Thursday, 26 February 2015

Persiapan Tunang. Part 2

Assalamualaikum..
okey dalam entry lepas aku dah bagitahu yangaku baru je balik kolej kan. hurmm, tu pun balik hari isnin kesnya tiket habis nak balik hari ahad. tapi kalau diikutkan hati aku ni, aku tanak balik kolej langsung. HAHA! well, dah lama stop belajar. setahun kot, tup tup masuk belajar balik. aku rasa macam "GOSH! SERIUS KE AKU DAH MASUK BELAJAR BALIK NI?" err.

okey, sebenarnya entry ni aku nak post sekali dengan entry sebelum ni tapi kesnya aku hupdates pakai fone time tu tengah menaip si dia call pulakkk so terkeluar dari software habis otp aku on balik tengok kosong entrynya so DAMN IT! memang tak lah aku nak menaip balikkan.. jadi harinilah aku menaip balik dan entrynya jadi bertambah dengan cerita ni. KAHKAH! :P

well, balik pada motif tajuk. aku nak share dengan korang tentang persiapan tunang aku yang in shaa Allah akan berlangsung bulan depan. buat kekecik je, yelah, tak elok bertunang buat bebesar kan. so bab tetamu lah jadi ke hal sikit bila fikir siapa yang terpilih dalam family untuk hadir.. bab kawan pulak, for besties all aku invite tapi sorang je yang boleh hadir, Ayu. member kolej and roomates aku sekarang. member sekelas jugak sebenarnya. kikiki :P hah, dia je yang akan hadir nanti kalau member baiklah. yang lain semua bertindih dengan majlis kaum kerabat diorang yang akan berlangsung pada tarikh yang sama jugak. sedih k sedih. tapi takpelah, janji aku kawen nanti jangan tak datang jugak sudah. and nasib baik majlisnye kekecik je aku buat. huhuhu~

sabtu lepas ayah aku bawak aku pergi Shah Alam pergi beli barang. kalau ikutkan mak aku, mak aku nak survey kat Puchong je tapi disebabkan ayah aku dulu dia pernah janji dengan aku bertunang ke kawen ke dia nak bawak aku beli bebarang kat Shah Alam so this time memang dia tunaikan janji dia yang dulu kat aku. hehehe.. memule nak pegi pagi tapi postpone lepas zohor pegi sane. sampai je sane, 1st thing aku cari adalahhh opkos baju tunang ye. survey punye survey round punye round akhirnya aku decided beli baju dekat satu butik ni namanya Chantek Boutique. memule nak gila jugak aku dengan mak aku mencari baju ikut tema yang aku nak. nak tahu warna temanya? sabau.. lepas tunang nanti aku share gegamba k. untuk orang tang bertunang memang aku takan inform pade public awal-awal. hahaha. tapi yang pasti aku pakai baju kurung je bukan dress ke gaun ke ape ohkay. hehek. simple je tanak vogue vouge. bertunang je pun..

setel baju, pilih tudung pulak lepastu veil soo akhirnya selesai. lepas setelkan bab pakaian, ohh tak lupa nak bagitahu yang ayah aku time kitorang survey baju tu hilang entah kemana. dia yang bawak kita dia pulak yang hilang kemana. kahkah. my dad, as usual, memang dah tahu perangainya. then, aku dengan mak aku pegi survey bebarang untuk majlis pulak. nasib baik satu butik bebarang untuk majlis pertunangan and perkahwinan dekat je dengan tempat aku beli baju tu so terus pegi situ je. sampai situ, aku pilih-pilih warna bunga ikut tema majlis. bernasib baik haritu sebab pekerja kat situ cakap diorang boleh gubahkan kesnya kurang customer that time and FREE OF CHARGES OHKAY! so hape lagi aku cakap okey bagus tolong gubahkan ye. hehehe. jadi takde lah aku nak pepenat menggubah balik rumah nanti. kikiki.. siap menggubah 4 pasu bunga sekali dengan bunga tangan yang akan dipegang oleh aku nanti, ehem ehem.. segala-galanyalah siap. dulang pun dah beli segalanya then mu mum called my dad lepastu ayah aku cakap dia tengah makan kat Bistro hape tah pastu mak aku explainkan ayah aku kitorang ade kat mane time tu. siap ayah aku mengenyangkan perut dia, dia terus fetch kitorang. penuh kete kot dengan pasu bunge besar punye duduk ngan aku kat seats belakang. haha. bonet takyah cakap dengan vase standnye lagi.

macam yang aku pernah cakap yang segalanya nak DIY sendiri so segalanya beli sendiri lah. act, aku nak amek pakej dengan butik pengantin yang ade dekat Puchong tu tak lepas walhal murah je disebabkan tarikh aku tu ramai bebenornye orang nak kawen lah nak tunang lah, meniru aku je semua orang ni sampai aku tak sempat nak book. tambah hal ni terjadi dengan terlalu cepat, dari bulan 10 ke bulan 4 tuptup bulan 3 nak bertunangnya, plan tanpa dirancang so segalanya with no preparations awal lah. haduyai.. huhuhu. nasib lah kena DIY sendiri. sokeylah, janji yang aku harapkan segalanya berjalan dengan lancar bila tiba masanya tu. AMINNNN~

okey, aku rase dah terlalu panjang lebar entry kali ni. cukup sampai sini je. aku pun dah mengantuk sekarang. nanti aku sharing lagi. apepun minggu ni tak dapat nak balik sebab sabtu ade kelas full pagi full petang. 8 jam mungkin kelasnya. one subject only, Aplikasi Komputer. Puan nak buat semua kelas that day memudahkan lepas tu takan ade kelas Aplikasi Komputer dah. ngehehe~ seronok. so minggu depan la aku balik sebabnya minggu depan sekali lagi dah hari majlisnye. err, berdebar. baru nak tunang kot. kalau kawen tak tahu lah macam mana nanti. hahah.

btw, bunga-bunga hiasan kekecik punya aku lupa nak beli haritu. untuk gubahan hantaran punya. apelah. erhh. nanti balik aku setelkan semua lagi. heheh..

doakan aku okey guys. :')

sebelum tu aku nak bagitahu yang aku demam harini. flu makin teruk. si dia pun tak sihat jugak harini. instinct mungkin? hahak.


nah aku share satu gamba tanda tema majlis nanti. tema majlis ye bukan tema orang yang bertunang. hehe :)

No comments:

Post a Comment