah, AKU SELALU LUPA AKU LETAK DEKAT MANA. contoh macam kerongsang kecik yang designnye cute comel dengan riben bunge bagai tu. warne pink pulak! aduhh. memang agak tension bile nak cari balik. pastu time tulah aku akan mengarut fikir macam ni "kalau boleh misscall lah benda tu memang senang sikit nak cari".

PLAYSTATION
sesetengah perempuan tak suka main benda ni. diorang cakap macam budak-2. lagi satu diorang cakap lelaki je sesuai main. ah! aku kisah apa. janji aku suka. pernah main game bola dengan adik aku. sekali tu je. sebab adik aku dah serik nak main dengan aku. dia takut rambut dia tak ade. yelah, dah nak jaringkan gol je, aku tarik rambut dia sebab tak dapat nak rembat bola dari team die. game aku suka main, The Sims, Super Mario and Harvest Moon.

PERFUME
hah! yang ni memang pantang sikit bile time shopping. aku memang suke beli perfume. kalau time balik kolej, keluar dengan kawan-2, bile mood nak beli perfume tarik-2 diri ni, memang aku beli. dan bile balik rumah, mak aku nampak minyak wangi atas meja makin bertambah, conpem kena bebel. dia cakap aku nak mandi dengan minyak wangi tu semua agaknya. walaupun mak aku marah, aku tetap jugak beli dan minyak wangi aku dalam bilik ni makin bertambah tiap cuti semester. bukan satu tapi lebih dari dua. dan sekarang, aku sendiri tak tahu nak pakai yang mana satu. eheh!



notes : kalau nak kira. banyak benda lagi aku suka. nanti aku sambung.
            sekarang malas nak menaip banyak-2. ahah! :D

4 comments:

  1. bestnya!!! In Shaa Allah .. akan tercapai punya! Heee .. nothing's impossibe! =D

    ReplyDelete
  2. Hee, kita sama . PLAYSTATION and PERFUME !!!

    ReplyDelete