Saturday, 21 March 2015

Kisah Pertunangan aku ❤

assalamualaikum.
okey entry ni aku buat khas untuk cerita kat korang macam mana perjalanan kisah aku dalam nak bertunang pada 14 March 2015 beberapa hari yang lepas. aku bertunang hari Sabtu. hari Khamis dah balik rumah naik bas dari Kuantan. Rabu Rohayu balik rumah, dia ikut sekali aku balik Puchong esoknya, jumpa dia dekat terminal. tak lupa sekali bawak anaknya Erika Umaira.

sesampai kat rumah. lepas Asar pergi beli bebarang dekat IOI Mall. baru aku teringat time kat IOI tu yang kat situ ada Kamdar. so apalagi terus singgah beli kain segala bagai untuk buat mini pelamin. kesian anak Ayu sebab tak biasa jalan jauh, last dekat dalam IOI tu dibulinya bonda dia buat perangai menagis, main kejar-kejar dan sebagainya. sampai Ayu cakap drkat aku "mu kawen nanti dila jangan branak awal sangat" okey aku memang kalau boleh nak anak lewat sikit, tapi kalau rezeki datang awal, apa salahnya kan? :P haha. well sambung cerita, balik dari IOI Mall, si Ayu hajatnye nak tidokan anaknye tapi last-last dengan dedia skali yang tido. penat sangat kau baru sampai dari Kuantan lepastu pergi shopping bebarang pulak. tapi aku memang semangat nak tunang kot sampai penat pun entah kemane. err.

malam tu aku try decorate mini pelamin dekat drill langsir rumah. tengok lebar dengan tinggi. then aku decide nak sama besar macam langsir rumah tu je. buat sendiri malam tu. banyak kali jugak tukar-2 style, yelah pestime kot nak buat bebenda macam ni tambah untuk diri sendiri pulak lagilah aku kalut bagai nak rak sikit bab-2 nak mencantikkan. dalam pukul 4 pagi camtu lah baru siap pelaminnya. gila kan? tapi tulah, kenangan tu ha paling bermakna. malam tu pin sepupu aku belah ayah datang tolong, Mimi. tolong gubah untuk hantaran and bagi idea sikit-2 untuk DIY Pelamin. esoknya dia tak boleh nak join sebab ade kelas so kena balik awal la kolejnya. setel buat semua, dia terus balik rumah. tak stay pun. pepun sangat berterima kasih diatas pertolongannya. huhu.

sebabkan tido lewat malam tu, pas subuh aku tido balik. bangun dalam pukul 11 tengahari amekkawww! masa tulah aku baru nak buat kek untuk hantaran wehh! malas nak beli sebab aku fikir nak nampakkan effort yang ikhlas sikit di hari pertunangan. kah! Mr.Tunang cakap nak datang rombongan sebelum zohor then aku mintak lewatkan sikitlah sebabada banyak benda lagi tak setel then dia cakap okey dalam pukul 2 baru bertolak mai. so aku pun apalagi, macam lipas kudunglah. sebab takde tempah memana butik, buat sendiri. so baju pun beli sendiri, makeup pun makeup sendiri memang aku perlukan masa sangat lah kan. waktu aku tengah makeup tapi kira dah nak siap jugaklah rombongan sampai. bapak gelabah tahap apa aku masa tu wehhh. setel dorang bincang sepakat hapa kat bawah tu, tiba waktu aku turun. seram sejuk tangan aku wehhh, sib baik Ayu ade mase tu dia pegang tangan aku turun tangga :') thanks Ayu.

turun-2 tu aku salam dengan semua perempuan yang datang. mak aih, ramai benornya. kata sikit ja. kahkahkah! sampai nak salam dekat mak tunang, beliau cakap "cantiknya" ah bangga pulak rasa masa tu. yelah, bakal mak mertua kenn? :DD HAHAHAHA. begitulah ceritanya. alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. simple je tapi aku puas hati dengan apa yang dah aku adakan. haha. cuma tulah, kek yang aku buat pukul 11 tu, jatuh waktu dorang nak balik. eh sabar jelah aku! >:( tak tahu ke aku susah payah buat tu sampai lambat solat Zohor and makeup? ishhhhh~ nah lah aku kongsikan gambar waktu majlis tu ye. hehe :D



Saturday, 14 March 2015

Alhamdulillah. Finally am OFFICIALLY MSA Fiance. :')




alhamdulillah. everythings went well tadi. dalam pukul 4 petang lebih tadi aku secara umunya telah menjadi tunang kepada Muhammad Solehuddin Bin Alias. in shaa Allah one step closer. moga Allah permudahkan urusan kami dalam menuju ke arah satu hubungan yang HALAL. :')
moga Allah kuatkan hati kami dalam meghadapi tiap ujian dalam hubungan pertunangan ni. moga Allah kekalkan hubungan ni sampai syurga. moga Allah tetapkan hati kami setia antara satu sama lain dan moga Allah kuatkan kasih sayang antara kami. :D

My Own DIY Mini Pelamin for My Engagement Day.


assalamualaikum. nahhhh... finally siap jugak aku punya mini pelamin. dari pukul 12 tengah malam lepas setelhan hantaran tadi buat. last last pukul 4 pagi lebih tadi siap. alhamdulillah. thanks for my mum, bestie Ayu and my lovely coussy Mimi. really appreciate their hardworks and helped. :')
simple-simple je tanak beriye sangat macam kawen punye pelamin. apepun, aku puas hati sangat dengan hasil sendiri ni. :D