Thursday, 26 February 2015

what friend stands for.

Assalamualaikum.
2nd day got fever. with flu. with cough. rengek² time tido bila sakit, ah, sudah biasa. tak apalah sakit sebab Allah nak hapus dosa² kecik aku. alhamdulillah tanda Allah masih sayangkan aku. :') . kelas petang semalam tak pergi sebab time tu tidi tak mampu nak bangun. tak larat sangat. pagi tadi pun sama so aku decided untuk amek mc. lepas zohor tadi pegi klinik amek mc.

okey, what friend stands for. aku sendiri tak tahu what friend stands for sebenarnya. kawan baik ramai. tapi semua berjauhan dengan aku. apapun, aku tak pernah lupakan diorang. payah nak dapat kawab yang mampu faham perasaan kita, yang mampu susah senang dengan kita and paling penting yang takan lupakan kita even jarak memisahkan. so far setakat ni kawan yang banyak menangis time aku sakit, aku sedih, Syairah. yep, she's the best one even the special one of course 1st besties ever, Syaidatul Aisya. both aku sayang sesangat. termasuk sorang ni, Amira. she's the good one.

aku ramai kawan baik tapi tak bermakna aku lupakan diorang. serius cakap aku selalu rindukan diorang. aku nakkk sangat jumpa diorang. aku nakk sangat spendtime dengan diorang. kalau boleh kumpulkan semua ni then melepak sesame pun bagusss sangat. mybe nanti aku kawen kot baru boleh jumpa semua sekaligus. in shaa Allah lah tu. hahah. :P

berkawan ni mudah ja. tapi nak bertahan tu bukan mudah. banyak konflik. banyak perasaan. kalau dapat yang sebulu okey lah. tapi kalau dapat yang tak sebulu memang akan dapat yang pakai topeng lah. depan kita baik, belakang kita nauzubillah himinzalikk.. aku dah ramai jumpa yang macam ni tapi tu lah, adat la dalam hidup akan jumpa memacam jenis orang. takpe, aku sabar je. nobody's perfect rite? tapi apapun, jadi lah baik untuk semua orang biar orang rasa senang dengan kita. bukan orang rasa benci kat kita. benci sebab kelebihan takpa, itu sebab iri hati, busuk hati. kita memang tak boleh lari dah dengan orang macam ni. tapi jangan bagi orang benci kita sebab perangai buruk kita. apapun, hargailah sahabat baik kita. yang baru di jaga, yang lama di ingati. jangan sampai lupa kawan sudah.

Persiapan Tunang. Part 2

Assalamualaikum..
okey dalam entry lepas aku dah bagitahu yangaku baru je balik kolej kan. hurmm, tu pun balik hari isnin kesnya tiket habis nak balik hari ahad. tapi kalau diikutkan hati aku ni, aku tanak balik kolej langsung. HAHA! well, dah lama stop belajar. setahun kot, tup tup masuk belajar balik. aku rasa macam "GOSH! SERIUS KE AKU DAH MASUK BELAJAR BALIK NI?" err.

okey, sebenarnya entry ni aku nak post sekali dengan entry sebelum ni tapi kesnya aku hupdates pakai fone time tu tengah menaip si dia call pulakkk so terkeluar dari software habis otp aku on balik tengok kosong entrynya so DAMN IT! memang tak lah aku nak menaip balikkan.. jadi harinilah aku menaip balik dan entrynya jadi bertambah dengan cerita ni. KAHKAH! :P

well, balik pada motif tajuk. aku nak share dengan korang tentang persiapan tunang aku yang in shaa Allah akan berlangsung bulan depan. buat kekecik je, yelah, tak elok bertunang buat bebesar kan. so bab tetamu lah jadi ke hal sikit bila fikir siapa yang terpilih dalam family untuk hadir.. bab kawan pulak, for besties all aku invite tapi sorang je yang boleh hadir, Ayu. member kolej and roomates aku sekarang. member sekelas jugak sebenarnya. kikiki :P hah, dia je yang akan hadir nanti kalau member baiklah. yang lain semua bertindih dengan majlis kaum kerabat diorang yang akan berlangsung pada tarikh yang sama jugak. sedih k sedih. tapi takpelah, janji aku kawen nanti jangan tak datang jugak sudah. and nasib baik majlisnye kekecik je aku buat. huhuhu~

sabtu lepas ayah aku bawak aku pergi Shah Alam pergi beli barang. kalau ikutkan mak aku, mak aku nak survey kat Puchong je tapi disebabkan ayah aku dulu dia pernah janji dengan aku bertunang ke kawen ke dia nak bawak aku beli bebarang kat Shah Alam so this time memang dia tunaikan janji dia yang dulu kat aku. hehehe.. memule nak pegi pagi tapi postpone lepas zohor pegi sane. sampai je sane, 1st thing aku cari adalahhh opkos baju tunang ye. survey punye survey round punye round akhirnya aku decided beli baju dekat satu butik ni namanya Chantek Boutique. memule nak gila jugak aku dengan mak aku mencari baju ikut tema yang aku nak. nak tahu warna temanya? sabau.. lepas tunang nanti aku share gegamba k. untuk orang tang bertunang memang aku takan inform pade public awal-awal. hahaha. tapi yang pasti aku pakai baju kurung je bukan dress ke gaun ke ape ohkay. hehek. simple je tanak vogue vouge. bertunang je pun..

setel baju, pilih tudung pulak lepastu veil soo akhirnya selesai. lepas setelkan bab pakaian, ohh tak lupa nak bagitahu yang ayah aku time kitorang survey baju tu hilang entah kemana. dia yang bawak kita dia pulak yang hilang kemana. kahkah. my dad, as usual, memang dah tahu perangainya. then, aku dengan mak aku pegi survey bebarang untuk majlis pulak. nasib baik satu butik bebarang untuk majlis pertunangan and perkahwinan dekat je dengan tempat aku beli baju tu so terus pegi situ je. sampai situ, aku pilih-pilih warna bunga ikut tema majlis. bernasib baik haritu sebab pekerja kat situ cakap diorang boleh gubahkan kesnya kurang customer that time and FREE OF CHARGES OHKAY! so hape lagi aku cakap okey bagus tolong gubahkan ye. hehehe. jadi takde lah aku nak pepenat menggubah balik rumah nanti. kikiki.. siap menggubah 4 pasu bunga sekali dengan bunga tangan yang akan dipegang oleh aku nanti, ehem ehem.. segala-galanyalah siap. dulang pun dah beli segalanya then mu mum called my dad lepastu ayah aku cakap dia tengah makan kat Bistro hape tah pastu mak aku explainkan ayah aku kitorang ade kat mane time tu. siap ayah aku mengenyangkan perut dia, dia terus fetch kitorang. penuh kete kot dengan pasu bunge besar punye duduk ngan aku kat seats belakang. haha. bonet takyah cakap dengan vase standnye lagi.

macam yang aku pernah cakap yang segalanya nak DIY sendiri so segalanya beli sendiri lah. act, aku nak amek pakej dengan butik pengantin yang ade dekat Puchong tu tak lepas walhal murah je disebabkan tarikh aku tu ramai bebenornye orang nak kawen lah nak tunang lah, meniru aku je semua orang ni sampai aku tak sempat nak book. tambah hal ni terjadi dengan terlalu cepat, dari bulan 10 ke bulan 4 tuptup bulan 3 nak bertunangnya, plan tanpa dirancang so segalanya with no preparations awal lah. haduyai.. huhuhu. nasib lah kena DIY sendiri. sokeylah, janji yang aku harapkan segalanya berjalan dengan lancar bila tiba masanya tu. AMINNNN~

okey, aku rase dah terlalu panjang lebar entry kali ni. cukup sampai sini je. aku pun dah mengantuk sekarang. nanti aku sharing lagi. apepun minggu ni tak dapat nak balik sebab sabtu ade kelas full pagi full petang. 8 jam mungkin kelasnya. one subject only, Aplikasi Komputer. Puan nak buat semua kelas that day memudahkan lepas tu takan ade kelas Aplikasi Komputer dah. ngehehe~ seronok. so minggu depan la aku balik sebabnya minggu depan sekali lagi dah hari majlisnye. err, berdebar. baru nak tunang kot. kalau kawen tak tahu lah macam mana nanti. hahah.

btw, bunga-bunga hiasan kekecik punya aku lupa nak beli haritu. untuk gubahan hantaran punya. apelah. erhh. nanti balik aku setelkan semua lagi. heheh..

doakan aku okey guys. :')

sebelum tu aku nak bagitahu yang aku demam harini. flu makin teruk. si dia pun tak sihat jugak harini. instinct mungkin? hahak.


nah aku share satu gamba tanda tema majlis nanti. tema majlis ye bukan tema orang yang bertunang. hehe :)

Tuesday, 24 February 2015

Balik Kolej Sudah.

aku dah balik kolej.
itu je nak cakap.
*jangan tanya kenapa tudung tpeleot ke senget ke apa. sebab aku memang selekeh pun. tq. hahah

Saturday, 21 February 2015

Perginya Seorang Ulamak Mulia.

انا لله وانا اليه راجعون
TUAN YANG BUDIMAN,

Tak ramai di antara kita yang mahu jadi macam dia...
Duduk di rumah biasa-biasa,
Tak terlalu mencari harta dunia,
Bangun sepertiga malam sentiasa,
Menangis kerena fikirkan semua manusia,
Tak fikir penat lelah berjuang kerana agama,
Sangup redah susah payah kerana anak bangsa,
Lebih selesa jadi manusia biasa,
Tak pernah bangga dengan apa yang ada,
Sentiasa cakap yang baik-baik sahaja,
Menjadi orang pertama dalam memaafkan segala perkara,
Sabar dengan setiap perkara buruk yang berlaku ke atasnya,
Dan
Banyak benda baik yang mahu dicerita
.
Tuan yang budiman,
Terima kasih untuk setiap ajaran yang baik,
Tuan yang budiman,
Terima kasih kerana sentiasa menasihati untuk melakukan perkara baik,
Tuan yang budiman,
Rehatlah kamu dengan aman, doakan kami yang baik-baik saja
.
Tuhan, terima kasih kerana pinjamkan kami manusia sedemikian rupa...
Tuhan, aku menjadi saksi bahawa setiap perjuangan dia hanya untuk agama Mu sahaja...
Tuhan, bawalah dia ke taman-taman syurga bersama orang-orang mulia
.
Mulia seorang ulama' Tuan Guru Nik Aziz, tarikhnya menghadap Pencipta sama dengan tarikh Imam Hassan Al-Banna.
Berehatlah dgn tenang di taman taman Syurga.  Al-Fatihah..

Tuesday, 17 February 2015

Demam.

Assalamualaikum.
hajat hati harini nak survey segala barang. tapi tak jadi sebab aku tak sihat. campur dengan sakit perempuan lagi, bertambah tak ade rase na keluar pergi memane. tapi esok, in shaa Allah akan aku pergi survey dengan mak. :')

harini busy bincang pasal warne tema je dengan mak and si dia. tapi ade contact besties lame Sha jugak tanye pendapat dia. dia cakap warna pilihan aku tak lawa.. wuuu, sadis. act, mak aku yang nak warne tu. royal blue + pink. tapi dah reject dah ni pujuk mak leklok nak kaler lain. wahaha. dari dulu sampai sekarang masalah warna tema tak pernah habis. HAHA! sebelum dirisik lagi masalah ni ade tahu? ahaks! so finally harini warna tema sudah pun muktamad. nak tahu warna ape? tungguuu.. nanti aku tunjuk. kikiki .. apepun mak aku pun demam jugak harini fikir pasal anak majlis satu²nye anak perempuan dia ni. haha. kesian mak. sokey mak, lepas majlis ni mak boleh rehat beberapa bulan lagi sementara majlis kawen kakak pulak :') dah kawen takde dah majlis kakak. tunggu adik² punye majlis pulak. bahaha.

okey lah, nak tido dah ni. saje updates entry sebelum tido ni. rase nak kongsi hal ni pulak tadi. kiki.. sikit je nak menaipnye.

last but not least, aku rindu dia sesangat sekarang. :'D
gebye.

Monday, 16 February 2015

Persiapan Tunang. Part 1.

Assalamualaikum.
dalam entry semalam dah ditakdirkan aku dirisik oleh family si dia. dengan itu tarikh untuk bertunang pun family masing² dah decided. so harini bermulah lah busy aku dengan hal persiapan pertunangan yang akan berlangsung bulan depan. in shaa Allah... okey, kitorang punye majlis nak buat simple saje. banyak benda aku DIY sendiri je. tetamu pun tak ramai just sedare mare dye, family aku and kenkawan rapat jugak beberapa kerat. okey kerat. hahah.

memandangkan hanya sebulan saje mase yg aku ade so kepale aku dah tak berape betul sikit. fikir warna tema, mini pelamin, makan dan sebagainye. ouh, baju tunang kitorang pun aku fikir aku yang nak handle bahagian tu, citarasa aku, kesukaan aku yang mana satu. nasib baik si dia memahami *TERIMA KASIH AWAK* :') even kekecik je, aku still nak majlis yg puas hati. bab makeup pulak tengah berfikir lagi. esok mak aku ajak pergi survey butik pengantin untuk mekap saje. decoration rumah semua sebab rumah aku memang kurang serbaserbi lah kate orang sebenarnye so nak bagi meriah tu yang mak aku dalam usaha nak buat decoration rumah.

almaklumlah, student lagi memang agak rushing start harini. rushing otak berfikir ye. kesnya aku balik rumah ni cuti seminggu je, mid sem. pastu habis cuti ni balik kolej balik. tambah dengan esaimen nak kena setelkan time cuti ni. so memang agak kelam kabut aku rase lepas ni. harini hajat nak rehatkan kepale esok nak start buat esaimen tapi gaye macam esok busy pergi survey barang sikit. dulang hantaran pun tengah fikir mase mane nak beli. gosh! korang bayangkan dalam mase sebulan nak setelkan semua hal memang tak masuk akal tapi akan aku usahakan jugak segalanya biar semua berjalan dengan lancar.

harini ayah balik dari outstation ke Pahang 3 hari. dia balik² tak lalu makan. takde selera katenye. masih dalam tak percaya agaknye anak dia dirisik semalam. haha! kelaka ayah. yelah, aku sorang je anak perempuan tau dalam 5 orang adik beradik. lepas ni takde dah anak perempuan yang akan dirisik ke bertunang or kawin sekalipun. kikiki~ sokwy ayah, walau apepun jadi, kakak still sayang ayah sesangat. :') adik aku Faez sorang je yang excited nak menolong carikan itu ini minta tlong dengan kenkawan dia. adik yang lain entah kemane tak tahu. sekadar tahu pasal kakak dia nak bertunang je. hehe, sokey, mase ni bolehlah dorang berehat santai nak dekat majlis nanti memang aku mengamuk sakan la kalau tak mampu nak menolongnye ye. :D

baru aku terasa macam mana busynye orang nak bertunang. ni baru bertunang. tapi at least dorang takde sampai nak bertunang sebulan lepas dirisik kan? mesti dorang amek mase jugak tapi aku tidak, lain keadaannye. mane tak blank acani. hahah. moge Allah permudahkan urusan kami. doakan aku ye korang! :')

Sunday, 15 February 2015

1st step done. Alhamdulillah.

Assalamualaikum..
dah lame tak coret entry dalam blog ni. bukan setakat sawang, sarang biawak pun dah ade dah. betapa lamanya aku tak amek kisah bab ber-blogging ni. nak kata busy, takdelah busy mane. cume banyak buat bende lain pulak sekarang. oh btw, sebelum tu aku nak inform yang aku dah masuk kolej balik. sekarang pun tengah cuti midsem dah. huhuhu..

untuk entry kali ini, aku nak ucap syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya 1st step untuk ke alam perkahwinan sudah pun aku and si dia capai hari ini. ya, hari ini. 15 February 2015. semuanya berjalan tanpa di rancang.

pada awalnya, si dia dah selalu bagitahu aku mamanya tanya bila boleh datang merisik tapi aku cakap nanti nanti nanti nanti dan terus nanti. kitorang cuma bincang dalam Whatsapp or Oncall saje. yelah zaman canggih pakai media software lah kan. hahah. dalam fone hajatnya kitorang punya plan nak tunang bulan 10 then kawen bulan 2 tahun depan. then perancangan manusia biase lah selalu berubah ubah, dalam berapa minggu ni kitorang ubah plan lagi nak bertunang time aku study week bulan 4 ni then bab kawen bincang kemudian.

nak di jadikan cerita hari ini, act si dia sebenarnya nak datang sendirian harini nak sambut belated birthday aku 13hb beberapa hari yang lalu. pagi tadi sebelum dia datang, dia bagitahu family dia nak datang rumah aku entah macam mana sekali family dia nak ikut sekali. ALAMAK AI, terkejut gila lah aku ni. nasib baik semalam awal² tergerak hati nak kemas rumah elok²!! tanye punye tanye balik si dia, si dia cakap familynye kate nak datang ziarah je kekenal sekali tetibe kate diorang tengah decorate bakul buah lak nak bawak siap hantar gamba lagi ayahnye tengah decorate bakulnye. Allah, aku dah cuak time tu. SHOCK SANGAT. sebab semua tiba².

aku turun bawah, bagitahu mak aku, kitorang punye kalut masak semua, kemas rumah. nak sambut orang datang ziarah lah kenkononnya even hati dah rasa lain bila tengok gamba yang si dia hantar. dalam nak dekat pukul 1, diorang datang. memule bagi jamu roti cicah pengat durian dulu. lepas tu ayah si dia bace doa bagi kate aluan mintak izin nak merisik aku dekat mak. ayah pulak takde sebab outstation ke Pahang 3 hari so mak lah yang handle semua harini. dah datang mengejut pulak memang tak sangke betul. lepas solat Zohor, sambung balik makan nasi dengan lauk kerutu ayam disertakan sayur goreng dan jugak ikan goreng. chefnya, mak aku sendiri.. kuikuikui~

dah kenal kenal semua. bincang sesame, decidenye BULAN DEPAN kitorang bertunang. BULAN DEPAN YE BULAN DEPAN. nampak tak betapa tak jangkenye hubungan kitorang ni? menakutkan kan? HAHAHA. tapi biaselah, bende baik memang Allah akan permudahkan. in shaa Allah semuanya seperti yang dirancang sebab tarikhnye sudah pun ditetapkan.  :') terharu jugak sebab hal ni terjadi time hari si dia nak belikan kek belated birthday untuk aku semua pada asalnya. biase yang plan selalu berubah last² segalanya berlaku sekelip mate je. tak jangka semua. :')

ape² pun, harini dah tercipta sejarah aku dirisik oleh family orang yang aku sayang sangat selama 3 tahun mengenalinya 2 tahun rapat dengannya. in shaa Allah moge Allah perkuatkan jodoh kami, permudahkab urusan kami akan datang nanti demi untuk menghalalkan hubungan kami. bina mahligai sesame, bentuk family yang bahagia. Aminn Ya Rabb..