Tuesday, 27 October 2015

First Trip with Family In Law.


hai henkorang semua. okey, untuk entry kali ni aku nak share pasal 1st trip aku dengan keluarga mertua. dorang bawak aku pegi Cameron Highlands 23 Oktober haritu . yeah, syok sangat sebab sejuk tempatnya. mau peluk peluk sahajo, ceh! takdak lah. act, sebelum ni masa kekecik aku pernah mai dah Cameron Highlands ni tapi dulu sejuka gila babeng kot. sekarang ni aku pakai tshirt je pun takdak hal lah. betapa suhu kat Malaysia makin paneh sekarang. hahah

balik pada trip, kitorang pegi pasarnye, taman bunga, strawberry farm and so on. stay dekat homestay Heritage Hotel selama 3 hari dua malam. agak janggal bila pergi dengan family baru tapi still berusaha untuk merasa dan melawan diri bagi selesa. kihkih. take time. take time. :')

nah aku share gamba selfie kat sana. sikit je. sebab sis malu nak bergambau bebanyak. coi.

ini Ayishhh. satusatunya anak saudara lelaki buat masa sekarang. hihi. too cute to handle kot :')















Saturday, 3 October 2015

Terima kasih Angoh and Aliah ❤

assalamualaikum.
post kali ni aku tujukan pada sepupuku Angoh Hidayah and Aliah my Myanmar Girl sebab baaaaaanyakkkkk gila membantu waktu majlis nikah aku haritu. serius oh aku sangat terhutang budi dengan dua orang ni.. Ya Allah hanya Tuhan je yang tahu betapa kelam kabut kami untuk preparationnya namun Alhamdulillah berjalan dengan lancar and Allah permudahkan.

Aliah start tolong 3 hari lagi sebelum majlis. angoh pulak start sampai sehari sebelum majlis hingga ke akhir majlisnya busy. kitorang tido pukul 2 pagi sebab pegi tengok orang butik setelkan pelamin dalam pukul 1 pagi lebih baru setel then bangun pukul 5 setelkan goodies and yang mana patut pulak. bapak peeenattt gilos tapi sangat berbaloi memori yang tercipta.. rindu sangat waktu tu. yelah dah lama tak jumpa angohkan. bila ada majlis sendiri ni baru nak spendtime sesama. walaupun spendtime dalam keadaan busy, aku sangat hargai ohh.

inilah dia dia insan yang begitu banyak membantu aku pada hari itu :')







Monday, 28 September 2015

Le Bridemaids of Mine. ❤

assalamualaikum,


hey gais, this post saje nak share pasal my bridemaids masa nikah haritu. act, dalam perancangan bridemaids ada 6 orang sebenarnya. tapi lagi dua tak dapat datang adikberadik tu iaitu my cousin from my dad sides sebab si akaknya da konvo. so tinggallah 4 orang. aku tak pilih ramai pun macem orang kawen zaman skang sampai berbelas orang bagai tu. ni pun 6 orang kire yang paling aku sayang and rasa penting dalam hidup aku.

gambar ni aku dapat dari yang paling depan sekali tu, my besties a.k.a my twins zaman sekolah dedulu SHA. hahah. sengaja bagi pakai shawl hitam with turqoise jubah yang simpleee sesangat sebab taknak pengantin tenggelam kalau bridemaids lawoo angat. kihkih :P dalam ni nampak macam 3 orang saha bridemaidsnya, Sha, Efa kawan baik zaman sekolah jugak and Angoh, sepupu belah mum, tapi kat belakang hujung-2 gambar ni ada nampak sorang lagi my besties a.k.a my twins zaman kolej dedulu, Myra. aku pun taktau kenapa duk jauh sangat dia tu dari kami. kahkahkah :'D *ya, aku ramai twins even kemana saja aku berada sebab orang sendiri yang aim kitorang macem kembar bila bersama. tang mana kembarnya pun aku tatau lah. mybe sebab rapat sangat kot kan jadi nampak sama. :')

tak ada apa yang menarik pun sebenarnya pada majlis aku sebab aku dah usaha sangat-2 nak simple as i can. hehe. nantilah dah dapat gambar dari photographer aku share kat sini ye. thanks sudi baca :D




Saturday, 26 September 2015

Searching for a new Marriage Job.

assalamualaikum.

hey gais. harini aku teman suami round Mitsui and KLIA2 mencari kerija baru untuk beliau. di ajaknya si Ikram tapi Ikram ade hal katanya so aku jelah yang menemannya. baru kawen ni, beliau nak cari kerja barulah. tak nak terus stay je dengan kerjaya lama. nak yang lebih menjamin masa depan lah kalau boleh.

aku sebagai isteri tak kisah pun dia kerja apa janji halal dan rajin jalankan tanggungjawabnya. sedikit perkongsian sahaja untuk post kali ini. apa yang penting banyak doalah agar rezeki yang lebih baik datang pada waktu yang betul2 tepat. Aminnnn.



Thursday, 24 September 2015

Selamat Hari Raya Aidil Adha 2015 Gais!


Assalamualaikum. Alhamdulillah.
sempat jugak merasa Hari Raya Aidil Adha bagi tahun 2015 ni. 1st Raya bersama suami terchinto. ngeeee~ awal pagi raya dah mengemas sebab harini jugak nak balik rumah mak mertua. permulaan ni stay rumah mertua dulu lah kami sebelum duduk rumah sendiri. huhuhu. setel mengemas semua, makan dekat rumah opkos menu hari raya yang sedap kebaboom masakan dari mak aku. hahaks.

pastu pergi rumah sepupu dekat Puchong jugak jumpa sedara mara kira 1 family tu lah termasuk ayah mak sedara aku pun ada sekali kat situ. pas setel beraya kat situ terus mak ayah aku hantar aku dan suami balik Negeri Semblan dekat Kg.Jijan. so now, bermulalah hidup aku sebagai seorang isteri dan menantu bagi orang Negeri Sembilan :') belum sehari lagi dah rindu suasana Puchong. takpa hati, dah jadi isteri orang ni, kenalah ikut suami kemana sahaja beliau berada. nak masuk syurga dengan suami kan? :') doakan lah aku baik2 sahaja dekat sini.


Tuesday, 22 September 2015

1st Date as Husband and Wife ❤ Marriage Couple

assalamualaikum .
hey gais . harini aku dah pun merasmikan *ceh merasmikan* date PERTAMA kami sebagai suami isteri ! haaaa fikir bebukan ah tuuu :P date ye date . kikiki :D nonton wayang . bawak adik2 jugak iaitu Nang Nur Sabrina and Nang Nur Amalia sekali my Myanmar Girl , Aliah . hehe pagipagi lagi mak aku dah amek aku and husband dekat hotel then dia cakap nak hantar adik2 harini ke Balakong so aku nak spendtime la waktu dengan dorang sebelum dorang balik kan . hehe :D

kitorang nonton cita kartun Inside Out dekat SetiaWalk . my treats ! sesaja rasa nak belanja mereka dan suami untuk 1st date ni . interesting moment for Aliah sebab ni 1st rime dia nonton wayang . sangat jakun ku lihat masa dalam wayang . sangat gumbiraaa bila dapat happykan orang yang kita sayang and terhutang budi sesangat yela sebab dia lah paling busy untuk majlis aku semalam . 3 hari sebelum majlis dah busy sesangat dah . kesian . so why don't i reply it with a happiness memory kan ? ;') thanks Aliah , moga Allah merahmati dirimu sayang :)












Officially Mrs.Soleh .

Alhamdulillah, setelah sekian lama cinta berputik. Setelah sekian lama menempuhi ranjau onak duri dalam percintaan dan pertunangan akhirnya semalam aku SAH menjadi isteri kepada Muhammad Solehuddin bin Alias dengan hanya sekali sahaja lafaz akad. Alhamdulillah. Doaku termakbul jua akhirnya.

Aku takdak share pun kan segala persiapan semua? yelah busy gila kot sebab set date last minute. kuasa Allah SWT, tiada siapa boleh halang. rancang bulan Feb tahun depan lastlast amekaw, bulan Sep tahun ni jugak jadinya. tak apa, alhamdulillah family aku pun tak banyak hal, benda baik better percepatkan so now, im a madam right now. sudah punya pangkat Puan sekarang. auwm!

Dah, nak inform ni je, aku malas nak menaip banyak. eksahaited sangat nih nak sendtime dengan suami. kboi~ next time aku share gambar kawen okay. nah belanja yang sempat amek pakai fone sendiri dulu. muah muah!





Monday, 7 September 2015

Le brides to be .

Assalamualaikum .
Alhamdulillah . Lagi 14 hari aku bakal menempuhi alam baru dalam hidup aku iaitu alam perkahwinan .
Selalu decided last minute . Sama macam bertunang haritu jugak . Sebenarnya tarikh perkahwinan aku sepatutnya bulan dua tahun depan . Then Mr.Tunang cakap family dia suruh percepatkan perkahwinan kami .
Ikutkan aku , aku decide kawen bulan 10 ni paling awal . Tapi family dye berpendapat apa kata awalkan lagi alang kakaknya yang jadi cikgu dekat Sarawak nuh cuti Raya Haji . Yelah , kakaknya bertunang 19hb September ni jadi kalau boleh nak sekalikan je alang kakaknya ada dekat semenanjung ni .

So aku decided 21 September ja . Senang . 24 September tu dah Raya Haji kan . Punyalah aku kelam kabut pada mulenye tu contact balik yang mana dah bayar deposit dedulu inform tukar tarikh . Alhamdulillah lah semuanya boleh datang pada tarikh aku mintak so . Sangat sangat bersyukur sebab Allah permudahkan segalanya even semuanya langsung tak di rancang and sangat tiba tiba . Serius aku cakap , aku rasa Allah permudahkan bebetul hal kawen aku ni mybe sebab aku sendiri nak buat semuanya simple as i can so tak banyak and takde nak leceh mana pun semua persiapan .

Okay , takpalah . Aku tak rasa banyak yang boleh kongsi pun sebabnya takda rumit mana pun hal kawen ni . Macam sekarang takda buat apa persiapan sangat pun sebabnya kemarin beli barang kemarin jugak siapnya . Tapi ada ja lagi yang nak di beli cuma aku sekeluarga jenis cool ja . Macam takda apa sangat dah nama lagi nak simple je majlisnya kan so takda apa sangat lah . Kahkah .

Btw , mood aku pun masih dalam keadaan normal dan tiada perasaan lagi . Walhal bab inai still lagi fikir nak tempah siapa . Ahaks !

Doakan kami tau !!!
Moga Allah permudahkan segala urusan sampai ke akhirnya .
Aminn Ya Rabbb .

Wednesday, 5 August 2015

Changed.

People always change. We should accept it. We want it or not, we SHOULD accept it. Cause we can't make people stay nice with us if they don't want to. :')

Aku. Aku pun selalu berubah. Tapi aku, berubah aku pada diri sendiri. Pada orang, langsung tidak. Sebab aku sendiri boleh fikir kalau aku berubah dengan orang, ade yang akan terasa.

Tapi biasa lah, kadang kita fikir orang, orang tak fikir kita. Jadi kita terpaksa rawat hati sendiri. Paksa diri sendiri sedar yang semua orang selalu berubah. :')

Sabar lah duhai hati.
We never lose friends, we just learn who our real ones are. Real friends never make fun of us. Never forget us. Enough dear self. That's why i just stick with my fav person only from now on. :) cause i don't one to get hurt with this "BESTFRIENDS" anymore. Cukup biasabiasa saja. I don't one to get close with anybody else anymore. Avoid from hurting my own feelings. :')

Little Wednesday.

Never frown because you never know who is falling in love with your smile. :)

Wednesday, 15 July 2015

Hati dan Kenyataan.


Hati.
.
Aku mohon kau tetap kuat walaupun tak kuat mana. Untuk menghadapi kebencian mereka yang tidak menyukai.

Kenyataan.
.
Rezeki yang kita perolehi tak semua orang suka.
Ada yang tak suka, iri hati dan membenci.
Sudahlah Adila. Jangan biarkan orang rasa kau terlalu mendongak kelangit even kau tak pernah merasa begitu.
Diamkan saja. Latih diri nampak biasa² saja.
Hindari hasad dengki orang dan diri sendiri.
Itu lebih baik.
InshaaAllah.
Aminn~

Friday, 10 July 2015

publicity.

Assalamualaikum guys.

okey, harini agak busy with personal thingies. tapi takpe sesambil ade mase free ni aku nak jugak update new post. harini nak kongsi bab publicity. actually, aku dah berkecimpung dalam dunia media dari kolej dulu lagi and now bergiat betul dalam media life.

once da joins, penatnya usah cakap even just in modelling. sehari je dah buat aku rasa maigad, penatnya. nasib having fun with others on set. so itu buat aku happy *lah sikit*. now bila dapat gamba time shooting, effect dari editing apa semua. i feels like is that me? then aku tetibe terlintas dalam hati and fikiran betul ke aku nak berkecimpung dalam dunia media ni. it's too publicity sebenarnya.

that's why aku berjanji dengan si dia yang aku tak nak aktif sangat. rezeki jangan ditolak tapi ada banyak lagi cara lain. in shaa Allah segalanya dipermudahkan janji nawaitu aku dalam cari rezeki ni elok, rite? so now serius aku tengah fikir panjang samada nak teruskan or tak sebab hati aku dah terdetik cakap tak berapa sesuai untuk aku mybe sebab aku dari student kolej Islam jadikan aku lebih banyak fikir pasal patut ke harus ke boleh ke. haa camtu. dilema gak sikit tapi entah lah. aku tak suka publicity. itu je nak tekankan. yang penting aku still dalam usaha cari kerja tetap sebelum melangkah ke alam perkahwinan. chewah puitis sangat ayatnya. kbai.

Thursday, 9 July 2015

hati.


Assalamualaikum.

hai, harini sahur kite masak nasi goreng. tu je mukaddimahnye. kbai

hati. bab hati ni memang rumit. complicated gila sebab dengan hati jugak attitude kita cerminannya. act, aku buat post ni just nak suruh kita sesama jaga hati betul². tak mudah terpesong. sebab zaman sekarang ni makin pelik dunia ni. bermacam hal dah jadi. aku risau fikir masa depan. kekadang bila kita okey, orang pulak tak okey. tu kata, hati memasing kena jaga. nak cakap panjang tak boleh jugak sebab aku malas nak menaip pepanjang ni. HAHAHA.

okey tu ja, sila jaga hati untuk bersihkan minda kita. yang penting, basahkan lidah selalu ucap Astaghfirullah sebab titik hitam dalam hati mampu hilang tiap kali kita ucap Astaghfirullah. moga kita tergolong dalam golongan orang yang beriman kelak. Aminnn~

Tuesday, 7 July 2015

imposter.

Assalamualaikum.

okey, kali ni tajuk agak serius sikit bagi aku sebab aku dah lame alami bebenda macam ni. act, aku asyik terfikir apa motif orang nak jadi imposter ni. why didn't they just be their ownself. sometimes aku fedup jugak bila apa aku buat, orang nak ikut. apa aku cakap orang nak copy paste.

okey, sebenarnya macam ni, nak cakap pasal copy paste aku sendiri pum ada ja copy paste orang punya quote bagai tapi serius kalau orang aku tak kenal or kenkawan yang okey dengan aku copy aku punya ayat, aku okay ja. tapi kalau yang aku dah sedia tahu orang ni tak suka aku, pernah benci aku or ada salah faham dengan aku yang aku jadi "slek" sikit.

bila aku tanya kawan aku bab hal ni, diorang akan cakap masalah "insekiyo" orang tu pada aku or mybe "admires aku as lady to lady". i'll be like apahal nak insekiyo admires bagai sedangkan aku ni banyak gilos kekurangan kot. entah lah, hati orang ni susah gila nak ramal. bila fikir sangat pun jadi merumitkan fikiran sendiri. aku malas nak fikir banyak tapi bila dah selalu, aku jadi fedap gak. err. sabar je yang mampu. tak tahu apa motif segala hal nak ikut orang. orang buat itu nak jugak, orang buat ini pun nak jugak. lepas tu kalau tak boleh, mula nak perli lah bagai. bab rezeki lah aku paling pantang sebabnya itu Allah yang bagi. tiap orang rezeki lainlain kan.

iri hati dengan hasad dengki tu kena buang dalam hati. just be yourself. do not being imposter from someone else. we all have our own special. just discover your special ones and appreciate what Allah have gives to you lah. do not campare with others cause it can make you insecure to them if you can't get what you want for just like what they can have. please. be youself, not an imposter.

am back.


assalamualaikum.
dah lama gilos tak update belog. bukan takdak masa tapi takdak rasa nak sharing apa-apa kat sini. bila dah lama tak bukak ni baru lah ada rasa ghindu dengan penulisan and rasa banyak benda jugak nak sharing.

selama menyepi banyak benda yang aku lalui. baik buruk, semua ada. betul lah cakap orang, time umur meningkat pada 20 tahun masa ni lah baru nak kenal erti susah senang jatuh bangun dalam kehidupan.
serius hal macam ni buat aku rindu sangat zaman kekecik dulu. takdak nak fikir bab orang dewasa berfikir. masalah orang dewasa skarang aku sendiri dah alami. nak kata susah, yes sangat susah tapi aku tahu Allah sedang aturkan apa yang terbaik untuk aku.

now dah 4 bulan jadi tunangan orang. ujian? perghh serius talk banyak sangat dugaannya. takpa, aku anggap semua ni pahit akan manis. hahak. nak kata bab ada orang ketiga ke apa, takdak lah sampai tahap tu lagi setakat ni. tapi itulah, tiap orang ada ujian memasing kan, so do we're. :') tapi setakat ni Alhamdulillah everythings alrite even ada certain-certain agak complicated untuk di luahkan. alah, emosi orang bertunang agaknya. nak kata masalah besar takdak pun. ngengade je nihh.. hoho..

tapi aku bersyukur sangat sebab si dia dah banyak berkorban untuk aku. melayan kerenah aku yang suka nangis, suka merengek, suka itu suka ini ni. phew, Alhamdulillah sangat sebab dia memahami perangai aku. Big Thanks to Allah sebab pertemukan kami, in shaa Allah ada jodoh dia lah orang yang duduk atas pelamin dengan aku, kalau tak, jadi tetamu sudah ler.. :P

papepun, doakan jodoh kami okay :')

dah masuk malam ke-10 terakhir Ramadhan dah. sekejap je puasa kali ni aku rase. sedih. moga amalan kita semua bulan Ramadhan kali ni di terima oleh Allah SWT. AMINNN~


Friday, 3 April 2015

My E-Day Photos ❤

assalamualaikum.

okey gais. harini aku nak share gambar E-day aku haritu. hehe ;))