Monday, 28 September 2015

Le Bridemaids of Mine. ❤

assalamualaikum,


hey gais, this post saje nak share pasal my bridemaids masa nikah haritu. act, dalam perancangan bridemaids ada 6 orang sebenarnya. tapi lagi dua tak dapat datang adikberadik tu iaitu my cousin from my dad sides sebab si akaknya da konvo. so tinggallah 4 orang. aku tak pilih ramai pun macem orang kawen zaman skang sampai berbelas orang bagai tu. ni pun 6 orang kire yang paling aku sayang and rasa penting dalam hidup aku.

gambar ni aku dapat dari yang paling depan sekali tu, my besties a.k.a my twins zaman sekolah dedulu SHA. hahah. sengaja bagi pakai shawl hitam with turqoise jubah yang simpleee sesangat sebab taknak pengantin tenggelam kalau bridemaids lawoo angat. kihkih :P dalam ni nampak macam 3 orang saha bridemaidsnya, Sha, Efa kawan baik zaman sekolah jugak and Angoh, sepupu belah mum, tapi kat belakang hujung-2 gambar ni ada nampak sorang lagi my besties a.k.a my twins zaman kolej dedulu, Myra. aku pun taktau kenapa duk jauh sangat dia tu dari kami. kahkahkah :'D *ya, aku ramai twins even kemana saja aku berada sebab orang sendiri yang aim kitorang macem kembar bila bersama. tang mana kembarnya pun aku tatau lah. mybe sebab rapat sangat kot kan jadi nampak sama. :')

tak ada apa yang menarik pun sebenarnya pada majlis aku sebab aku dah usaha sangat-2 nak simple as i can. hehe. nantilah dah dapat gambar dari photographer aku share kat sini ye. thanks sudi baca :D




Saturday, 26 September 2015

Searching for a new Marriage Job.

assalamualaikum.

hey gais. harini aku teman suami round Mitsui and KLIA2 mencari kerija baru untuk beliau. di ajaknya si Ikram tapi Ikram ade hal katanya so aku jelah yang menemannya. baru kawen ni, beliau nak cari kerja barulah. tak nak terus stay je dengan kerjaya lama. nak yang lebih menjamin masa depan lah kalau boleh.

aku sebagai isteri tak kisah pun dia kerja apa janji halal dan rajin jalankan tanggungjawabnya. sedikit perkongsian sahaja untuk post kali ini. apa yang penting banyak doalah agar rezeki yang lebih baik datang pada waktu yang betul2 tepat. Aminnnn.



Thursday, 24 September 2015

Selamat Hari Raya Aidil Adha 2015 Gais!


Assalamualaikum. Alhamdulillah.
sempat jugak merasa Hari Raya Aidil Adha bagi tahun 2015 ni. 1st Raya bersama suami terchinto. ngeeee~ awal pagi raya dah mengemas sebab harini jugak nak balik rumah mak mertua. permulaan ni stay rumah mertua dulu lah kami sebelum duduk rumah sendiri. huhuhu. setel mengemas semua, makan dekat rumah opkos menu hari raya yang sedap kebaboom masakan dari mak aku. hahaks.

pastu pergi rumah sepupu dekat Puchong jugak jumpa sedara mara kira 1 family tu lah termasuk ayah mak sedara aku pun ada sekali kat situ. pas setel beraya kat situ terus mak ayah aku hantar aku dan suami balik Negeri Semblan dekat Kg.Jijan. so now, bermulalah hidup aku sebagai seorang isteri dan menantu bagi orang Negeri Sembilan :') belum sehari lagi dah rindu suasana Puchong. takpa hati, dah jadi isteri orang ni, kenalah ikut suami kemana sahaja beliau berada. nak masuk syurga dengan suami kan? :') doakan lah aku baik2 sahaja dekat sini.


Tuesday, 22 September 2015

1st Date as Husband and Wife ❤ Marriage Couple

assalamualaikum .
hey gais . harini aku dah pun merasmikan *ceh merasmikan* date PERTAMA kami sebagai suami isteri ! haaaa fikir bebukan ah tuuu :P date ye date . kikiki :D nonton wayang . bawak adik2 jugak iaitu Nang Nur Sabrina and Nang Nur Amalia sekali my Myanmar Girl , Aliah . hehe pagipagi lagi mak aku dah amek aku and husband dekat hotel then dia cakap nak hantar adik2 harini ke Balakong so aku nak spendtime la waktu dengan dorang sebelum dorang balik kan . hehe :D

kitorang nonton cita kartun Inside Out dekat SetiaWalk . my treats ! sesaja rasa nak belanja mereka dan suami untuk 1st date ni . interesting moment for Aliah sebab ni 1st rime dia nonton wayang . sangat jakun ku lihat masa dalam wayang . sangat gumbiraaa bila dapat happykan orang yang kita sayang and terhutang budi sesangat yela sebab dia lah paling busy untuk majlis aku semalam . 3 hari sebelum majlis dah busy sesangat dah . kesian . so why don't i reply it with a happiness memory kan ? ;') thanks Aliah , moga Allah merahmati dirimu sayang :)












Officially Mrs.Soleh .

Alhamdulillah, setelah sekian lama cinta berputik. Setelah sekian lama menempuhi ranjau onak duri dalam percintaan dan pertunangan akhirnya semalam aku SAH menjadi isteri kepada Muhammad Solehuddin bin Alias dengan hanya sekali sahaja lafaz akad. Alhamdulillah. Doaku termakbul jua akhirnya.

Aku takdak share pun kan segala persiapan semua? yelah busy gila kot sebab set date last minute. kuasa Allah SWT, tiada siapa boleh halang. rancang bulan Feb tahun depan lastlast amekaw, bulan Sep tahun ni jugak jadinya. tak apa, alhamdulillah family aku pun tak banyak hal, benda baik better percepatkan so now, im a madam right now. sudah punya pangkat Puan sekarang. auwm!

Dah, nak inform ni je, aku malas nak menaip banyak. eksahaited sangat nih nak sendtime dengan suami. kboi~ next time aku share gambar kawen okay. nah belanja yang sempat amek pakai fone sendiri dulu. muah muah!





Monday, 7 September 2015

Le brides to be .

Assalamualaikum .
Alhamdulillah . Lagi 14 hari aku bakal menempuhi alam baru dalam hidup aku iaitu alam perkahwinan .
Selalu decided last minute . Sama macam bertunang haritu jugak . Sebenarnya tarikh perkahwinan aku sepatutnya bulan dua tahun depan . Then Mr.Tunang cakap family dia suruh percepatkan perkahwinan kami .
Ikutkan aku , aku decide kawen bulan 10 ni paling awal . Tapi family dye berpendapat apa kata awalkan lagi alang kakaknya yang jadi cikgu dekat Sarawak nuh cuti Raya Haji . Yelah , kakaknya bertunang 19hb September ni jadi kalau boleh nak sekalikan je alang kakaknya ada dekat semenanjung ni .

So aku decided 21 September ja . Senang . 24 September tu dah Raya Haji kan . Punyalah aku kelam kabut pada mulenye tu contact balik yang mana dah bayar deposit dedulu inform tukar tarikh . Alhamdulillah lah semuanya boleh datang pada tarikh aku mintak so . Sangat sangat bersyukur sebab Allah permudahkan segalanya even semuanya langsung tak di rancang and sangat tiba tiba . Serius aku cakap , aku rasa Allah permudahkan bebetul hal kawen aku ni mybe sebab aku sendiri nak buat semuanya simple as i can so tak banyak and takde nak leceh mana pun semua persiapan .

Okay , takpalah . Aku tak rasa banyak yang boleh kongsi pun sebabnya takda rumit mana pun hal kawen ni . Macam sekarang takda buat apa persiapan sangat pun sebabnya kemarin beli barang kemarin jugak siapnya . Tapi ada ja lagi yang nak di beli cuma aku sekeluarga jenis cool ja . Macam takda apa sangat dah nama lagi nak simple je majlisnya kan so takda apa sangat lah . Kahkah .

Btw , mood aku pun masih dalam keadaan normal dan tiada perasaan lagi . Walhal bab inai still lagi fikir nak tempah siapa . Ahaks !

Doakan kami tau !!!
Moga Allah permudahkan segala urusan sampai ke akhirnya .
Aminn Ya Rabbb .