Sunday, 19 October 2014

Busy :'(

hey gais.

maaf. this lately im very busy. yela, kerja kan. punya 3 shift. 24hours punya kerja. so memang agak busy and penat lah. but so far i enjoyed my career even hanya untuk sementara sahaja.


ini pun baru je balik kerja. okey nak sambung tido. malam ni kerja lagi. kbai

Tuesday, 14 October 2014

Awak yang saya sayang. ❤

Assalamualaikum w.b.t..
dah lama sangat tak mengarang. bila dah start mengarang ni kang payah pulak nak berhenti. mungkin sebab terlalu rindu nak kongsi cerita dalam blog ni cuma selama ni malas dan rase diri busy sangat sedangkan kalau fikir balik takdelah busy mane. jelas sangat malas yang berleluase dalam diri sbenarnya. hahah! :')

awak yang saya sayang. aku tujukan kepada si dia. tak pernah dalam blog ni aku cerita pasal dia. bukan tak mahu tapi aku rase belum bersedia nak kongsi. hati kuat sangat push-push suruh kongsi selama ni tapi aku tahan tahan tahan dan terus bertahan. chewahh ayat. hahah. okey, sape awak tu? ye, ini lah yang aku nak cerita. namanya Muhammad Solehuddin bin Alias. boyfie ke? takk :') tidak sama sekali. tak pernah declare sebagai couple sebab beliau sendiri pun tak pernah ajak aku couple. hahaha!

okey babak cerita kami asalnya akhir tahun 2012 dekat mane? sabau, aku nak ceritalah ni. jangan excited lebih dari pengarang ye, harap maklum. kiki.. okey acani, kat kolej aku dah sedia maklum budak jurusan Media Islam. dan jurusan aku ni satu jabatan jugak dengan jurusan Dakwah dan Pengurusan. si dia tu budak jurusan Dakwah dan Pengurusan. tahun 2012 tu tahun dimana bermulanya titik perkenalan kami. act, kami sbenarnya terpilih jadi Exco bagi persatuan jabatan kami iaitu PEDAP. awal terpilih tu takde kenal mane lagi. just tengok-tengok acantu je. mule nampak die aku cakap dalam hati "bleh tahan gak mamat ni" kahkah.

time tu aku semester 2 dia semester dua. aku intake bawah dia bagi tahun yang sama. kira aku ni junior dia lah. junior lah sangat! haha. 1st perkenalan time join Program Anak Angkat dekat Jengka. dia nak tergur aku tapi salah cara dia then kena tendang kat aku di kakinya. haha. yelah, time tu ada sukaneka, part bebudak punya sukaneka ade cari coklat dalam tepung. habis acara tu dia amek tepung pegi dekat aku. dia panggil nama aku "adila" then aku toleh kat dia, dia tiupnya tepung tu habis masuk dalam mata aku baaaaaaapakkkk sakit gila mata aku woi! secara spontan aku pun apalagi tendang lah dia. yela aku mase tu sem 1 kot perangai mengarut tak hilang lagi lah. then lepas pada tu perghhhhh. dia layan aku acuh tak acuh je wei. dia cakap aku koya and takan tegur aku dah.. haha :'D

so then lepas pada tu, not sure memasing jadi friends fb bila tapi yang pasti aku startkan conversation dengan dia sebab aku nak tahu dia benci aku ka apa sebenarnya kesnya kat luar memanggggg kasar gilos tiap kali ada meeting PEDAP dia layan aku sebabbbbbb aku TAK INGAT LANGSUNG DIA ORANG YANG AKU TENDANG :DDDDDD HAHAHAHAHAHAHAHAHA : 22 JANUARI 2013



then yang jadikan aku tahu dia orang yang aku tendang adalah dari dia sendiri yang bagitahu aku :')






lepas pada ni, dia ada jugak luah perasaan dekat aku tapi aku tak faham sebab dia cakap CONTOH. kah! 21 FEBRUARI 2013




what a memories :') bila baca balik semua rasa macam tak percaya still rapat dengan dia sampai ke sekarang. lepas pada hal tu, kitorang stop kejap contact sebabnya aku busy gila kes bebudak media banyak kerja nak buat ada Program besar punya kat kolej. then aku contact dia balik sebab dia join Nasyid dalam program tu. jadi jemputan punya ja takde bertanding sebab bertandingnya bebudak sekolah. then waktu aku buat coverage malam tu ternampak lah dia atas perntas tengah menyanyi so apalagi malam tu jugak aku contact dia balik. ayat macam nak ngorat dia padahal lepas dia balas aku terus senyap tak layan sebab memang niat nak bgtau aku taktau pun dia penyanyi nasyid. so nampak sangat la kan aku memang tak melayan perasaan sangat dengan beliau.. haha : 9 MARCH 2013





dalam beberapa hari lepas tu baru aku start balik contact-2 dia balik then tetukar number fone. time tetukar number fone tu masa tu ex aku siAA still lagi duk ganggu-2 aku. and aku memang serabut gila babeng habaq hang. dah 5 bulan dah tak silap aku aku clash dengan dia. ramai taktau aku clash sebab aku malu la bila ramai kekawan kat kolej tahu pasal aku dengan dia so aku senyapkan jela aku clash dengan siAA mase tu. : 13 MARCH 2013


lepas hal ni, stay lagi jugak contact dalam messanger FB. kadang rasa macam FB punya messanger lah banyak berbakti pada kami. hahaha :'D dalam 5 kali sebenarnya Soleh luah perasaan dekat aku tapi aku tak peduli. yang kelima tu baru aku cakap aku percaya and suruh dia buktikan. lama tau dia tunggu aku ;')



lepas pada kitorang dah rapat. selalu jugak dia sembunyi-2 bagi aku makanan dekat kolej. bimbang taknak orang nampak yelah kolej Islam kan memang kena jaga adab lah. tambah ade je aku bunyi-2 orang cakap aku ni playgirl sebab dah ade siAA menggatal lagi dengan Soleh waktu kantoi ada yang ternampak aku amek makanan dari Soleh dekat depan Dewan Barakah. hahaha! yelah, sebab aku tak inform pada orang yang aku dah clash dengan siAA kan. pastu Soleh plak artis KIPSAS and ramai kenal, glemer *lah sangat* jadi nak tak nak kitorang hadap jela apa orang cakap kat belakang-2. malas nak amek port cuma tulah still jaga adab lah tak tersorok takde dating bagai pe semua. HAHA. kuno kan? kikiki. yang pasti aku geeeeemukkkkkk gila lepas rapat dengan dia dekat kolej sebab DIA SUKA BAGI AKU MAKAN. kahkah. dah lah sekali bagi penuh 1 bungkus polisterin. kita ni nak hargainya makan lah sampai habis :'D

so, camtu jelah ceritanya sebab nak kata declare couple tak pernah di ajaknya aku couple. yang pasti sampai sekarang dikatanya dia akan buktikan dengan LAFAZ AKU TERIMA NIKAHNYA ;') in shaa Allah kalau ada jodoh. Aminnnn~

awak yang saya sayang. moga Allah panjangkan umur kita bagi saya dapat lihat apa yang awak nak buktikan kepada saya ya. and, terima kasih sebab selalu ada dengan saya tak kira waktu saya ada kat atas ataupun waktu saya jatuh :') moga Allah permudahkan jugak urusan kita untuk hal yang akan datang jika diizinkanNya. Aminn Ya Rabb.







Aku pun nak bahagia.

BAHAGIA. sape tak nak bahagia kan? semuaaaaa orang nak bahagia. tapi nak peroleh kebahagiaan tu bukan senang. ade orang lambat merasa dan ade orang dah dapat tak reti menghargai nikmat yang dah Allah SWT bagi pulak. manusia, tak pernah puas dengan apa yang ada kan?

perjalanan hidup kite berbeza tapi impian kita sama, nak capai kebahagiaan memasing. cara kita berbeza tapi usaha kita sama, nak menuju kebahagiaan tu. aku rasa aku pernah cakap macam ni pada entry yang lepas tapi tak sure bila. hahaha.. :P


Yang hilang berganti tapi semua disayangi. SAHABAT.

Assalamualaikum w.b.t..

for this time aku nak kongsi pasal sorang sahabat yang aku baru kenal selama aku ada kat sini. Syairah namenye. comelkan nama dia? ya secomel tuannye. hehek!


ada yang tengok gamba kitorang amek sesame cakap kitorang macam kembar. ye, sama macam dua orang kawan baik aku yang sebelum ni, bila aku amek gamba sesame ngan dorang, ramai yang cakap kitorang kembar. maybe itulah yang menjadikan kami rapat agaknye. ade sedikit persamaan even sebenarnya tak sama langsung. haih, rindu dua orang sahabat yang dulu tu. walau berjauhan, rindu and sayang tetap kuat pada diorang. Syaidatul Aisya and Norfaizatul Amira. :')


dengan Syaira a.k.a Ira ni, memacam hal aku buat kat sini dengan dia. selalu jugak buat kerja gila. hobi baru kitorang, selfie. HAHA! beli handfone pum jenis yang sama, so hobi baru selfie lah jadinya. huhu.. antara kerja gila yang selalu jugak lah kitorang buat bila kerja sama shift, midnite, esoknye balik kerja dalam pukul 7 pagi lebih sampai rumah, tido lepastu bangun dengan tak mandinye pergi makan kat luar and palingggg gile pergi makan tu bersertakan pergi karaoke. kahkah! life with besties, nothing impossible for us. haha.


act, dia sebenarnya budak kedai coklat bukan macam aku budak kedai minyak wangi and skincare. tapi sebab satu company tu yang duduk hostel sesama and naik transport sama jugak. hehe. bila stay dengan dia serius aku happy sangat. selain dia aku rapat jugak dengan sorang adik bilik aku nama Mimi. lepastu rapat dengan akak bilik sebelah Kak Putri. yang lain takde rapat sangat. sekadar member serumah and member sekerja je. malas nak rapat dengan ramai orang sebab kite ni duduk dalam kalangan orang rambut je sama hitam tapi hati lain-lain :') tambah aku tahu ada yang cakap buruk pasal aku buat fitnah bagai jadikan aku lagi takut nak rapat dengan lebih ramai orang. :( aku tak peduli pasal orang pun orang peduli pasal aku. tak tahu lah nak buat macam mana lagi bagi orang tahu sikit nak hormat aku sebagai seorang kawan. ergh.


okey balik pada cerita si Syaira ni. kitorang even kerja dekat tempat yang terdedah dengan sosial, setakat ni kami still berusaha untuk jage sosial kami sendiri. maybe aku dengan dia punye instict yang sama, usaha nak berubah kearah kebaikan. susah memang susah, yelah buat baik susah buat jahat senang je. tapi alhamdulillah syukur, dalam usaha kami masih lagi mampu untuk tak terpengaruh and terjebak dengan ape-ape yang negatif selama stay kat sini. tak apa, aku salah dia tegur. dia salah aku pulak tegur. macam tu lah kawan kan? :')


seronok bila dapat member satu kepala dekat memane tempat je kita pergi. dari sensorang je dulu dekat rumah sekarang dah ade teman. happy sesangat. dari dulu risau bila Soleh busy tapi sekarang tak dah sebab ade kawan yang boleh temankan. :) sahabat, hati ikhlas dalam berkawan ikatan yang terjalin pun bersulamkan kasih sayang kan? :')


bulan depan last stay sini. bulan 12 dah masuk kolej balik. nak berakhir dah mase extend aku selama dua semester. nanti nak jadi seorang pelajar balik. rindu sangat kolej tarbiyah tapi lagi sedih fikir nak tinggalkan seorang sahabat yang kita rapat sesangat sampai takut kehilangan dia. kawan senang cari tapi SAHABAT BAIK payah sesangat nak dapat. apakan daya, tiap pertemuan ada perpisahan kan? tak apalah, jauh di mata dekat di hati . ❤


"Ira, Nur mintak maaf sebab mase kite bersame kejap je. tapi Nur nak cakap yang even sekejap, dah banyak Ira ajar and bagi Nur rase erti persahabatan. ikhlas, jujur, sayang, saling memerlukan, semuanyalah Nur rase dalam persahabatan kita. mungkin ada salah silap Nur yang Nur tak sedar selama kita berkawan, tapi percayalah yang Nur sayang sangat dekat persahabatan yang dah terjalin ni. alhamdulillah sebab Allah temukan kite time Nur betul-betul perlukan sahabat yang baik dekat tempat baru. syukur jugak Allah temukan kite dengan rase kasih sayang yang sedia ada sekarang. Nur harap walaupun Nur dah tak ade dekat sini nanti, kita still lagi rapat macam ni. hati kita takkan pernah terpisah walau jarak memisahkan kita okey? :') serius Nur cakap, Nur sayang Ira kerana Allah. Nur harap persahabatan kita ni sampai Jannah ye :'D"