Sunday, 31 July 2016

Ada Waktu.

assalamualaikum.

beberapa harini aku banyak keluar dengan husband kan? hahah. husband amek cuti seminggu oh. hehe :D so sementara ada waktu ni marilah kita enjoy berdua bersama. kikiki :P bukan selalu dapat keluar dengan husband tambah bila cuti beliau bukannya macam keje opis, weekend je cuti. cuti beliau tak tetap. biasalah kerja swasta kan. hehe

harini pusing-2 Nilai ja. stoppedby makan kat Subway. last makan Subway sesama sebelum kawen dulu. ni baru nak makan balik ni. haha. papepun Subway punya sandwiches memang thorrbaik! sodap angat-2. hehe



kawenlah dengan perempuan yang bercermin mata sebab kau akan dapat rasa kau kawen dengan dua orang perempuan. kahkah! ;D




Saturday, 30 July 2016

Friday, 29 July 2016

Magnum Cafe, IOI City Mall

hai korangsss,
harini sis dating dengan husband dekat IOI City Mall. saje nak pergi Magnum Cafe nak try test eksem kat sana bebetul best ke macam yang orang duk kata-2 tu. iyaaa, memang sedap sangat pun plus dorang ada memacam flavour yang kita  boleh pilih sekali catalog bagai. tiap pilihan ada nama. aku lupa apa nama pilihan akuand husband sebab nama-2nya semua boleh tahan eksklusifnya, Kah!

papepun, tak rugi kalau pegi k. janji bukan selalulah sebab akan muak k. sekalisekala tu bolehlah khas untuk lepas niat or ngidam ka apa k. yang pasti aku bukan sebab ngidam. ahakss! :P




tukang perabis aku punya. bukan sebab tak sedap tapi memang dah jadi kebiasaan aku kalau makan dengan husband kat rumah or kat luar mesti akan bagi husband yang habiskan makanan even sikit sekalipun :'D


comelkan? kami penggemar white chocolate tapi husband macem biase, tak pandai pilih tapi gatai nak pilih sendiri punya pilihan hah amek lah dia tak puas hati sebab aku punya fully white chocolate tapi dia punya kat luar je yang dalam brown chocolate. kahkah. aku punya yang bawah ya kalau ikut pada gambar. tehehe~ :D

thanks hubs, bawak kita makan eskem ❤ ;))










Thursday, 28 July 2016

Berdatinglah ! ❤

assalamualaikum.

terus pada tajuk. okay semalam aku berdating dengan husband. ke Shah Alam sampai ke Puchong nonton wayang apa semua bagai. shopping sikit-2. takdak benda penting pun. just nak share gambar je sebagai kenang-kenangan. hiks ❤ ;))










and malam ni pun keluar jugak sekejap pegi Empire Subang. kikiki :P


my vampireee. haha! bertaring ni nak kemana bang? :'P

well, macam biasa. duduk bersila adalah cara duduk paling selesa bagi aku walau di mana saja aku berada. kah!


Thursday, 21 July 2016

Open House FIL and neighbourhood

hey gais.

assalamualaikum.

malam ni family in law aku buat open house sekali dengan jiran-2. jemput ramai-2 berkumpul buat depan rumah mertua aku siap hampar tikar apa semua. meriah yang amat oh. hehe. masuk family ni baru terasa semua ni sebab kalau dekat Puchong tak adanya benda macem ni. mengeratkan silaturrahim orang kata. siap ada selawat doa apa semua. banyak gilos jenis makanan siap kuih raya lagi. haha. family in law aku buat mee kari + cocktail. aku tak makan pun sebabnya banyak sangat pilihan last-2 orang punya jadi pilihan. nasi daging. pestaim makan sedap ih. entah siapa punya pun taktau sebab ramai yang join kan sekalikan semua makanan. ada mee soto, laksam pe semua tadi. haha.

pepun, sangat menyeronokkan harini even terasa serba salah gila sebab datang lambat. sebagai ganti, aku dengan husband tolong basuh pinggan and kemas dapur lepas majlis. haha. yela orang lain buat kerja dah siap baru kitorang sampai lagipun suami kerja harini balik petang tadi kan, kesian jugak beliau penat. tarapalah, janji ade jugak pertolongan kitorang buat pada akhirnya. hehe

nah aku share sikit gambar tadi. hehe




anak saudara paling cumil dan paling sayang. hayinnnnn 

Tuesday, 12 July 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016 !

assalamualaikum.
hai korang... :D
alhamdulillah 6 July 2016 haritu kita dah pun menyamput Hari Raya Aidilfitri. aku sambut Aidilfitri belah family suami tahun ni :D nogori. alah stay pun memang dekat dengan rumah mertua so senang lah pagi raya dah terus naik moto je ke rumah mertua.. HAHA. semua ahli keluarga tema biri pakai baju masa Majlis sambut menantu. kitorang ja pakai baju tema lain warna merah. HAHA! tarapalah lain warna janji tak lari kasih sayangnya kan? ceh? :P 1st raya with family in law okay, segan masih ada walhal sebelum duduk berdua dengan suami, stay rumah mertua. yelah, perempuan ni lain sikit. bagi masa lah kan nak bebetul rapat. mana boleh terus rapat macam tu. aku pulak jenis kera sumbang sikit so saaaaaaangat perlukan masa untuk rapat dengan semua orang dalam family baru. :'(

okeylah, nak wish selamat hari raya maaf zahir dan batin je dekat henkorang. kiki. jangan lupa puasa 6 ye and silo ganti poso nanti pado yang tak poso ponuh.. kiki ;p

Selamat Hari Raya dari kami suami isteri ❤



dah macam uncle nak bagi angpow hari raya cina je aku tengon husband aku ni :'D

sis taktau nak cakap baju raya sis kali ni kebaya atau kimono :'P

inilah family belah mertua aku :) cukup kouta semuanya dalam ni. tahun depan tambah orang baru k? hahaha