Tuesday, 12 April 2016

#TRAVELOVELLACHO : BALI ❤

okey, entry ni aku nak share gegambar dekat Bali haritu. 1st Travel with husband. pengalaman terbaik setakat ini. alhamdulillah dapat jejak kat sana. hope next trip tercapai jugak nak bertravel lagi dengan husband. huhu ;)

this is some info about our Honeymoon travel dekat BALI.

1) kitaorang stayed dekat Vihan Suites Hotel Bali. RECOMMENDED sebab staff service memang thorbaikk yang amat. we stayed there for 4 days 3 nights. including breakfast. booking online pada hari pegi sebelum naik flight. tempat pun terpencil tak terlampau dekat dengan bandar and sangat tenang suasananya. rindu alunan muzik dekat hotel. klasik amat. HAHA

2) sampai je airport. akan nampak raaaamai gila pemandu teksi tengah pujuk-2 orang naik teksi dorang. kitorang pun terheret sekali. naik-2 macam jauh je Hotel dari Airport rupanya lepas sampai receptionist cakap mahal gilos kitorang bayar dekat teksi tu then dia kata airport dekat ja dengan Hotel and kalau kitorang requestkan airport pick up masa booking online, dorang boleh ja amek kitorang. free of charges lagi tu kalau stay lebih 3 hari. haish. bukan rezeki kami tapi tak apa masa balik kitorang book supir hotel hantarkan kitorang ke airport. yelah, free kan. kikiki

3) kitorang tak pakai pak supir sebabnya dekat hotel dah sediakan sewa motorsikal. terasa sawit gilos naik motorsikal keliling Bali dengan husband waktu Honeymoon that time. kahkah. tapi itulah, polis kat sana amek kesempatan pada pelancong. kami kena saman 150k rupiah tanpa surat saman so bermakna kitorang kena pau lah kan dengan polis kat sana. HAHA. pengalaman. nect time kalau pegi lagi memang kena hati-2 lah. husband tertinggal lesen dekat Malaysia sebab tu dikatanya kena saman padahalnya masa balik hotel receptionist cakap kitorang kena pau je sebab surat saman tak bagi tambah bawah seat motor ada lesen khas utk pelancong dah so dorang tak boleh saman sepatutnya.

4) makanan kitorang banyak makan fastfood ja selain breakfast dekat hotel. breakfast dorang bg menu. tiap hari kitorang pilih nasi goreng ja paling selamat dengan air kosong. sebab Bali terkenal dengan makanan tak Halal kan so memang kitorang berhati-2lah. nak selamat, kitorang makan Fast Food je like Burger King and McD. nak bagitahu sos McD dia tak sama macam sos McD kita. so kalau nak pegi Bali sila bawak sos kita sendiri. tak sodap langsung sos dorang macam banyak tambah air je. errr. Burger King pulak begernya memangggg terbaik lah! bapak dua kali ganda besarnya dengan Malaysia ni punya. HAHAHA

5) sebab sesaja pegi honeymoon tanpa agent, sendirian berhad sahaja kitorang tak banyak pegi merata pun. just pegi tempat biasa-2 je dah naik motorsikal sendiri kan. sempat pegi Kuta Beach, Pandawa Beach, and round-2 1 Bali dekat Hardrock Cafe, Discovery Mall.

6) sewa motorsikal dekat hotel tu murah je. dalam RM belas-2 la duit Malaysia 24jam. so sangat lumayan la orang Indonesia kata. hahah

7) sebabnya sendiri-2, kitorang beli simcard kat sana. muuuuurah dari Malaysia. dalam RM belas-2 jugak duit Malaysia dapat 5GB ohkay! line pun laju even masuk kawasan kampung. waze sangat diperlukan bila jenjalan sendiri-2 naik motorsikal okay! haha . kitorang amek simcard simPATI dia punya sampul warna maroon. berbaloi k berbaloi.

8) dekat sana kalau korang pilih nak naik moto macam kami, jalan nak ke Pandawa Beach kena lalu tol tau. Bali motorsikal pun kena bayar tol yaaa. hahaha. so bersyukurlah PM kita tak naik taraf motorsikal kena bayar tol jugak macam dekat Balik. hakhak

okay. tu saja boleh share. biasalah, 1st travel banyak lah kurangnya. tapi aku puas hati dah dapat jejak kat sana. hehe :') kalau korang rasa menarik Bali lepas baca apa aku cerita ni, YA! aku setuju sesangat sebab Bali memang tempat yang sangat mudah untuk travel buat orang yang baru-2 nak jinak-2 dengan alam travel. hehe. btw nak cerita husband aku punya suka mandi kolam perghh malam-2 pun ajak aku mandi kolam jugak. kita ni nurutkan sajelah. hahaha

and last but not least, ade sekali kitorang berhenti minum air kelapa dekat stall macik Muslim. sedap air kelapanya. rupanya dekat Bali air kelapa dorang campur dengan limau nipis. fresh gilos rasa dia. pestaim minum memang puas hati. berhenti minum ja. tak makan pun sebab still risau kan even Muslim. hehe



























sekalisekala sweet sikit :P