Sunday, 1 December 2013

rindu panggilan Dila Sensei.

assalamualaikum.
dah berapa hari tak update blog. bukan malas tapi tak tahu nak share ape.
halnye banyak sebenarnye tapi nak buat ayat and fikir pasal tajuk yang sesuai tu aku susah sikit.
almaklumlah tengah cuti semester macam ni, otak pun tak berapa nak berfungsi. muehehe!
rasa malas je nak berfikir. button aktif untuk otak ni pun dah tak tahu tercampak ke mane.
result semester kali ni aku tak tahu lagi keputusannye ape. makin buat aku berdebar je.. plus cuak k!

entah kenapa semenjak dua menjak ni, ceh! macam hape ayat. kuikui~ tak ade lah, aku nak cakap dalam beberapa hari ni, aku rindu lah pulak dekat bebudak jepun dekat Cutey Rainbow.
ape tu Cutey Rainbow? okey, Cutey Rainbow tu adalah sebuah taska. ye!
A KINDERGARTEN. taska international.
kebanyak budak kecik yang ade kat sane tu berbangsa Jepun. haik! umme kodasaik!! hehek.
ade je orang Afrika, Korea, Taiwan, White tapi itulah, ramai lagi budak Jepunnn..
aku rindu diorang semua. rindu bile diorang nampak aku, diorang berlari peluk aku and panggil aku Dila sensei Dila sensei. sensei tu cikgu maksudnye. paling aku rindu, Ryuma and Keigo.


inilah Chinatsu yang aku sayang. comel sangat dia ni. muka jepun betul-2 dia ni. kalau yang lain nampak macam cina Malaysia ni je. comel + pandai. memang bagus dia ni. senang panggil dia China je. hehek.


ha, nilah Ryuma yang aku sayang-sayang rindu-rindu bagai tu. dia ni memang super duper cute nak mamp*! geram aku tiap kali tengok dia. dia ade kakak nama Yuina. comel sume dua beradik ni.


nurserynye dekat lobby salah satu Kondominium di Mont Kiara nuhh. Ceriaan Kiara nama kondonye.



halloo~ ini chinatsu dan juga Akari. hihihi



ini Masato and Kotone. mak aku kalau cakap pasal masato mesti dia salah panggil nama budak ni MI SOTO. hahah!


ini pulak David. adiknye name James. aku gelarkan dia David Beckham and adiknya James bond. haha. serius anak orang kulit putih memang nakal tak tahu nak explain macam mana. haha!

online pesbuk, tengok page taska ni, makin rindu aku dekat diorang. Akari dah balik Jepun and dah start sekolah dekat sane. makin comel dah dia. rindunye.
pengalaman jage anak Jepun ni memang aku suka and sayang sangat dekat diorang.
sungguh cakap diorang memang sopan santun, prihatin, cerdik and bertanggungjawab.
kalau nak bagi grade pade orang Jepun jaga anak diorang, aku kasi grade A+++ untuk diorang.
nanti kawin aku nak jaga anak aku macam cara orang Jepun jaga anak diorang.
tabik diorang sebab dapat ajar anak hormat orang tua dalam usia yang masih kecik lagi.
bukan tak tabik care orang melayu jaga anak tapi mana yang baik jadikan pengajaran kan? :)



No comments:

Post a Comment