Sunday, 4 December 2016

Outing with my Myanmar Girl


salam.
well yeah, today aku outing dengan my best of assistant ever, Aliah.
lama dah tak keluar dengan dia sebab aku pun dah stay Nilai sejak kawen ni. huhu
saje ajak nontok wayang, makan-2.

yeah, this is her. Aliah :)


weolls pegi Setiawalk je. sampai-2 terus beli tiket wayang. sementara menanti waktu, kami sempatlah makan-2. try Korean food. not bad. sodap lah jugak kena dengan tekak. tapi takleh lawan masakan melayu lagilah sebab sama ja macam nasi goreng apa yang kami order tu.

Mr.Dak-Galbi. kena masak sendiri. sebakan kitorang macam "eh apa ni/" so pelayan kat situ lah tolong kami masak. kahkah :P


weolls nonton Moana. comel sangat katunnya. jalan cerita pun menarik. and lagu dye best. boleh challenge 'Let it go' from Frozen. serius.


Last gamba. bagi peace sekali.

kbye.



Tuesday, 29 November 2016

Adila VS Adilah

assalamualaikum.

oke gais. sian tadi aku hangout with sorang kawan yang dah lama kenal tapi! baru pestaime keluaq sama jumapa jenjalan sama. kahkah! weird punya friendship relation tapi itulah hubungan kami :)

her name is Adilah Imanina. yep, same like me. beza aku Nur Adila je. panggilan usah cakap, memang sama. haha. for the 1st time in my life after marriage aku keluar dengan kawan sebab sebelum ni busy buat produk yelah aku ken bisneswomen, keh!

nah gambaq untuk aku share sebagai kenangan kat sini :D

this is her :D










Since i know her 4 years ago, she never leave while SOME of my bestfriend become strangers with me. We're contact each other more offen than my bestfriend 😊 feels funny when we're close we hold each other but when we're apart they're avoiding me with no reason and when we're meet again we're close and when apart we're a strangers again. It keeps rotating many times and Idk how people could change so fast 😂. The more i grown up the more i had to admit that i live with this goodfriend not my bestfriends. It hurts soo much but it's the fact that i should accept. :')

Sunday, 20 November 2016

Quote of the day.


No matter how much other try to distract you while on your journey, it's important and essential to always stay true to yourself. :)

Sunday, 13 November 2016

Monday, 7 November 2016

the missing soul.

assalam.

bosan-2 kat rumah sekarang, banyak habis masa copy post dari blog-2 sebelumnya masuk ke blog ni sebab aku dah malas nak tetuka blog dah. cukup lah yang ni last. tambah malas dah nak tuka email. semua bertuka sebab aku buat email then aku lupa password. damn. sib  baik yang email untuk blog ni aku dah save dalam buku nota. kihkih.

the missing soul. yeah the title for this entry untuk jiwa aku sendiri. aku rasa macam jiwa aku dah hilang jauh melayang entah kemana sekarang. mybe sebab aku rase lonely kot. semua kerja dah setel untuk bisnes. so habis masa kat rumah ja bila husband makin busy kerja kena OT sekali outstations ke Damansara, Ampang lah pe semua bagai. serius oh bosan yang amat. kurang member dekat Nilai ni. sampai 1 tahap aku banyak fikir, kepala sakit berdenyut-2 tak pernah punya magrain sekarang dah ade magrain. now aku boleh faham dah kenapa orang punya magrain ada sampai terbaring je atas katil. sakit oh sakitt.

rumah dekat je dengan belah family in law. tapi jenis aku selagi tak ada benda penting aku tak ada rasa nak jumpa-2 yela rase segan tu ada lagi . payah sikit jenis aku ni nak rapat dengan orang kan. bagi aku janji aku takde cari pasal sudah lah. daripada rapat sesangat kang ada selisih faham sikit mula nak benci membenci kan? so better biasa-2 sahaja. ni pun sekarang tengah mencari kerja sebab dah terlampau bosan duk kat rumah ja. kesian kan aku?

husband aku tiap kali balik kerja mesti cakap kesian tengok aku dah macam tak terurus. kahkahkah! takpalah, next month beliau janji nak bawak pegi bercuti. yiihaaa! kalau jadi and beliau takde kena outstations or OT pada hari plan tu lah. kahkahkah. KALAU. phew. mybe rupa aku dah teruk sangat kot sekarang sampai beliau cakap macem tu. kehkeh

srsly aku rasa jiwa aku dah melayang kemana sebab kekadang emosi aku pun tak stabil tau. kejap rasa sedih, happy and tension tak masal. nak kata sebab pregnant, belum ada petanda lagi buat masa sekarang. kah! aku kuat tido gak skang. agaknya memang aku rasa lonely gegila kot. ish! payah nak cakap. aku terang kat sini pun rasa macam tak berapa lengkap apa yang nak aku cakapkan. masalah rumatangga setakat ni belum ada lagi sebab suami aku jenis nak paham aku sedaya mungkin. hahah. aku rasa sakit lama aku dah datang balik kot. sakit yang entah kenapa tu. and i think it's getting worst day by day. sampai aku rasa malas nak jumpa sesiapa tambah family.

aku banyak rasa nak menyendiri. stay je kat rumah. husband ajak keluar pun aku taknak. tapi bila dia busy kerja aku rasa lonely tahap nak mamp*. ni kot yang dikatakan tekanan JIWA. bahaha. ni sekaranf dia dah makin busy ni lagi lah aku macem separuh gila kot? haha. bahaya oh. camana nak pulihkan masalah ni? gross. ilostmyself




Sunday, 6 November 2016

Quotes of The Day ❥

Dont let the silly little dramas of each day get you down. For you are here to do great things.

Let your dreams be bigger than your fears and your actions be louder than your words.

Friday, 4 November 2016

Aku perlu masa.

assalamualaikum.

dalam hidup kita ni sebenarnya banyak benda kita terasa. antara simpan or tak je. tapi kalau dah banyak benda di simpan, parah sakitnya. banyak kali cuba untuk melupakan, masih belum mampu. kenapa? sebab tak semua orang punya hati dan hal yang sama. masing-2 punya keputusan sendiri. begitu jugak aku.

saje keluarkan isu ni kali ni sebab rasa nak share perasaan sendiri pada waktu sekarang. aku bukan jenis mudah percaya pada orang. kadang intinct aku sendiri buat aku rasa beban sangat-2 nak hadap orang ataupun nak kenal orang-2 baru sebagai kawan ni. aku tak ramai kawan sebenarnya kalau di ikutkan, sebab bagi aku ramai kawan ni if tak berkualiti menyakitkan hati jugakkan? dats why aku memang jenis saaaangat memilih untuk admit seseorang tu sebagai kawan baik aku.  strangers lebih okey dalam kamus hidup aku sebab kawan pun kadang banyak tikam belakang jugak kan? :')

dari bahagian family pun macam tu jugak. aku jenis payah sikit nak rapat dengan ahli keluar. baik keluarga sendiri ataupun keluar mertua. orang mungkin akan cakap aku ni sombong or pentingkan diri tapi serius aku cakap aku memang jenis tak pandai sangat nak bergaul mesra dengan orang yang aku rasa janggal gila-2. bukan aku taknak rapat dengan orang tapi memang aku jenis yang macam ni. tu aku fikir lantak lah orang nak paham aku ke tak, yang penting kau sendiri tahu kau jenis macam mana and husband aku pun tak pernah nak komen sebab dia faham aku macam mana. dia kata nak bagi orang paham kita ni memang payah so awak buat ajalah apa awak rasa betul janji awak happy :') thanks a lot to him.

perjalanan hidup mematangkan kita. tapi hati? banyak terasa pun bikin mematangkan jugak. kenapa? sebab bila kau banyak terasa kau akan belajar erti menjauhkan diri. dari apa? dari orang yang kau rasa tak perlukan kau pun dalam hidup mereka. banyak benda aku usaha. banyak benda aku pendam. tapi tak semua orang boleh nampak and boleh hargainya. jadi konklusinya? menjauhkan diri jelah sampai kau rasa kau boleh recover balik parah kat hati untuk hadap yang baru pulak.. makan masa, serius cakap. aku perlu masa. bagi aku masa. nak baiki segalanya aku perlu masa. yang banyak. boleh sabar or tak, terpulang. aku tak perlukan persetujuan orang, yang aku perlukan, kekuatan untuk diri aku sendiri lupakan apa yang dah aku simpan.

satu je yang aku tertanya-2..
payah sangat ke nak bagi orang masa untuk pulihkan hati sebenarnya?


Wednesday, 2 November 2016

Welcome November 2016 !

Assalamualaikum w.b.t..
pejam celik pejam celik sekejap je mase berlalukan? dah nak akhir tahun dah kita. alhamdulillah sebab Allah beri kesempatan lagi untuk menjalani kehidupan sekarang ini. semalam updates belog tapi tak cakap pasal kehadiran bulan November sebab terlupa. kahkahkah! so harini jelah aku updates mempelawa datangnya bulan baru ini :)

entah kenapa sejak akhir ni rindu sangat diri yang dulu. time2 zaman kat kolej. bertudung labuh. menutup aurat sebaik-baiknya. kalau dulu pakai handsocks and stokin walau ke mana saje pergi. pakai tudung labuh tanpa fesyen2 bagai nih, now, semuanya selagi husband tak tegur selahi tu lah aku jadi lupa diri.. damnnn! rindu oh personaliti yang lama. tapi tulah, aku dari zaman sekolah suka babab mekap ni :'( tak boleh nak buang oh. yelah perempuan mana tak suka benda-2 cantikkan diri ni. tipuuu lah kalau ada cakap takdek. antara pandai dengan tak pandai je sebenarnya. hurmm

pernah pakai niqab dulu sekejap tapi stop sebabmasa tu rasa macam diri tak cukup baik lagi. takut nanti kalau aku ada buat apa2 yang tak sedap mata memandang pada pandangan orang lain nantikan habis semua niqabis kena cop sebab perangai aku. tak nak lah sebab nila setitik habis rosak susu sebelanga kan? BUT! inshaaAllah aku akan pakai dengan Istiqamah one day. lepas aku rasa aku betul2 dah bersedia and tak akan malukan geng2 niqabis dengan perangai aku. one day. i will sebab tu adalah impian aku dari dulu lagi. pakai bukan sebab nak nampak baik tapi sebab hati sendiri berkehandak sedemikian. so elok jugak lah aku tak teruskan sampai sekarang nanti kan kompem ade yang cakap aku ni pakai sebab nak nampak baik je kesnya perangai aku pun bukannya matang sangat pun lagi dengan suka selpienya .pakai niqab berselpie bagai ni lagilah buat orang cakap buruk kan? :'( betapa kentalnya hati diperlukan bila dah pakai niqab tau? memacam kata yang perlu dimakan nanti. huhu. sebqab pernah ada sikit pengalaman orang cakap buruk sebab tu aku risau nak pakai bila hati belum benar2 bersedia.

papepun, di bulan yang baru ni, aku harapkan somethings good happend lah :'D sis dah lama tunggu sesuatu yang syok terjadi ni sebab dah lama sangat macam orang zaman batu dalam gua ja hidupnya.. banyak plan tergendala. in shaa Allah start bulan ni sis akan usaha realisasikan semuanya. Aminnnnn~ nah kasi campakbalik gambar lama sikit :)



niqab and shawl buat sendiri, jubah hadiah from mertua dari Mekah :)

Tuesday, 1 November 2016

Malassssssssss :(

pernah tak korang rasa macam korang dah malas nak buat apa2 sebab korang dah feedup dengan sesetengah manusia yang banyak cari salah korang je? pernah? yeee.. itulah yang aku rasakan sekarang. makin lama kau hidup, makin banyak kau kena hadap. baik kau ada suami/isteri sekalipun, tak semua benda kau boleh hadapinya bersama sebab sesetengah perkara tu hanya kau seorang sahaja yang mampu mengubahnya. this is our own life kan. hurmm..

kalau perkara yang boleh pasangan kita bantu, perghh alhamdulillah sesangat oh.. cepat and mudah je nak selesaikan. tapi kalu sesuatu yang dorang tak dapat bantu, hanya kita je yang boleh buat sendiri oh em ji, makan masa yang sangat lama and perlukan ketabhan yang sangat tinggi oh. tapi so far alhamdulillah, aku punya suami yang walaupun ade sesetengah perkara kita kena hadap sendiri, suami aku tetap ade kat belakang and sokong aku dalam apa jua yang aku buat janjiiii, betul bukan salah. :'D

cuma tu lah, ada sokongan dari belakang pun kalau kita sendiri down sangat and feedap nak hadap payah jugak kan? ergh. pening fikir apa akan jadi masa akan datang nanti untuk hidup sendiri. makin bertambah usia makin banyak pengalaman and makin banyak hal nak kena hadapi. bertabahlah duhai diri :'(((


petanda malas pada rupa adalah, pakai instant shawl + glasses without any makeup  and lens sampai menampakkan kau punya kepala sebenarnya sangat bulat . haish .

last but not least :'((( my one of my mix bengal kittens died today. sebab musabab masih belum dapat disahkan samada dibunuh oleh ibunya sendiri or ada strangers cats masuk dalam rumah bunuh anaknya :'( dah lah yang paling cantik design bulunya. husband ai marahmarah sangat apgi tadi masuk dapur tengok anak kucingnya dah berlumuran darah atas lantai already gone that time :'(

see? trajis yang amat oh :'((((( nampak macam ada perebutan kat situ kan? macam ibunya tarik dekat leher and the other one tarik dekat peruttt :'((((

kalau besar nanti kompem macam ni rupa dia :'( sedihnyaaa. apakan daya, tiada rezeki and pendek saja jodohnya dengan kami.


Thursday, 27 October 2016

An Ambassador of my Own Product. ELLACHO ღ

assalamualaikum.


yes, i am an ambassador of my own product. not a great big bussiness. kecil-kecilan sahaja sebab aku tahu tak semua orang suka tengok kita naik so aku buat biasa-2 sahaja. sales pun banyak serah pada agent je yang buat kerja. dalam FB tak pernah pun promote. handle wechat and instagram bussiness pun gegitu je. malas nak beriya. niat aku nak tolong kekawan cari duit lebih je. sama jugak aku. sampingan sahaja.

even dah setahun lebih buat brand sendiri. dari shawl ke produk kecantikan, aku still ada rasa malu nak tayang muka sendiri. HAHA. ramai duk kata jangan malu kalau nak berjaya sebab bila orang tengok muka kita baru orang percaya. hiuhh, bila nak boleh ke buang rasa malu ni pun taktau lah aku caman. aigoo~

ELLACHO.
asal dari ella tu aku lah Adila. Cho pulak husband aku. dalam family beliau gelaran dipanggil Cho. anak-2 sedara pun panggil dia pacho. hahah. saje buat nama pelik tak nampakkan sangat nama sendiri sebab rasa macam mengada-2 pulak bila letak nama betul. hakhak

memang dah lama minat berbisnes. mungkin sebab asal my mum dari aku kecik lagi busy dengan berniaga. memacam di jualnya. sampai perabot jati pun pernah beliau jual waktu stay Kemaman dulu. rajin kan my mum? yeah, saaaangat rajin sebab sampai sekarang minat bisnes dia tak pernah luntur and masih giat dalam bisnes. cuma anak dia je kejap tenggelam timbul sebab tak banyak fokus sangat pada aspek bisnes even minat sangat dalam bisnes.

aku harap oneday, aku dapat naikkan jenama aku sendiri ni bila aku dah betul-2 bersedia dalam dunia bisnes besaran. sebab sekarang aku nak fokus pada tolong kawan-2 cari duit sampingan je dulu tapi apapun aku taknak separuh jalan je brand aku ni sebab aku dah usaha sampai tahap ni dah. turun naik tak apa adat bisnes janji kekal and takkan pupus dek zaman. ceh! doakan aku berjaya dalam bisnes ni ya satu hari nanti! AMINNNNN~

so here aku share testimoni dari customers and friends yang dah pakai produk aku. iaitu EllaCho Glowing Foundation.










Wednesday, 26 October 2016

Tuesday, 25 October 2016

Welcome to ELLACHO's Family Kittens ❤

assalamualaikum.

harini sis nak share berita baik.. huhu. we just had a kittens. mix bengal. cumel gilos.

cumil ken? nanti dah besar sikit neh granny bagi nama :P


dah lama gila tak punya anak kucing so kali ni eksaited lah sikit. kikiki.

Friday, 21 October 2016

Bersenam Menyihatkan Tubuh Badan.

hey gais.

petang tadi aku teman husband pegi jogging. TEMAN k TEMAN. haha.
okey act aku nak kongsi pasal diri aku bab-2 bersenam meyihatkan tubuh badan ni. aku ni weh, perghhh bapak malas gilos nak bersenam ni. beza dengan husband beliau terrrrsangat rajin bab-2 jaga badan ni. so no wonderlah beliau lagi kuvvussss dari aku. kahkah!

like srsly, payah gila oh nak konsisten dalam workout ni. dah memacam cara aku try pegi lah apa semua bagai still tak konsisten dalam diri. kalau terus macem ni, tak lama jadi belon lah ai. hai, jangan terkezut pulak nanti ya kalau nampak aku gedempol. sebab aku dah inform kat sini awal-2 yang aku memang malas and langsung tak konsisten dalam bab jaga badan ni. kahkahkah :'D

selalu search dalam mr.google acano lah nak bagi badan mantain lawa seksi meksi menawan hati suami. tapi hampehhh, memang hangat tahik ayam belanda je aku ni. err. Ya Allah, silalah bagi aku petunjuk sikit untuk terus konsisten dalam jaga badan ni. aigoo~

aku rasa aku kena buat goals target kot. kira macam dalam sebulan nak turunkan berapa berat badan. kan? sekarang pun anti penimbang sebab rasa macam trauma je nak timbang berat badan kesnya tahu sangat kompem aku terkezut nak mampos nanti kalau tengok resultnya. wakaka! well gais, mintak doakan aku konsisten ya dalam jaga badan ni. haraplah badan macam ratu cantik dunia nanti. HARAP je. kahkahkahkahkah


sebab jadi peneman memang sangat menyeronokkan dan tidak memenatkan :P

suami ai lah. suami siapa lagi.


Wednesday, 19 October 2016

honestly, i need more courageous.

assalamualaikum.

tiap apa yang kita buat, mesti kita perlukan sokongan kan? banyak benda dalam hidup ni kita perlu pelajari. banyak benda dalam hidup ni kita nak hadapi. so sokongan sangat diperlukan sebenarnya. macam aku, banyak perancangan aku untuk masa akan datang. tapi tak semua orang mampu bagi sokongan pada aku baik teman-2 or family.

terkilan. sangat terkilan tapi apakan daya. tak semua orang suka tengok kita berjaya. tak semua orang jugak suka tengok kita susah. rambut sama hitam tapi hati lain-2. depan kita mulut manis belakang kita mengata kita itu dah jadi perkara biasa dah dalam hidup ni. NORMAL. manusia macam ragam. kita tak mampu nak ubah orang. yang pasti kita boleh ubah diri kita. orang tak suka kita, itu pilihan mereka. tapi kita? payahkan nak fikir semua benda even ianya hal remeh. tambah kalau kau jenis fikir risau orang tak suka kau macam aku ni. agak tension sebenarnya. semua benda aku risau nak buat yelah takut orang tak suka then cakap buruk pasal aku. sampai satu tahap husband aku sendiri risau dengan perangai aku then beliau cakap "enough fikir apa orang nak cakap pasal awal. buat je apa awk rasa betul" hmm, bukan aku taknak buat, tapi sebab dah jadi kebiasaan asyik risau respon orang lain terhadap diri sendiri tu yang jadi kacau tu.

sadiskan? kau selalu fikir pasal orang tapi orang? tak fikir pun pasal kau. dorang fikir dorang je yang betul. and dorang fikir kau banyak salah sampai kebaikan kau takde orang nak pandang. useless. kadang aku rasa macam aku dah giveup gilos sebab kurang sokongan aku dapat dalam kehidupan aku ni. terlampau fikir sangat pasal orang masalahnya aku ni. haish

aku rasa aku memang perlu stop fikir pasal orang dah sebab benda-2 macam ni boleh buat aku stress sangat-2. bersyukur punya suami yang selalu support aku tapi agak terkilan dengan yang lain langsung tak ambil peduli and pentingkan diri sendiri.


people will hate you, rate you, break you and shake you. how strong you stand is what makes you.


find someone who wants to invest in you, learn from you, see you win, support your visons and fall in love with you daily. 


Tuesday, 18 October 2016

Quotes of The Day ❥



In daily life we must see that it is not happiness that makes us grateful, but gratefulness that makes up happy :)

Saturday, 15 October 2016

Quotes of The Day ❥


Why compare yourself with others? no one in the entire world can do a better job of being you than you.

Friday, 14 October 2016

Quotes of The Day ❥


Once you've accept your flaws, no one can use them against you.

Thursday, 13 October 2016

A Little Word of Love ❤


buat timer, tiba-2 angin sepoi bahasa tiup tudung sampai ttup muka. tepis sambil tahan gelak then tak sempat jugak nak tengok camera dah snap. hahah *candid*

saya tak kisah pun awak kacau saya selfie sebab saya suka gurauan awak pada saya 

sama tak muka kami? hiks 

don't you guys think we're cute? HAHAHAHA

suami dan isteri 

Love like there's no tomorrow and if tomorrow comes, love again.