Thursday, 29 September 2016

Naked Face Vs Makeup Face

hye gais.

ok harini topik pasal makeup. salah ke perempuan bermekap? salah ke perempuan nak melawakan diri? tak paham aku pada yang jenis suka mengutuk perempuan suka makeup ni. jenis aku suka makeup dari zaman sekolah lagi. so kadang aku post gambar tak makeup and cakap tak makeup pun orang duk kata aku makeup jugak. oh please lah. akan ada jugak punya hari aku maaaalas gila nak bermakeup. get a life lah. tak payah nak cari buruk orang ja. buat hal sendiri sudah lah. annoying kot.

paling aku menyampah, duk kata pakai applikasi makeup. damn it. apa guna aku beli makeup original bukan ciplak *okey dah macam riak,peduli apa bila orang kutuk kan* beratus-2, kau kata aku guna applikasi pulak. eh macem harem. siapa lah cipta aplikasi mengarut jadah tu sampai orang aim aku pakai benda tu. haish. dunia ni expert sangat pun payah jugak sebab hati orang makin menjadi-2 busuknya. haaa nampak betapa aku marah sangat ni. yelah, sampai contact lens aku pun orang kata aku edit ehhhh kebutuhan apa ni henkorang nak tunjuk? gilos.

tak semua orang punya natural beauty. tapi perempuan makeup or tak, masih ada kecantikannya tersendiri. pandai makeup tu bonus lah. tak pandai, boleh belajar. tak payah nak bising duk kutuk orang makeup. belajar sikit sucikan hati tu. annoying lah annoying. adatlah perempuan memang suka benda yang melawakan diri. atas kau je malas dengan rajin nak belajar and praktikkan. kalau kau malas, biarkan hati and mulut tu malas jugak nak mengutuk orang. tak payah sok bagus sangat rajin nak kutuk orang yang tak pakai duit kau seposen pun beli barang makeup.


naked face

wearing Hydrocor Ash Grey lens + makeup

wearing hippie chestnut by freshkon lens + makeup


Wednesday, 21 September 2016

HAPPY 1ST ANNIVERSARY ADILA ❤ SOLEH !

assalamualaikum.

alhamdulillah. harini genap sudah setahun usia perkahwinan kami. alhamdulillah Ya Allah atas segala nikmat yang kau beri. segala ujianMu kami mampu tempuhi dengan baik. berkat sabar dari kedua kami. alhamdulillah syukur sangat-2 atas segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT.


thanks awak selalu ada susah senang dengan saya. saya doakan jodoh kita berkekalan sampai syurga. saya doakan kita sama-sama belajar jadi lebih baik dan lebih soleh/solehah. moga Allah berkati hubungan kita. bahagiakan rumahtangga kita. tabahkan hati kita dalam menjalani ujian yang akan datang. kuatkan kasih sayang kita. tetapkan hati kita untuk saling setia. permudahkan tiap urusan kita untuk masa hadapan. kurniakan zuriat yang sempurna sifatnya serta berguna di dunia dan di akhirat untuk membentuk keluarga yang sakinah. murahkan rezeki kita. AMINNNN~


takdak event spesel pun untuk anniversary kami sebabnya husband kerija. gigihkan beliau kerja? raya puasa, raya haji, merdeka, semua kerja. haha. takpalah tu tanda suami kita rajin cari rezeki untuk kita kan? alhamdulillah untuk kurniaan Allah kepada aku.

Saturday, 17 September 2016

Happy Wedding Again Kak Dila ❤ Ikram

haii.

post kali nak share pasal harini aku and husband pegi Majlis kawan kami. Kak Dila and Ikram. nak dijadikan cerita, Ikaram dengan husband aku ni member dari tadika lagi. haha. sekolah sama-2, kolej sama-2, kerja sama-2, berhenti kerja sama-2 and nor kerjaya pun still company yang sama jugak, Air Asia. hahah. pokoknya dorang ni memang selalu sama-2 lah. sahabat sejati betul.

aku and Kak Dila pulak dulu Kak Dila ni bos aku. kami sama-2 kerja 1 outlet tapiiiiii sama company dengan husband aku and Ikram. hahaha. sebab tulah kami ni kenai antara satu sama lain. haaa! 1 lagi, persamaan Ikram and husband aku adalahhhh, nama panggilan isteri. DILA. ahaks! gila betul penangan persahabatan dua sahabat ni. kebetulan dan jodoh kami ;') perancangan Allah siapa boleh menyangka kan? hehe

ni pun gesa-2 pegi sebab husband keje harini balik petang. lepas beliau balik kerja terus sesiap pegi. dah majlis dorang bulan lepas tak dapat pegi kan. so nak tak nak memang keeeena pegi sangat. aku janji dengan Kak Dila nak pegi bulan lepas punya majlis tapi tak dapat pegi sebab husband kerja so kali ni kena tunaikan jugak cemana pun. huhuhu

pepun, tadi pegi majlis, dapat tahu Kak Dila dalam syaksyak pregnat. oh em ji, rezeki mereka. baru bulan lepas nikah. alhamdulillah. semoga keputusannya benar-2 positif check dekat klinik Isnin ni ye kak! kalau betul positif, jaga kesihatan diri and kandungan elok-2. nanti punya anak masuk rezeki melimpah ruah lagi. what a happy news hari ini :')



antek angat pengantin :*

Monday, 12 September 2016

Selamat Hari Raya Aidil Adha 2016 Gais !

assalamualaikum.

haiiiii, selamat hari raya aidil adha gais. mesti ramai tambah berat badan musim raya korban ni kan? termasuklah aku. kahkahkah. sebabnya aku pun kemain banyak makan siang tadi. hakhakhak. raya haji kali ni sis beraya kat rumah Puchong tanpa suami di sisi sebab beliau kerija. kuat sangat suami kerija. takdak terasa mana pun raya takdak suami sebabnya aku kadang rasa macam kitorang ni bebaru kawen lagi padahalnya bulan ni 21 September nanti dah setahun lah usia perkahwinan kitorang. hahahaha.

okey nak wish selamat hari raya je sebenarnya. kiki. kbai

me and mum. yes,  my mum more glowing than me =.=' all black for this Raya Haji. tehehe~