Sunday, 15 February 2015

1st step done. Alhamdulillah.

Assalamualaikum..
dah lame tak coret entry dalam blog ni. bukan setakat sawang, sarang biawak pun dah ade dah. betapa lamanya aku tak amek kisah bab ber-blogging ni. nak kata busy, takdelah busy mane. cume banyak buat bende lain pulak sekarang. oh btw, sebelum tu aku nak inform yang aku dah masuk kolej balik. sekarang pun tengah cuti midsem dah. huhuhu..

untuk entry kali ini, aku nak ucap syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya 1st step untuk ke alam perkahwinan sudah pun aku and si dia capai hari ini. ya, hari ini. 15 February 2015. semuanya berjalan tanpa di rancang.

pada awalnya, si dia dah selalu bagitahu aku mamanya tanya bila boleh datang merisik tapi aku cakap nanti nanti nanti nanti dan terus nanti. kitorang cuma bincang dalam Whatsapp or Oncall saje. yelah zaman canggih pakai media software lah kan. hahah. dalam fone hajatnya kitorang punya plan nak tunang bulan 10 then kawen bulan 2 tahun depan. then perancangan manusia biase lah selalu berubah ubah, dalam berapa minggu ni kitorang ubah plan lagi nak bertunang time aku study week bulan 4 ni then bab kawen bincang kemudian.

nak di jadikan cerita hari ini, act si dia sebenarnya nak datang sendirian harini nak sambut belated birthday aku 13hb beberapa hari yang lalu. pagi tadi sebelum dia datang, dia bagitahu family dia nak datang rumah aku entah macam mana sekali family dia nak ikut sekali. ALAMAK AI, terkejut gila lah aku ni. nasib baik semalam awal² tergerak hati nak kemas rumah elok²!! tanye punye tanye balik si dia, si dia cakap familynye kate nak datang ziarah je kekenal sekali tetibe kate diorang tengah decorate bakul buah lak nak bawak siap hantar gamba lagi ayahnye tengah decorate bakulnye. Allah, aku dah cuak time tu. SHOCK SANGAT. sebab semua tiba².

aku turun bawah, bagitahu mak aku, kitorang punye kalut masak semua, kemas rumah. nak sambut orang datang ziarah lah kenkononnya even hati dah rasa lain bila tengok gamba yang si dia hantar. dalam nak dekat pukul 1, diorang datang. memule bagi jamu roti cicah pengat durian dulu. lepas tu ayah si dia bace doa bagi kate aluan mintak izin nak merisik aku dekat mak. ayah pulak takde sebab outstation ke Pahang 3 hari so mak lah yang handle semua harini. dah datang mengejut pulak memang tak sangke betul. lepas solat Zohor, sambung balik makan nasi dengan lauk kerutu ayam disertakan sayur goreng dan jugak ikan goreng. chefnya, mak aku sendiri.. kuikuikui~

dah kenal kenal semua. bincang sesame, decidenye BULAN DEPAN kitorang bertunang. BULAN DEPAN YE BULAN DEPAN. nampak tak betapa tak jangkenye hubungan kitorang ni? menakutkan kan? HAHAHA. tapi biaselah, bende baik memang Allah akan permudahkan. in shaa Allah semuanya seperti yang dirancang sebab tarikhnye sudah pun ditetapkan.  :') terharu jugak sebab hal ni terjadi time hari si dia nak belikan kek belated birthday untuk aku semua pada asalnya. biase yang plan selalu berubah last² segalanya berlaku sekelip mate je. tak jangka semua. :')

ape² pun, harini dah tercipta sejarah aku dirisik oleh family orang yang aku sayang sangat selama 3 tahun mengenalinya 2 tahun rapat dengannya. in shaa Allah moge Allah perkuatkan jodoh kami, permudahkab urusan kami akan datang nanti demi untuk menghalalkan hubungan kami. bina mahligai sesame, bentuk family yang bahagia. Aminn Ya Rabb..

No comments:

Post a Comment