Wednesday, 2 November 2016

Welcome November 2016 !

Assalamualaikum w.b.t..
pejam celik pejam celik sekejap je mase berlalukan? dah nak akhir tahun dah kita. alhamdulillah sebab Allah beri kesempatan lagi untuk menjalani kehidupan sekarang ini. semalam updates belog tapi tak cakap pasal kehadiran bulan November sebab terlupa. kahkahkah! so harini jelah aku updates mempelawa datangnya bulan baru ini :)

entah kenapa sejak akhir ni rindu sangat diri yang dulu. time2 zaman kat kolej. bertudung labuh. menutup aurat sebaik-baiknya. kalau dulu pakai handsocks and stokin walau ke mana saje pergi. pakai tudung labuh tanpa fesyen2 bagai nih, now, semuanya selagi husband tak tegur selahi tu lah aku jadi lupa diri.. damnnn! rindu oh personaliti yang lama. tapi tulah, aku dari zaman sekolah suka babab mekap ni :'( tak boleh nak buang oh. yelah perempuan mana tak suka benda-2 cantikkan diri ni. tipuuu lah kalau ada cakap takdek. antara pandai dengan tak pandai je sebenarnya. hurmm

pernah pakai niqab dulu sekejap tapi stop sebabmasa tu rasa macam diri tak cukup baik lagi. takut nanti kalau aku ada buat apa2 yang tak sedap mata memandang pada pandangan orang lain nantikan habis semua niqabis kena cop sebab perangai aku. tak nak lah sebab nila setitik habis rosak susu sebelanga kan? BUT! inshaaAllah aku akan pakai dengan Istiqamah one day. lepas aku rasa aku betul2 dah bersedia and tak akan malukan geng2 niqabis dengan perangai aku. one day. i will sebab tu adalah impian aku dari dulu lagi. pakai bukan sebab nak nampak baik tapi sebab hati sendiri berkehandak sedemikian. so elok jugak lah aku tak teruskan sampai sekarang nanti kan kompem ade yang cakap aku ni pakai sebab nak nampak baik je kesnya perangai aku pun bukannya matang sangat pun lagi dengan suka selpienya .pakai niqab berselpie bagai ni lagilah buat orang cakap buruk kan? :'( betapa kentalnya hati diperlukan bila dah pakai niqab tau? memacam kata yang perlu dimakan nanti. huhu. sebqab pernah ada sikit pengalaman orang cakap buruk sebab tu aku risau nak pakai bila hati belum benar2 bersedia.

papepun, di bulan yang baru ni, aku harapkan somethings good happend lah :'D sis dah lama tunggu sesuatu yang syok terjadi ni sebab dah lama sangat macam orang zaman batu dalam gua ja hidupnya.. banyak plan tergendala. in shaa Allah start bulan ni sis akan usaha realisasikan semuanya. Aminnnnn~ nah kasi campakbalik gambar lama sikit :)



niqab and shawl buat sendiri, jubah hadiah from mertua dari Mekah :)

No comments:

Post a Comment