Tuesday, 28 January 2014

Selamat Tambah Umur, Kawan :)

Nur Liana Bazilah Binti Bustaman
credit by her FACEBOOK


okey, berdasarkan tajuk di atas tu, cehh dah macam nak jawab soalan exams je. tetttt~! gambar kat atas tu merupakan gambar salah seorang kawan yang aku sayang iaitu Nur Liana Bazilah Binti Bustaman atau aku lebih selesa memanggilnya Bazilah. actually, ni cerita 1st aku masukkan pasal dia dalam blog aku. entry ini aku khaskan untuk dia di perenggan 1st ni dengan ucapan SELAMAT HARI LAHIR yang ke-20.



heh, x bermakna aku tak pernah cerita pasal dia, aku tak sayang dia and tak amek kisah pasal dia okey! aku sayang lah dia and aku still amek tahu pasal dia. walaupun dia dah jauh belajar dekat Johor and aku pulak dekat Kuantan JER, aku still lagi anggap dia kawan yang aku sayang.

start kenal dia masa standard 5. dia dapat naik kelas masuk kelas aku. aku ni jenis tak memilih dalam menjalinkan sesuatu hubungan persahabatan, PERSAHABATAN ye, bukan benda lain! choii~! so, walaupun ada sedikit kecaman dari kenkawan lain yang entah lah hal budak-2, bile tak suke tak nak kawan kan, ha~ macam tulah, ade yang tak bagi aku kawan dengan die tapi aku still lagi berkawan dengan dia sebabnya aku malas nak amek port dalam gaduh-2 ni. lagipun aku baru masuk sekolah tu mase standard 4 so memang tak tahulah apa kes diorang dengan Bazilah ni. tapi so far dari awal berkawan sampai sekarang alhamdulillah kitorang masih lagi okey and aku pun senang dengan sikap dia. mungkin 1 sifat yang kitorang tekankan, saling menghormati. itu saje kot. kahkah!

gaduh. alah, sudah menjadi perkara biasa dalam setiap hubungan persahabatan. aku dengan SHA pun selalu jugak gaduh dulu, inikan pulak dengan Bazilah ni. dah biase dah. lagipun zaman tak matang lagi dulu memang pelik-2 lah perangai sorang-2. haha! ada hal aku tak cerita pada Bazilah tapi aku cerita pada Sha. ade jugak cerita yang aku tak cerita pada Sha tapi aku cerita pada Bazilah. nak cakap rapat, aku lebih rapat dengan Sha. mybe sebab aku banyak persamaan dengan Sha time zaman sekolah dulu-2 walaupun aku kenal Sha time sekolah menengah tapi Bazilah dari sekolah rendah lagi.

Bazilah ni actually dia dah macam seorang mak untuk aku. dari sekolah rendah dia memang TERbaik dalam soal layanan pada aku. TERsangatlah baik sampaikan kadang-2 bila aku tak buat dia setanding dengan Sha dalam hati aku, aku rase macam aku ni jahat sangat. tapi itulah, aku memang lebihkan Sha dari dia. apa-2pun, aku still sayangkan dia walau apa pun yang jadi. alah, sebenarnya aku ni tak dapat jadikan dia kawan rapat sangat sebenarnya sebab dia ni ha, kejap rapat dengan yang tu lepas tu yang ni jadikan aku payah lah nak lekat sangat dengan dia time sekolah dulu. sebab tu jelas nampak bila aku rapat dengan Sha, kitorang rapat terus, xde berpaling ke lain. kuikui~

okey, untuk BAZILAH..

selamat hari lahir kawan. aku sayang kau wehh, seriouse aku sayang kau. memang aku macam tak amek tau pasal kau, jarang contact kau, kurang layan kau, tapi apa-apa pun kau memang kawan aku yang aku sayang and kawan yang TERbaik dalam menjaga aku and layan aku dengan baik. aku harap kau happy lah dengan family and orang yang kau sayang. aku akan sentiasa sokong kau. terima kasih banyak-2 sebab selama ni kau ada bila aku senang mahupun susah. terima kasih jugak sebab pernah jadi MAK ke-2 aku :') aku hargai sangat semua yang kau dah buat untuk aku. minta maaf sebab kadang-2 selalu buat kau terasa, buat kau ras macam disisihkan tapi sungguh aku cakap aku tak bermaksud nak buat kau macam tu sebab aku memang SAYANGKAN KAU :') KAWAN. aku doakan kau berjaya dalam pelajaran and sentiasa buat yang terbaik untuk diri sendiri :) 

 ni gambar-2 kitorang yang ada dalam simpanan aku, zaman-2 sekolah and JAHILIAH kami dahulu :P