Thursday, 27 October 2016

An Ambassador of my Own Product. ELLACHO ღ

assalamualaikum.


yes, i am an ambassador of my own product. not a great big bussiness. kecil-kecilan sahaja sebab aku tahu tak semua orang suka tengok kita naik so aku buat biasa-2 sahaja. sales pun banyak serah pada agent je yang buat kerja. dalam FB tak pernah pun promote. handle wechat and instagram bussiness pun gegitu je. malas nak beriya. niat aku nak tolong kekawan cari duit lebih je. sama jugak aku. sampingan sahaja.

even dah setahun lebih buat brand sendiri. dari shawl ke produk kecantikan, aku still ada rasa malu nak tayang muka sendiri. HAHA. ramai duk kata jangan malu kalau nak berjaya sebab bila orang tengok muka kita baru orang percaya. hiuhh, bila nak boleh ke buang rasa malu ni pun taktau lah aku caman. aigoo~

ELLACHO.
asal dari ella tu aku lah Adila. Cho pulak husband aku. dalam family beliau gelaran dipanggil Cho. anak-2 sedara pun panggil dia pacho. hahah. saje buat nama pelik tak nampakkan sangat nama sendiri sebab rasa macam mengada-2 pulak bila letak nama betul. hakhak

memang dah lama minat berbisnes. mungkin sebab asal my mum dari aku kecik lagi busy dengan berniaga. memacam di jualnya. sampai perabot jati pun pernah beliau jual waktu stay Kemaman dulu. rajin kan my mum? yeah, saaaangat rajin sebab sampai sekarang minat bisnes dia tak pernah luntur and masih giat dalam bisnes. cuma anak dia je kejap tenggelam timbul sebab tak banyak fokus sangat pada aspek bisnes even minat sangat dalam bisnes.

aku harap oneday, aku dapat naikkan jenama aku sendiri ni bila aku dah betul-2 bersedia dalam dunia bisnes besaran. sebab sekarang aku nak fokus pada tolong kawan-2 cari duit sampingan je dulu tapi apapun aku taknak separuh jalan je brand aku ni sebab aku dah usaha sampai tahap ni dah. turun naik tak apa adat bisnes janji kekal and takkan pupus dek zaman. ceh! doakan aku berjaya dalam bisnes ni ya satu hari nanti! AMINNNNN~

so here aku share testimoni dari customers and friends yang dah pakai produk aku. iaitu EllaCho Glowing Foundation.










No comments:

Post a Comment