Thursday, 27 October 2016

An Ambassador of my Own Product. ELLACHO ღ

assalamualaikum.


yes, i am an ambassador of my own product. not a great big bussiness. kecil-kecilan sahaja sebab aku tahu tak semua orang suka tengok kita naik so aku buat biasa-2 sahaja. sales pun banyak serah pada agent je yang buat kerja. dalam FB tak pernah pun promote. handle wechat and instagram bussiness pun gegitu je. malas nak beriya. niat aku nak tolong kekawan cari duit lebih je. sama jugak aku. sampingan sahaja.

even dah setahun lebih buat brand sendiri. dari shawl ke produk kecantikan, aku still ada rasa malu nak tayang muka sendiri. HAHA. ramai duk kata jangan malu kalau nak berjaya sebab bila orang tengok muka kita baru orang percaya. hiuhh, bila nak boleh ke buang rasa malu ni pun taktau lah aku caman. aigoo~

ELLACHO.
asal dari ella tu aku lah Adila. Cho pulak husband aku. dalam family beliau gelaran dipanggil Cho. anak-2 sedara pun panggil dia pacho. hahah. saje buat nama pelik tak nampakkan sangat nama sendiri sebab rasa macam mengada-2 pulak bila letak nama betul. hakhak

memang dah lama minat berbisnes. mungkin sebab asal my mum dari aku kecik lagi busy dengan berniaga. memacam di jualnya. sampai perabot jati pun pernah beliau jual waktu stay Kemaman dulu. rajin kan my mum? yeah, saaaangat rajin sebab sampai sekarang minat bisnes dia tak pernah luntur and masih giat dalam bisnes. cuma anak dia je kejap tenggelam timbul sebab tak banyak fokus sangat pada aspek bisnes even minat sangat dalam bisnes.

aku harap oneday, aku dapat naikkan jenama aku sendiri ni bila aku dah betul-2 bersedia dalam dunia bisnes besaran. sebab sekarang aku nak fokus pada tolong kawan-2 cari duit sampingan je dulu tapi apapun aku taknak separuh jalan je brand aku ni sebab aku dah usaha sampai tahap ni dah. turun naik tak apa adat bisnes janji kekal and takkan pupus dek zaman. ceh! doakan aku berjaya dalam bisnes ni ya satu hari nanti! AMINNNNN~

so here aku share testimoni dari customers and friends yang dah pakai produk aku. iaitu EllaCho Glowing Foundation.










Wednesday, 26 October 2016

Tuesday, 25 October 2016

Welcome to ELLACHO's Family Kittens ❤

assalamualaikum.

harini sis nak share berita baik.. huhu. we just had a kittens. mix bengal. cumel gilos.

cumil ken? nanti dah besar sikit neh granny bagi nama :P


dah lama gila tak punya anak kucing so kali ni eksaited lah sikit. kikiki.

Friday, 21 October 2016

Bersenam Menyihatkan Tubuh Badan.

hey gais.

petang tadi aku teman husband pegi jogging. TEMAN k TEMAN. haha.
okey act aku nak kongsi pasal diri aku bab-2 bersenam meyihatkan tubuh badan ni. aku ni weh, perghhh bapak malas gilos nak bersenam ni. beza dengan husband beliau terrrrsangat rajin bab-2 jaga badan ni. so no wonderlah beliau lagi kuvvussss dari aku. kahkah!

like srsly, payah gila oh nak konsisten dalam workout ni. dah memacam cara aku try pegi lah apa semua bagai still tak konsisten dalam diri. kalau terus macem ni, tak lama jadi belon lah ai. hai, jangan terkezut pulak nanti ya kalau nampak aku gedempol. sebab aku dah inform kat sini awal-2 yang aku memang malas and langsung tak konsisten dalam bab jaga badan ni. kahkahkah :'D

selalu search dalam mr.google acano lah nak bagi badan mantain lawa seksi meksi menawan hati suami. tapi hampehhh, memang hangat tahik ayam belanda je aku ni. err. Ya Allah, silalah bagi aku petunjuk sikit untuk terus konsisten dalam jaga badan ni. aigoo~

aku rasa aku kena buat goals target kot. kira macam dalam sebulan nak turunkan berapa berat badan. kan? sekarang pun anti penimbang sebab rasa macam trauma je nak timbang berat badan kesnya tahu sangat kompem aku terkezut nak mampos nanti kalau tengok resultnya. wakaka! well gais, mintak doakan aku konsisten ya dalam jaga badan ni. haraplah badan macam ratu cantik dunia nanti. HARAP je. kahkahkahkahkah


sebab jadi peneman memang sangat menyeronokkan dan tidak memenatkan :P

suami ai lah. suami siapa lagi.


Wednesday, 19 October 2016

honestly, i need more courageous.

assalamualaikum.

tiap apa yang kita buat, mesti kita perlukan sokongan kan? banyak benda dalam hidup ni kita perlu pelajari. banyak benda dalam hidup ni kita nak hadapi. so sokongan sangat diperlukan sebenarnya. macam aku, banyak perancangan aku untuk masa akan datang. tapi tak semua orang mampu bagi sokongan pada aku baik teman-2 or family.

terkilan. sangat terkilan tapi apakan daya. tak semua orang suka tengok kita berjaya. tak semua orang jugak suka tengok kita susah. rambut sama hitam tapi hati lain-2. depan kita mulut manis belakang kita mengata kita itu dah jadi perkara biasa dah dalam hidup ni. NORMAL. manusia macam ragam. kita tak mampu nak ubah orang. yang pasti kita boleh ubah diri kita. orang tak suka kita, itu pilihan mereka. tapi kita? payahkan nak fikir semua benda even ianya hal remeh. tambah kalau kau jenis fikir risau orang tak suka kau macam aku ni. agak tension sebenarnya. semua benda aku risau nak buat yelah takut orang tak suka then cakap buruk pasal aku. sampai satu tahap husband aku sendiri risau dengan perangai aku then beliau cakap "enough fikir apa orang nak cakap pasal awal. buat je apa awk rasa betul" hmm, bukan aku taknak buat, tapi sebab dah jadi kebiasaan asyik risau respon orang lain terhadap diri sendiri tu yang jadi kacau tu.

sadiskan? kau selalu fikir pasal orang tapi orang? tak fikir pun pasal kau. dorang fikir dorang je yang betul. and dorang fikir kau banyak salah sampai kebaikan kau takde orang nak pandang. useless. kadang aku rasa macam aku dah giveup gilos sebab kurang sokongan aku dapat dalam kehidupan aku ni. terlampau fikir sangat pasal orang masalahnya aku ni. haish

aku rasa aku memang perlu stop fikir pasal orang dah sebab benda-2 macam ni boleh buat aku stress sangat-2. bersyukur punya suami yang selalu support aku tapi agak terkilan dengan yang lain langsung tak ambil peduli and pentingkan diri sendiri.


people will hate you, rate you, break you and shake you. how strong you stand is what makes you.


find someone who wants to invest in you, learn from you, see you win, support your visons and fall in love with you daily. 


Tuesday, 18 October 2016

Quotes of The Day ❥



In daily life we must see that it is not happiness that makes us grateful, but gratefulness that makes up happy :)

Saturday, 15 October 2016

Quotes of The Day ❥


Why compare yourself with others? no one in the entire world can do a better job of being you than you.

Friday, 14 October 2016

Quotes of The Day ❥


Once you've accept your flaws, no one can use them against you.

Thursday, 13 October 2016

A Little Word of Love ❤


buat timer, tiba-2 angin sepoi bahasa tiup tudung sampai ttup muka. tepis sambil tahan gelak then tak sempat jugak nak tengok camera dah snap. hahah *candid*

saya tak kisah pun awak kacau saya selfie sebab saya suka gurauan awak pada saya 

sama tak muka kami? hiks 

don't you guys think we're cute? HAHAHAHA

suami dan isteri 

Love like there's no tomorrow and if tomorrow comes, love again.




Monday, 3 October 2016

He Is My Imam ❤

post kali ni khas nak tuju pada suami tersayang.
saje buat post tanda menghargai beliau. mana tau umur tak panjang, buleh beliau baca sini sebagai pengubat rindu. KALAU rindu aku. hakhaks!

okey.

1) beliau seorang yang saaaaaaangat rajin bagai nak rak. kerajinan beliau ni serius mengalahkan satu jantina yang bergelar perempuan. kadang aku sendiri pun tertanya-2 aku kawen dengan lelaki ke perempuan. kesnya beliau ni aku buat apapun ada ja nak nolongnya. even baru lepas balik kerja or akan pergi kerja. gosh! malu dengan kemalasan diri sendiri tapi sedang berusaha nak jadi lebih rajin dari beliau. hakhak

2) seorang yang saaaaaaangat menjaga penampilan diri. sampai produk skincare aku pun di pakainya. segala jenis bab benda-2 yang melawakan diri sangatlah beliau suka tambah memutihkan kulit sebab sekarang beliau banyak kerja tengah-2 panas lagilahhhhh beliau ambik cakna bab-2 penampilan diri. kadang nak pegi kedaipun kemas-2 tak pernah selekeh. tapi takpa, aku suka sebabnampak suami aku selalu fresh je not dull person.



3) makan ja apa yang aku masak and selalu kata SEDAP even dalam hati aku taktau lah memang sedap ke tak. at least dia jaga hati aku kan kalau tak sedap. kahkahkah. tapi yang pasti aku sendiri makan apa aku masak pun sedap je rasa dia. ceh! angkat bakul sendiri. bukan takat puji masakan aku, siap nolong aku masak jugak. mana tak aku cakap dia ni rajin gilos. tambah dia pun pandai memasak jugak lauk simple-2 so bila time aku tak berapa sihat memang beliau lah yang akan memasak.

seorang suami yang tak pernah biarkan isteri buat kerja sendiri :')


4) seorang yang saaaangat menghormati orang tua. bab-2 mak ayah tak kisah mak ayah dia or mak ayah aku he never say "NO" or "NANTI". tiap pertolongan akan terus buat. sangat-2 menyejukkan hati.

5) suka kanak-2. semua anak-2 saudara sayang gilos dekat dia. nampak baby tengah jalan kompem akan bisik-2 dekat aku suruh tengok sambil buat muka geram dekat baby tu :'D hahah


6) jarang marah. yeps, suami aku jarang marah. sebab tu aku sayang sangat dekat dia. sebab dia sangat bertoleransi orangnya.

7) pandai buat MAGIC bab-2 kewangan. kadang rasa macam dah banyak duit pakai lepas gaji. kadang rasa jugak macam melebihi had je tapi, tak pernah lagi dia pinjam sana sini even family. sebab everymonth aku buat carta kewangan. tak pernah dikata bulan ni pinjam siapa-2 punya duit and kebiasaannya cukup-2 sara hidup kami berdua tapi tak pernah lagi dia tak dapat belikan makanan yang aku nak makan even dah nak dekat hujung bulan. serius, tak pernah nampak dia menabung tapi mungkin dia jenis pandai handle bab kewangan. sangat TABIK SPRING untuk sang suami tersayang.

8) paling winkan hati aku. seorang suami yang sukakan solat berjemah dengan isteri :') dah nama Imam kan, ketua keluarga so memang patutlah jadi Imam dalam solat untuk isteri kan?

9) sabar tahap menggunung. saaaaaangat penyabar layan kerenah aku yang entah hapa-2 and garang nak mampos ni. yang dia tahu cakap manja-2 je dengan aku bila kena marah. kah! hai, jangan salah faham ya, aku marah bersebab. korang pepaham la lelaki ni dorang boleh fikir satu benda je dalam satu masa tak macam kita ni perempuan boleh fikir banyak benda dalam satu masa. so ada waktu memang sakit hati jugak lah kita ni. haha

10) tak pernah berhenti bagi sokongan pada aku dalam apa jua yang aku buat janji benda tu baik dan betul. tenangkan aku bila aku sedih. kuatkan aku bila aku down. apa gunanya ada suami kalau bukan sebegini kan? :') bila aku sedih, selalu ditanya apa yang boleh dia buat untuk happykan aku. macam biasa perempuan bukannya nak bagitahu apa-2. suka lelaki tahu sendiri padahalnya dah sedia tahu lelaki bukannya seorang yang mampu memahami perempuan sepenuhnya. padahal masa tu pertanyaan dia tu dah buat aku terharu dah sebenarnya. HAHAHA

banyak benda lagi sebenarnya. cuma nak ingat segalanya tak menang tangan nak menaip punya. bukan nak riak punya suami begini. sebab tak semua orang baca aku punya blog sebab tu aku share kat sini biar suami aku sendiri baca and tahu betapa aku bersyukur sangat Allah jodohkan aku dengan insan yang bernama Muhammad Solehuddin bin Alias ni. sungguh aku cakap.

TERIMA KASIH BANYAK-2 AWAK ATAS SEGALA YANG DAH AWAK BUAT UNTUK BAHAGIAKAN SAYA SELAMA KITA JADI SUAMI ISTERI NI. SAYA DOAKAN AWK TERUS JADI SEORANG SUAMI YANG BERIMAN, BERTANGGUNGJAWAB, PENYAYANG, PENYABAR, RAJIN DAN BERJAYA DALAM KEHIDUPAN. MOGA ALLAH MURAHKAN REZEKI KITA SUAMI ISTERI, KURNIAKAN KITA ZURIAT YANG SEBIJIK PERANGAI MACAM AWK BAGI HIDUP KITA BERTAMBAH BAHAGIA.