Sunday, 14 December 2014

Sannah Helwah, Sahabat.

Dear Sahabatku Yang Solehah, Syaidatul Aisya..

Detik demi detik telah berganti menjadi tahun.
Langkah demi langkah pun telah dilalui.
Berbagai hal yang indah dan juga menyakitkan.
Semuanya pasti pernah terjadi..

Hari ini..
Dimana hari yang mungkin istimewa buatmu.
Atau mungkin sebagai hari perenungan buatmu.
Kerana hari ini hari kelahiranmu..
Tapi juga hari berkurangnya usiamu di Dunia ini..

Mungkin..
Banyak mimpi dan harapan..
Doa-doa pun dipanjatkan di hari kelahiranmu.
yang pastinya..
Untuk semua hal yg terbaik dan terindah.
Merubah sifat.
Merubah kepribadian.
Merubah pemikiran
Merubah semuanya menjadi lebih baik lagi.. Waktu berjalan tiada henti..
Mengiringi rembulan dan mentari..
Yang terbit nan tenggelam setiap hari..
Mengiringi usiamu yang kian bertambah..
Dari hari ke hari...

SELAMAT HARI LAHIR AWAK!! ❤❤❤
Saya takde hadiah besar2 untuk awak..
Takde jugak kek untuk santapan awak..
Cuma ada 1 yang mampu beri...
DOA moga ia lebih dari mencukupi..

Bertambah umur bertambah juga amalan..
Moga hidup penuh keberkatan..
Redha ALLAH sentiasa berpanjangan..
Moga doa awak dimakbulkan...

Jangan terlalu ambil hati dengan tingkah manusia..
Yang selalu buka aib kita..
Pasak dalam hati bahawa Allah adalah yang
utama..

Cukuplah dia sebagai penjaga..
Pengakhiran buat sebuah pincisan..
MAAF.. Cuma guna bahasa jalanan..
Saya coretkan sempena ulang tahun kelahiran..

"Walau seketika pertemuan..
Kita terpisah dengan jarak..
Dirimu tak mungkin ku lupa "

Bezanya...
Rindu itu sakit..ubatnya bersua..
Tak semestinya bersua muka..
Boleh jadi kirimkan DOA...

Jadi anak yang Solehah. Muslimat yang Solehah. Yang mampu bagi manfaat pada keluarga, kawan² dan jugak orang lain. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat. Jaga iman, jaga hati dan jaga akhlakmu. Moge jodohmu bersama Bakal Imam yang Terbaik one fine day okay!
In shaa Allah, Aminnn Ya Rabb..

Kita kawan sampai syurga okay! 😉
Lillahi Taala.
iloveyou and imissyou.

Saturday, 1 November 2014

Miss Blogspot :')


Assalamualaikum !

dah lame tak updates blog ni. bersawang sudah.. ahaih! ingt malam ni nak buka tajuk best punye tapi entah lah.. none of mood =,='/         *BLANK*
saja nak mulakan entry untuk bulan ni dengan entry tak bermakna macam ni. esok jelah aku teruskan misi aku updates pasal tajuk yang dah berbulan aku nak updates tapi tak kesampaian je.. hehehe~ :)

kbai! ..... zzzzzz *suddenly it's end*


Sunday, 19 October 2014

Busy :'(

hey gais.

maaf. this lately im very busy. yela, kerja kan. punya 3 shift. 24hours punya kerja. so memang agak busy and penat lah. but so far i enjoyed my career even hanya untuk sementara sahaja.


ini pun baru je balik kerja. okey nak sambung tido. malam ni kerja lagi. kbai

Tuesday, 14 October 2014

Awak yang saya sayang. ❤

Assalamualaikum w.b.t..
dah lama sangat tak mengarang. bila dah start mengarang ni kang payah pulak nak berhenti. mungkin sebab terlalu rindu nak kongsi cerita dalam blog ni cuma selama ni malas dan rase diri busy sangat sedangkan kalau fikir balik takdelah busy mane. jelas sangat malas yang berleluase dalam diri sbenarnya. hahah! :')

awak yang saya sayang. aku tujukan kepada si dia. tak pernah dalam blog ni aku cerita pasal dia. bukan tak mahu tapi aku rase belum bersedia nak kongsi. hati kuat sangat push-push suruh kongsi selama ni tapi aku tahan tahan tahan dan terus bertahan. chewahh ayat. hahah. okey, sape awak tu? ye, ini lah yang aku nak cerita. namanya Muhammad Solehuddin bin Alias. boyfie ke? takk :') tidak sama sekali. tak pernah declare sebagai couple sebab beliau sendiri pun tak pernah ajak aku couple. hahaha!

okey babak cerita kami asalnya akhir tahun 2012 dekat mane? sabau, aku nak ceritalah ni. jangan excited lebih dari pengarang ye, harap maklum. kiki.. okey acani, kat kolej aku dah sedia maklum budak jurusan Media Islam. dan jurusan aku ni satu jabatan jugak dengan jurusan Dakwah dan Pengurusan. si dia tu budak jurusan Dakwah dan Pengurusan. tahun 2012 tu tahun dimana bermulanya titik perkenalan kami. act, kami sbenarnya terpilih jadi Exco bagi persatuan jabatan kami iaitu PEDAP. awal terpilih tu takde kenal mane lagi. just tengok-tengok acantu je. mule nampak die aku cakap dalam hati "bleh tahan gak mamat ni" kahkah.

time tu aku semester 2 dia semester dua. aku intake bawah dia bagi tahun yang sama. kira aku ni junior dia lah. junior lah sangat! haha. 1st perkenalan time join Program Anak Angkat dekat Jengka. dia nak tergur aku tapi salah cara dia then kena tendang kat aku di kakinya. haha. yelah, time tu ada sukaneka, part bebudak punya sukaneka ade cari coklat dalam tepung. habis acara tu dia amek tepung pegi dekat aku. dia panggil nama aku "adila" then aku toleh kat dia, dia tiupnya tepung tu habis masuk dalam mata aku baaaaaaapakkkk sakit gila mata aku woi! secara spontan aku pun apalagi tendang lah dia. yela aku mase tu sem 1 kot perangai mengarut tak hilang lagi lah. then lepas pada tu perghhhhh. dia layan aku acuh tak acuh je wei. dia cakap aku koya and takan tegur aku dah.. haha :'D

so then lepas pada tu, not sure memasing jadi friends fb bila tapi yang pasti aku startkan conversation dengan dia sebab aku nak tahu dia benci aku ka apa sebenarnya kesnya kat luar memanggggg kasar gilos tiap kali ada meeting PEDAP dia layan aku sebabbbbbb aku TAK INGAT LANGSUNG DIA ORANG YANG AKU TENDANG :DDDDDD HAHAHAHAHAHAHAHAHA : 22 JANUARI 2013



then yang jadikan aku tahu dia orang yang aku tendang adalah dari dia sendiri yang bagitahu aku :')






lepas pada ni, dia ada jugak luah perasaan dekat aku tapi aku tak faham sebab dia cakap CONTOH. kah! 21 FEBRUARI 2013




what a memories :') bila baca balik semua rasa macam tak percaya still rapat dengan dia sampai ke sekarang. lepas pada hal tu, kitorang stop kejap contact sebabnya aku busy gila kes bebudak media banyak kerja nak buat ada Program besar punya kat kolej. then aku contact dia balik sebab dia join Nasyid dalam program tu. jadi jemputan punya ja takde bertanding sebab bertandingnya bebudak sekolah. then waktu aku buat coverage malam tu ternampak lah dia atas perntas tengah menyanyi so apalagi malam tu jugak aku contact dia balik. ayat macam nak ngorat dia padahal lepas dia balas aku terus senyap tak layan sebab memang niat nak bgtau aku taktau pun dia penyanyi nasyid. so nampak sangat la kan aku memang tak melayan perasaan sangat dengan beliau.. haha : 9 MARCH 2013





dalam beberapa hari lepas tu baru aku start balik contact-2 dia balik then tetukar number fone. time tetukar number fone tu masa tu ex aku siAA still lagi duk ganggu-2 aku. and aku memang serabut gila babeng habaq hang. dah 5 bulan dah tak silap aku aku clash dengan dia. ramai taktau aku clash sebab aku malu la bila ramai kekawan kat kolej tahu pasal aku dengan dia so aku senyapkan jela aku clash dengan siAA mase tu. : 13 MARCH 2013


lepas hal ni, stay lagi jugak contact dalam messanger FB. kadang rasa macam FB punya messanger lah banyak berbakti pada kami. hahaha :'D dalam 5 kali sebenarnya Soleh luah perasaan dekat aku tapi aku tak peduli. yang kelima tu baru aku cakap aku percaya and suruh dia buktikan. lama tau dia tunggu aku ;')



lepas pada kitorang dah rapat. selalu jugak dia sembunyi-2 bagi aku makanan dekat kolej. bimbang taknak orang nampak yelah kolej Islam kan memang kena jaga adab lah. tambah ade je aku bunyi-2 orang cakap aku ni playgirl sebab dah ade siAA menggatal lagi dengan Soleh waktu kantoi ada yang ternampak aku amek makanan dari Soleh dekat depan Dewan Barakah. hahaha! yelah, sebab aku tak inform pada orang yang aku dah clash dengan siAA kan. pastu Soleh plak artis KIPSAS and ramai kenal, glemer *lah sangat* jadi nak tak nak kitorang hadap jela apa orang cakap kat belakang-2. malas nak amek port cuma tulah still jaga adab lah tak tersorok takde dating bagai pe semua. HAHA. kuno kan? kikiki. yang pasti aku geeeeemukkkkkk gila lepas rapat dengan dia dekat kolej sebab DIA SUKA BAGI AKU MAKAN. kahkah. dah lah sekali bagi penuh 1 bungkus polisterin. kita ni nak hargainya makan lah sampai habis :'D

so, camtu jelah ceritanya sebab nak kata declare couple tak pernah di ajaknya aku couple. yang pasti sampai sekarang dikatanya dia akan buktikan dengan LAFAZ AKU TERIMA NIKAHNYA ;') in shaa Allah kalau ada jodoh. Aminnnn~

awak yang saya sayang. moga Allah panjangkan umur kita bagi saya dapat lihat apa yang awak nak buktikan kepada saya ya. and, terima kasih sebab selalu ada dengan saya tak kira waktu saya ada kat atas ataupun waktu saya jatuh :') moga Allah permudahkan jugak urusan kita untuk hal yang akan datang jika diizinkanNya. Aminn Ya Rabb.







Aku pun nak bahagia.

BAHAGIA. sape tak nak bahagia kan? semuaaaaa orang nak bahagia. tapi nak peroleh kebahagiaan tu bukan senang. ade orang lambat merasa dan ade orang dah dapat tak reti menghargai nikmat yang dah Allah SWT bagi pulak. manusia, tak pernah puas dengan apa yang ada kan?

perjalanan hidup kite berbeza tapi impian kita sama, nak capai kebahagiaan memasing. cara kita berbeza tapi usaha kita sama, nak menuju kebahagiaan tu. aku rasa aku pernah cakap macam ni pada entry yang lepas tapi tak sure bila. hahaha.. :P


Yang hilang berganti tapi semua disayangi. SAHABAT.

Assalamualaikum w.b.t..

for this time aku nak kongsi pasal sorang sahabat yang aku baru kenal selama aku ada kat sini. Syairah namenye. comelkan nama dia? ya secomel tuannye. hehek!


ada yang tengok gamba kitorang amek sesame cakap kitorang macam kembar. ye, sama macam dua orang kawan baik aku yang sebelum ni, bila aku amek gamba sesame ngan dorang, ramai yang cakap kitorang kembar. maybe itulah yang menjadikan kami rapat agaknye. ade sedikit persamaan even sebenarnya tak sama langsung. haih, rindu dua orang sahabat yang dulu tu. walau berjauhan, rindu and sayang tetap kuat pada diorang. Syaidatul Aisya and Norfaizatul Amira. :')


dengan Syaira a.k.a Ira ni, memacam hal aku buat kat sini dengan dia. selalu jugak buat kerja gila. hobi baru kitorang, selfie. HAHA! beli handfone pum jenis yang sama, so hobi baru selfie lah jadinya. huhu.. antara kerja gila yang selalu jugak lah kitorang buat bila kerja sama shift, midnite, esoknye balik kerja dalam pukul 7 pagi lebih sampai rumah, tido lepastu bangun dengan tak mandinye pergi makan kat luar and palingggg gile pergi makan tu bersertakan pergi karaoke. kahkah! life with besties, nothing impossible for us. haha.


act, dia sebenarnya budak kedai coklat bukan macam aku budak kedai minyak wangi and skincare. tapi sebab satu company tu yang duduk hostel sesama and naik transport sama jugak. hehe. bila stay dengan dia serius aku happy sangat. selain dia aku rapat jugak dengan sorang adik bilik aku nama Mimi. lepastu rapat dengan akak bilik sebelah Kak Putri. yang lain takde rapat sangat. sekadar member serumah and member sekerja je. malas nak rapat dengan ramai orang sebab kite ni duduk dalam kalangan orang rambut je sama hitam tapi hati lain-lain :') tambah aku tahu ada yang cakap buruk pasal aku buat fitnah bagai jadikan aku lagi takut nak rapat dengan lebih ramai orang. :( aku tak peduli pasal orang pun orang peduli pasal aku. tak tahu lah nak buat macam mana lagi bagi orang tahu sikit nak hormat aku sebagai seorang kawan. ergh.


okey balik pada cerita si Syaira ni. kitorang even kerja dekat tempat yang terdedah dengan sosial, setakat ni kami still berusaha untuk jage sosial kami sendiri. maybe aku dengan dia punye instict yang sama, usaha nak berubah kearah kebaikan. susah memang susah, yelah buat baik susah buat jahat senang je. tapi alhamdulillah syukur, dalam usaha kami masih lagi mampu untuk tak terpengaruh and terjebak dengan ape-ape yang negatif selama stay kat sini. tak apa, aku salah dia tegur. dia salah aku pulak tegur. macam tu lah kawan kan? :')


seronok bila dapat member satu kepala dekat memane tempat je kita pergi. dari sensorang je dulu dekat rumah sekarang dah ade teman. happy sesangat. dari dulu risau bila Soleh busy tapi sekarang tak dah sebab ade kawan yang boleh temankan. :) sahabat, hati ikhlas dalam berkawan ikatan yang terjalin pun bersulamkan kasih sayang kan? :')


bulan depan last stay sini. bulan 12 dah masuk kolej balik. nak berakhir dah mase extend aku selama dua semester. nanti nak jadi seorang pelajar balik. rindu sangat kolej tarbiyah tapi lagi sedih fikir nak tinggalkan seorang sahabat yang kita rapat sesangat sampai takut kehilangan dia. kawan senang cari tapi SAHABAT BAIK payah sesangat nak dapat. apakan daya, tiap pertemuan ada perpisahan kan? tak apalah, jauh di mata dekat di hati . ❤


"Ira, Nur mintak maaf sebab mase kite bersame kejap je. tapi Nur nak cakap yang even sekejap, dah banyak Ira ajar and bagi Nur rase erti persahabatan. ikhlas, jujur, sayang, saling memerlukan, semuanyalah Nur rase dalam persahabatan kita. mungkin ada salah silap Nur yang Nur tak sedar selama kita berkawan, tapi percayalah yang Nur sayang sangat dekat persahabatan yang dah terjalin ni. alhamdulillah sebab Allah temukan kite time Nur betul-betul perlukan sahabat yang baik dekat tempat baru. syukur jugak Allah temukan kite dengan rase kasih sayang yang sedia ada sekarang. Nur harap walaupun Nur dah tak ade dekat sini nanti, kita still lagi rapat macam ni. hati kita takkan pernah terpisah walau jarak memisahkan kita okey? :') serius Nur cakap, Nur sayang Ira kerana Allah. Nur harap persahabatan kita ni sampai Jannah ye :'D"


Tuesday, 30 September 2014

Roomate Hangout Day.

heyyyyy..
harini aku and geng2 roomates hangout sesama for the 1st time. HAHA!
we stay for 4 person in one room. me, Ira, Mimi and Ina. me and Ira same age and Ina and Mimi same age. semua jenis happy-go-lucky and sangat sporting. alhamdulillah i had a good roomates so far. in shaa Allah akan berterusan baik semuanya. Aminnn.. hope sooo. sebab nak stay lama kan opkos lah perlukan geng-2 sebilik yang baik yedak?

bukan tak biasa berjauhan dengan family. since fom5 lagi dah biasa berjauhan dengan family. then masuk kolej lagi. hurmm cuma kali ni berbeza pengalaman lah sebab kerjaya pulak. adatlah kan dah sekolah, kolej pastu kerja :') kitaran hidup manusia selagi masih hidup selagi tu berusaha untuk upgradekan kehidupan sendiri kan. lepasni kawen pulakkk. ehh ! :P

haha. nah aku kongsi gambar. makin banyak taip makin banyak pulak melalutnya :D

kita makan dekat Restoran Atap-Atap dekat Giant Nilai. hehe

here they are.. from left Mimi, Ina and Ira ❤


Wednesday, 21 May 2014

Kembali.

assalamualaikum. kembali. apakahh??
maksudnye aku dah kembali dalam dunia blogging. dah lama menyepi. banyak sangat hal yang jadi.
but, alhamdulillah. so far aku masih boleh handle dengan baik walaupun kekadang diri ni cepat sangat down.
mood tak menentu. kejap happy kejap sedih kejap marah. macam macam hadoo..

since extend belajar sebab tak berapa sihat ni, hidup aku banyak habis dalam rumah je.
berjinak dengan bisnes online. alhamdulillah serius aku cakap dalam bisnes online ni banyak ajar aku erti KESABARAN. hahaha.. sokey, sekurangnye aku tak habiskan mase aku dengan online sesaje. sekurangnya aku usaha kumpul duit untuk buat bisnes sendirian berhad. kuikui~

time cuti ni banyak jugak aku belajar. espeselli, when my mom support me be Istiqamah for everythings good that am doing. like pakai handsocks walaupun dah pakai baju lengan panjang. pakai socks tak kire keluar dengan selipar ke mana mana sekalipun. yeah, serius aku rindu time dekat kolej. sebab semua yang aku praktikkan untuk istiqamah sekarang belajar daripada kolej. :')

banyak sangat plan untuk mase akan datang aku planning but kita ni siapa ja, hanya Hamba Allah yang banyak kekurang. kekadang apa yang kita rancang tak pernah jadi kenyataan, iye idok??
but itu tak bermakna kita boleh terus down, ye macam aku down memule pastu bsemangat balik takpa, kire iklan sebentar lah down tu. tapi jangan sampai down terus sudoohhh.. huhuhu
in shaa Allah, Allah permudahkan segala urusan aku bila dah diperkenankan nanti. AMINNN~

okey, nak bagitau dalam pada aku busy berbisnes online skarang, hobi aku kat rumah adalah buat kek. dah brape jenis kek dah aku buat termasuk kek coklat moist. ecehh, itu pun nak kabo gak. hehe. kongsi ye kongsi.. wakaka.. seronok buat kek ni. mak angkat adik aku tahu aku buat kek, terus ditempahnye satu kek coklat moist untuk bday party anak dia. alhamdulillah, suke mat nye dorang dengan kek tu. sejuk hati aku. kiki..

baiklah, sampai sini saje nak melalut harini, malas nak menaip bebanyak. penat jari habak hang. hehe..
apopun, thanks kerana sudi singgah and bace entry ni. bagi sape yang bace lah.. hahak. :D

Monday, 21 April 2014

Tuesday, 28 January 2014

Selamat Tambah Umur, Kawan :)

Nur Liana Bazilah Binti Bustaman
credit by her FACEBOOK


okey, berdasarkan tajuk di atas tu, cehh dah macam nak jawab soalan exams je. tetttt~! gambar kat atas tu merupakan gambar salah seorang kawan yang aku sayang iaitu Nur Liana Bazilah Binti Bustaman atau aku lebih selesa memanggilnya Bazilah. actually, ni cerita 1st aku masukkan pasal dia dalam blog aku. entry ini aku khaskan untuk dia di perenggan 1st ni dengan ucapan SELAMAT HARI LAHIR yang ke-20.



heh, x bermakna aku tak pernah cerita pasal dia, aku tak sayang dia and tak amek kisah pasal dia okey! aku sayang lah dia and aku still amek tahu pasal dia. walaupun dia dah jauh belajar dekat Johor and aku pulak dekat Kuantan JER, aku still lagi anggap dia kawan yang aku sayang.

start kenal dia masa standard 5. dia dapat naik kelas masuk kelas aku. aku ni jenis tak memilih dalam menjalinkan sesuatu hubungan persahabatan, PERSAHABATAN ye, bukan benda lain! choii~! so, walaupun ada sedikit kecaman dari kenkawan lain yang entah lah hal budak-2, bile tak suke tak nak kawan kan, ha~ macam tulah, ade yang tak bagi aku kawan dengan die tapi aku still lagi berkawan dengan dia sebabnya aku malas nak amek port dalam gaduh-2 ni. lagipun aku baru masuk sekolah tu mase standard 4 so memang tak tahulah apa kes diorang dengan Bazilah ni. tapi so far dari awal berkawan sampai sekarang alhamdulillah kitorang masih lagi okey and aku pun senang dengan sikap dia. mungkin 1 sifat yang kitorang tekankan, saling menghormati. itu saje kot. kahkah!

gaduh. alah, sudah menjadi perkara biasa dalam setiap hubungan persahabatan. aku dengan SHA pun selalu jugak gaduh dulu, inikan pulak dengan Bazilah ni. dah biase dah. lagipun zaman tak matang lagi dulu memang pelik-2 lah perangai sorang-2. haha! ada hal aku tak cerita pada Bazilah tapi aku cerita pada Sha. ade jugak cerita yang aku tak cerita pada Sha tapi aku cerita pada Bazilah. nak cakap rapat, aku lebih rapat dengan Sha. mybe sebab aku banyak persamaan dengan Sha time zaman sekolah dulu-2 walaupun aku kenal Sha time sekolah menengah tapi Bazilah dari sekolah rendah lagi.

Bazilah ni actually dia dah macam seorang mak untuk aku. dari sekolah rendah dia memang TERbaik dalam soal layanan pada aku. TERsangatlah baik sampaikan kadang-2 bila aku tak buat dia setanding dengan Sha dalam hati aku, aku rase macam aku ni jahat sangat. tapi itulah, aku memang lebihkan Sha dari dia. apa-2pun, aku still sayangkan dia walau apa pun yang jadi. alah, sebenarnya aku ni tak dapat jadikan dia kawan rapat sangat sebenarnya sebab dia ni ha, kejap rapat dengan yang tu lepas tu yang ni jadikan aku payah lah nak lekat sangat dengan dia time sekolah dulu. sebab tu jelas nampak bila aku rapat dengan Sha, kitorang rapat terus, xde berpaling ke lain. kuikui~

okey, untuk BAZILAH..

selamat hari lahir kawan. aku sayang kau wehh, seriouse aku sayang kau. memang aku macam tak amek tau pasal kau, jarang contact kau, kurang layan kau, tapi apa-apa pun kau memang kawan aku yang aku sayang and kawan yang TERbaik dalam menjaga aku and layan aku dengan baik. aku harap kau happy lah dengan family and orang yang kau sayang. aku akan sentiasa sokong kau. terima kasih banyak-2 sebab selama ni kau ada bila aku senang mahupun susah. terima kasih jugak sebab pernah jadi MAK ke-2 aku :') aku hargai sangat semua yang kau dah buat untuk aku. minta maaf sebab kadang-2 selalu buat kau terasa, buat kau ras macam disisihkan tapi sungguh aku cakap aku tak bermaksud nak buat kau macam tu sebab aku memang SAYANGKAN KAU :') KAWAN. aku doakan kau berjaya dalam pelajaran and sentiasa buat yang terbaik untuk diri sendiri :) 

 ni gambar-2 kitorang yang ada dalam simpanan aku, zaman-2 sekolah and JAHILIAH kami dahulu :P