Monday, 3 October 2016

He Is My Imam ❤

post kali ni khas nak tuju pada suami tersayang.
saje buat post tanda menghargai beliau. mana tau umur tak panjang, buleh beliau baca sini sebagai pengubat rindu. KALAU rindu aku. hakhaks!

okey.

1) beliau seorang yang saaaaaaangat rajin bagai nak rak. kerajinan beliau ni serius mengalahkan satu jantina yang bergelar perempuan. kadang aku sendiri pun tertanya-2 aku kawen dengan lelaki ke perempuan. kesnya beliau ni aku buat apapun ada ja nak nolongnya. even baru lepas balik kerja or akan pergi kerja. gosh! malu dengan kemalasan diri sendiri tapi sedang berusaha nak jadi lebih rajin dari beliau. hakhak

2) seorang yang saaaaaaangat menjaga penampilan diri. sampai produk skincare aku pun di pakainya. segala jenis bab benda-2 yang melawakan diri sangatlah beliau suka tambah memutihkan kulit sebab sekarang beliau banyak kerja tengah-2 panas lagilahhhhh beliau ambik cakna bab-2 penampilan diri. kadang nak pegi kedaipun kemas-2 tak pernah selekeh. tapi takpa, aku suka sebabnampak suami aku selalu fresh je not dull person.



3) makan ja apa yang aku masak and selalu kata SEDAP even dalam hati aku taktau lah memang sedap ke tak. at least dia jaga hati aku kan kalau tak sedap. kahkahkah. tapi yang pasti aku sendiri makan apa aku masak pun sedap je rasa dia. ceh! angkat bakul sendiri. bukan takat puji masakan aku, siap nolong aku masak jugak. mana tak aku cakap dia ni rajin gilos. tambah dia pun pandai memasak jugak lauk simple-2 so bila time aku tak berapa sihat memang beliau lah yang akan memasak.

seorang suami yang tak pernah biarkan isteri buat kerja sendiri :')


4) seorang yang saaaangat menghormati orang tua. bab-2 mak ayah tak kisah mak ayah dia or mak ayah aku he never say "NO" or "NANTI". tiap pertolongan akan terus buat. sangat-2 menyejukkan hati.

5) suka kanak-2. semua anak-2 saudara sayang gilos dekat dia. nampak baby tengah jalan kompem akan bisik-2 dekat aku suruh tengok sambil buat muka geram dekat baby tu :'D hahah


6) jarang marah. yeps, suami aku jarang marah. sebab tu aku sayang sangat dekat dia. sebab dia sangat bertoleransi orangnya.

7) pandai buat MAGIC bab-2 kewangan. kadang rasa macam dah banyak duit pakai lepas gaji. kadang rasa jugak macam melebihi had je tapi, tak pernah lagi dia pinjam sana sini even family. sebab everymonth aku buat carta kewangan. tak pernah dikata bulan ni pinjam siapa-2 punya duit and kebiasaannya cukup-2 sara hidup kami berdua tapi tak pernah lagi dia tak dapat belikan makanan yang aku nak makan even dah nak dekat hujung bulan. serius, tak pernah nampak dia menabung tapi mungkin dia jenis pandai handle bab kewangan. sangat TABIK SPRING untuk sang suami tersayang.

8) paling winkan hati aku. seorang suami yang sukakan solat berjemah dengan isteri :') dah nama Imam kan, ketua keluarga so memang patutlah jadi Imam dalam solat untuk isteri kan?

9) sabar tahap menggunung. saaaaaangat penyabar layan kerenah aku yang entah hapa-2 and garang nak mampos ni. yang dia tahu cakap manja-2 je dengan aku bila kena marah. kah! hai, jangan salah faham ya, aku marah bersebab. korang pepaham la lelaki ni dorang boleh fikir satu benda je dalam satu masa tak macam kita ni perempuan boleh fikir banyak benda dalam satu masa. so ada waktu memang sakit hati jugak lah kita ni. haha

10) tak pernah berhenti bagi sokongan pada aku dalam apa jua yang aku buat janji benda tu baik dan betul. tenangkan aku bila aku sedih. kuatkan aku bila aku down. apa gunanya ada suami kalau bukan sebegini kan? :') bila aku sedih, selalu ditanya apa yang boleh dia buat untuk happykan aku. macam biasa perempuan bukannya nak bagitahu apa-2. suka lelaki tahu sendiri padahalnya dah sedia tahu lelaki bukannya seorang yang mampu memahami perempuan sepenuhnya. padahal masa tu pertanyaan dia tu dah buat aku terharu dah sebenarnya. HAHAHA

banyak benda lagi sebenarnya. cuma nak ingat segalanya tak menang tangan nak menaip punya. bukan nak riak punya suami begini. sebab tak semua orang baca aku punya blog sebab tu aku share kat sini biar suami aku sendiri baca and tahu betapa aku bersyukur sangat Allah jodohkan aku dengan insan yang bernama Muhammad Solehuddin bin Alias ni. sungguh aku cakap.

TERIMA KASIH BANYAK-2 AWAK ATAS SEGALA YANG DAH AWAK BUAT UNTUK BAHAGIAKAN SAYA SELAMA KITA JADI SUAMI ISTERI NI. SAYA DOAKAN AWK TERUS JADI SEORANG SUAMI YANG BERIMAN, BERTANGGUNGJAWAB, PENYAYANG, PENYABAR, RAJIN DAN BERJAYA DALAM KEHIDUPAN. MOGA ALLAH MURAHKAN REZEKI KITA SUAMI ISTERI, KURNIAKAN KITA ZURIAT YANG SEBIJIK PERANGAI MACAM AWK BAGI HIDUP KITA BERTAMBAH BAHAGIA.


No comments:

Post a Comment