Tuesday, 14 October 2014

Awak yang saya sayang. ❤

Assalamualaikum w.b.t..
dah lama sangat tak mengarang. bila dah start mengarang ni kang payah pulak nak berhenti. mungkin sebab terlalu rindu nak kongsi cerita dalam blog ni cuma selama ni malas dan rase diri busy sangat sedangkan kalau fikir balik takdelah busy mane. jelas sangat malas yang berleluase dalam diri sbenarnya. hahah! :')

awak yang saya sayang. aku tujukan kepada si dia. tak pernah dalam blog ni aku cerita pasal dia. bukan tak mahu tapi aku rase belum bersedia nak kongsi. hati kuat sangat push-push suruh kongsi selama ni tapi aku tahan tahan tahan dan terus bertahan. chewahh ayat. hahah. okey, sape awak tu? ye, ini lah yang aku nak cerita. namanya Muhammad Solehuddin bin Alias. boyfie ke? takk :') tidak sama sekali. tak pernah declare sebagai couple sebab beliau sendiri pun tak pernah ajak aku couple. hahaha!

okey babak cerita kami asalnya akhir tahun 2012 dekat mane? sabau, aku nak ceritalah ni. jangan excited lebih dari pengarang ye, harap maklum. kiki.. okey acani, kat kolej aku dah sedia maklum budak jurusan Media Islam. dan jurusan aku ni satu jabatan jugak dengan jurusan Dakwah dan Pengurusan. si dia tu budak jurusan Dakwah dan Pengurusan. tahun 2012 tu tahun dimana bermulanya titik perkenalan kami. act, kami sbenarnya terpilih jadi Exco bagi persatuan jabatan kami iaitu PEDAP. awal terpilih tu takde kenal mane lagi. just tengok-tengok acantu je. mule nampak die aku cakap dalam hati "bleh tahan gak mamat ni" kahkah.

time tu aku semester 2 dia semester dua. aku intake bawah dia bagi tahun yang sama. kira aku ni junior dia lah. junior lah sangat! haha. 1st perkenalan time join Program Anak Angkat dekat Jengka. dia nak tergur aku tapi salah cara dia then kena tendang kat aku di kakinya. haha. yelah, time tu ada sukaneka, part bebudak punya sukaneka ade cari coklat dalam tepung. habis acara tu dia amek tepung pegi dekat aku. dia panggil nama aku "adila" then aku toleh kat dia, dia tiupnya tepung tu habis masuk dalam mata aku baaaaaaapakkkk sakit gila mata aku woi! secara spontan aku pun apalagi tendang lah dia. yela aku mase tu sem 1 kot perangai mengarut tak hilang lagi lah. then lepas pada tu perghhhhh. dia layan aku acuh tak acuh je wei. dia cakap aku koya and takan tegur aku dah.. haha :'D

so then lepas pada tu, not sure memasing jadi friends fb bila tapi yang pasti aku startkan conversation dengan dia sebab aku nak tahu dia benci aku ka apa sebenarnya kesnya kat luar memanggggg kasar gilos tiap kali ada meeting PEDAP dia layan aku sebabbbbbb aku TAK INGAT LANGSUNG DIA ORANG YANG AKU TENDANG :DDDDDD HAHAHAHAHAHAHAHAHA : 22 JANUARI 2013



then yang jadikan aku tahu dia orang yang aku tendang adalah dari dia sendiri yang bagitahu aku :')






lepas pada ni, dia ada jugak luah perasaan dekat aku tapi aku tak faham sebab dia cakap CONTOH. kah! 21 FEBRUARI 2013




what a memories :') bila baca balik semua rasa macam tak percaya still rapat dengan dia sampai ke sekarang. lepas pada hal tu, kitorang stop kejap contact sebabnya aku busy gila kes bebudak media banyak kerja nak buat ada Program besar punya kat kolej. then aku contact dia balik sebab dia join Nasyid dalam program tu. jadi jemputan punya ja takde bertanding sebab bertandingnya bebudak sekolah. then waktu aku buat coverage malam tu ternampak lah dia atas perntas tengah menyanyi so apalagi malam tu jugak aku contact dia balik. ayat macam nak ngorat dia padahal lepas dia balas aku terus senyap tak layan sebab memang niat nak bgtau aku taktau pun dia penyanyi nasyid. so nampak sangat la kan aku memang tak melayan perasaan sangat dengan beliau.. haha : 9 MARCH 2013





dalam beberapa hari lepas tu baru aku start balik contact-2 dia balik then tetukar number fone. time tetukar number fone tu masa tu ex aku siAA still lagi duk ganggu-2 aku. and aku memang serabut gila babeng habaq hang. dah 5 bulan dah tak silap aku aku clash dengan dia. ramai taktau aku clash sebab aku malu la bila ramai kekawan kat kolej tahu pasal aku dengan dia so aku senyapkan jela aku clash dengan siAA mase tu. : 13 MARCH 2013


lepas hal ni, stay lagi jugak contact dalam messanger FB. kadang rasa macam FB punya messanger lah banyak berbakti pada kami. hahaha :'D dalam 5 kali sebenarnya Soleh luah perasaan dekat aku tapi aku tak peduli. yang kelima tu baru aku cakap aku percaya and suruh dia buktikan. lama tau dia tunggu aku ;')



lepas pada kitorang dah rapat. selalu jugak dia sembunyi-2 bagi aku makanan dekat kolej. bimbang taknak orang nampak yelah kolej Islam kan memang kena jaga adab lah. tambah ade je aku bunyi-2 orang cakap aku ni playgirl sebab dah ade siAA menggatal lagi dengan Soleh waktu kantoi ada yang ternampak aku amek makanan dari Soleh dekat depan Dewan Barakah. hahaha! yelah, sebab aku tak inform pada orang yang aku dah clash dengan siAA kan. pastu Soleh plak artis KIPSAS and ramai kenal, glemer *lah sangat* jadi nak tak nak kitorang hadap jela apa orang cakap kat belakang-2. malas nak amek port cuma tulah still jaga adab lah tak tersorok takde dating bagai pe semua. HAHA. kuno kan? kikiki. yang pasti aku geeeeemukkkkkk gila lepas rapat dengan dia dekat kolej sebab DIA SUKA BAGI AKU MAKAN. kahkah. dah lah sekali bagi penuh 1 bungkus polisterin. kita ni nak hargainya makan lah sampai habis :'D

so, camtu jelah ceritanya sebab nak kata declare couple tak pernah di ajaknya aku couple. yang pasti sampai sekarang dikatanya dia akan buktikan dengan LAFAZ AKU TERIMA NIKAHNYA ;') in shaa Allah kalau ada jodoh. Aminnnn~

awak yang saya sayang. moga Allah panjangkan umur kita bagi saya dapat lihat apa yang awak nak buktikan kepada saya ya. and, terima kasih sebab selalu ada dengan saya tak kira waktu saya ada kat atas ataupun waktu saya jatuh :') moga Allah permudahkan jugak urusan kita untuk hal yang akan datang jika diizinkanNya. Aminn Ya Rabb.







No comments:

Post a Comment