Friday, 4 November 2016

Aku perlu masa.

assalamualaikum.

dalam hidup kita ni sebenarnya banyak benda kita terasa. antara simpan or tak je. tapi kalau dah banyak benda di simpan, parah sakitnya. banyak kali cuba untuk melupakan, masih belum mampu. kenapa? sebab tak semua orang punya hati dan hal yang sama. masing-2 punya keputusan sendiri. begitu jugak aku.

saje keluarkan isu ni kali ni sebab rasa nak share perasaan sendiri pada waktu sekarang. aku bukan jenis mudah percaya pada orang. kadang intinct aku sendiri buat aku rasa beban sangat-2 nak hadap orang ataupun nak kenal orang-2 baru sebagai kawan ni. aku tak ramai kawan sebenarnya kalau di ikutkan, sebab bagi aku ramai kawan ni if tak berkualiti menyakitkan hati jugakkan? dats why aku memang jenis saaaangat memilih untuk admit seseorang tu sebagai kawan baik aku.  strangers lebih okey dalam kamus hidup aku sebab kawan pun kadang banyak tikam belakang jugak kan? :')

dari bahagian family pun macam tu jugak. aku jenis payah sikit nak rapat dengan ahli keluar. baik keluarga sendiri ataupun keluar mertua. orang mungkin akan cakap aku ni sombong or pentingkan diri tapi serius aku cakap aku memang jenis tak pandai sangat nak bergaul mesra dengan orang yang aku rasa janggal gila-2. bukan aku taknak rapat dengan orang tapi memang aku jenis yang macam ni. tu aku fikir lantak lah orang nak paham aku ke tak, yang penting kau sendiri tahu kau jenis macam mana and husband aku pun tak pernah nak komen sebab dia faham aku macam mana. dia kata nak bagi orang paham kita ni memang payah so awak buat ajalah apa awak rasa betul janji awak happy :') thanks a lot to him.

perjalanan hidup mematangkan kita. tapi hati? banyak terasa pun bikin mematangkan jugak. kenapa? sebab bila kau banyak terasa kau akan belajar erti menjauhkan diri. dari apa? dari orang yang kau rasa tak perlukan kau pun dalam hidup mereka. banyak benda aku usaha. banyak benda aku pendam. tapi tak semua orang boleh nampak and boleh hargainya. jadi konklusinya? menjauhkan diri jelah sampai kau rasa kau boleh recover balik parah kat hati untuk hadap yang baru pulak.. makan masa, serius cakap. aku perlu masa. bagi aku masa. nak baiki segalanya aku perlu masa. yang banyak. boleh sabar or tak, terpulang. aku tak perlukan persetujuan orang, yang aku perlukan, kekuatan untuk diri aku sendiri lupakan apa yang dah aku simpan.

satu je yang aku tertanya-2..
payah sangat ke nak bagi orang masa untuk pulihkan hati sebenarnya?


No comments:

Post a Comment