Saturday, 21 February 2015

Perginya Seorang Ulamak Mulia.

انا لله وانا اليه راجعون
TUAN YANG BUDIMAN,

Tak ramai di antara kita yang mahu jadi macam dia...
Duduk di rumah biasa-biasa,
Tak terlalu mencari harta dunia,
Bangun sepertiga malam sentiasa,
Menangis kerena fikirkan semua manusia,
Tak fikir penat lelah berjuang kerana agama,
Sangup redah susah payah kerana anak bangsa,
Lebih selesa jadi manusia biasa,
Tak pernah bangga dengan apa yang ada,
Sentiasa cakap yang baik-baik sahaja,
Menjadi orang pertama dalam memaafkan segala perkara,
Sabar dengan setiap perkara buruk yang berlaku ke atasnya,
Dan
Banyak benda baik yang mahu dicerita
.
Tuan yang budiman,
Terima kasih untuk setiap ajaran yang baik,
Tuan yang budiman,
Terima kasih kerana sentiasa menasihati untuk melakukan perkara baik,
Tuan yang budiman,
Rehatlah kamu dengan aman, doakan kami yang baik-baik saja
.
Tuhan, terima kasih kerana pinjamkan kami manusia sedemikian rupa...
Tuhan, aku menjadi saksi bahawa setiap perjuangan dia hanya untuk agama Mu sahaja...
Tuhan, bawalah dia ke taman-taman syurga bersama orang-orang mulia
.
Mulia seorang ulama' Tuan Guru Nik Aziz, tarikhnya menghadap Pencipta sama dengan tarikh Imam Hassan Al-Banna.
Berehatlah dgn tenang di taman taman Syurga.  Al-Fatihah..

No comments:

Post a Comment